Friday, September 30, 2011

Entusias untuk lebih gemuk

Bila dah selalu kena panggil 'kering' dengan opismate aku yang kelebihan lemak tak tepu tu (heheh), maka aku pun memasang nawaitu yang agak kuat untuk menambahkan sikit je lagi berat badan aku ke tahap BMI yang lebih ideal. Sebenarnya opismate aku tu bukanlah punca utama dalam ini cerita. Encik Papa pun selalu jugak suruh aku tambahkan sikit berat badan macam zaman-zaman anak dara dulu. Mak aku pun selalu komplen yang aku nampak lebih tua dari usia dengan badan yang sekeping macam ni. (-_-) Nampak macam takde apa-apa je ayat diorang tu, tapi sebenarnya bertahap sarkastik tinggi bagi aku.

Tahap ke'sekepingan' aku takdelah setaraf dengan penghidap penyakit aneroxia. Tapi cara mereka cakap, macam lah aku ni salah seorang dari warga kebuluran kesan dari kezaliman imperialisme. Takpe, sekurang-kurangnya kata-kata kejam mereka tu aku jadikan pembakar semangat dan pencabar utama aku untuk mencapai matlamat penting aku. Fuh, semangat gila sampai kembang-kempis lubang hidung.

Entusias aku untuk lebih gemuk sikit tu aku suarakan kat laman Facebook dengan harapan adalah juga dapat sikit petua atau informasi tentang produk yang bagus untuk tambahkan berat badan. Memang banyak yang bagi cadangan, tapi cadangan yang paling bagus adalah, "kau telan batu ladung mancing saiz 18, gerenti berat badan naik". (-_-) Bernas sungguh cadangan ko tu, Mael!

Bertitik tolak dari entusias aku tu, maka aku pun akan mula mengorak langkah untuk menggapai matlamat menggerakkan sikit jarum penimbang berat badan ke nombor yang lebih tinggi lagi. Berikan aku sokongan padu dan pembakar semangat untuk mengharumkan lagi nama aku di persada mata mereka semua!! Berjuanglah!!




3 comments:

  1. ko try la g hospital, mintak advise doctor. or jumpa pakar kesihatan or pemakanan. sbb supplement or mknn tambahan zaman skrg ni x sure lg kesan nye mcm mane....yg penting ko bleh naikkn berat secara sihat....

    ReplyDelete
  2. Selamat menambah berat badan. Usaha tangga kejayaan. Makan banyak-banyak ya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails