Berkampung selama beberapa hari di hospital sama ada sewaktu menjaga Alysaa di dalam wad 8D ataupun bertemu bermacam jenis doktor pakar berkaitan dengan penyakit Alysaa membuatkan perasaan sayang aku pada Alysaa, Alyaa dan Rayyan bertambah besar dan kuat. Melihat keadaan pesakit-pesakit lain yang datang untuk mendapatkan rawatan di situ semakin menambahkan perasaan syukur aku yang tak terhingga kepada Yang Maha Esa. Sekurang-kurangnya Allah memberikan aku anak-anak yang sempurna tubuh badan dan akal fikirannya. Kadang-kadang aku mengeluh kenapa tuhan turunkan ujian yang berat untuk aku tanggung. Padahal aku tak sedar, lebih ramai lagi orang lain yang menerima ujian dan cubaan yang lebih berat dari apa yang aku hadapi sekarang.
Alysaa ditahan selama 2 hari di wad 8D kerana penyakit Bell's Palsy. Kekhilafan dan kegagalan seorang nurse menggunakan otaknya dengan baik telah menyebabkan Alysaa lambat mendapatkan rawatan yang sepatutnya dimulakan sejak awal terkena penyakit itu. Rujuk kisah ini untuk lebih faham. Doktor menyarankan agar kami melakukan CT Scan untuk otak dan bahagian belakang telinga atau temporal bone lebih kurang 3 minggu dari sekarang untuk mengesan kenapa penyakit ini boleh berulang kembali. Aku betul-betul berharap agar semuanya baik dan Alysaa kembali pulih seperti sedia kala.
Doktor pakar ENT membekalkan Alysaa dengan pil prednisolone untuk dos penggunaan seminggu.
Kalaulah boleh penyakit tu berpindah pada aku, aku sanggup asalkan Alysaa sihat semula.
Kerja bertimbun-timbun yang aku tinggalkan kat pejabat selama menjaga Alysaa di wad dan membawa Alysaa untuk temujanji dengan doktor-doktor pakar baru hari ni dapat disiapkan. Aku ingat kalau boss marah sebab aku tak masuk kerja dan tak siapkan kerja kemudian dia pecat aku, aku terima je. Sebab Alysaa lebih penting dari segalanya. Aku tak takut pun kalau dia marah sebab kalau dia berada kat tempat aku, mesti dia pun akan buat benda yang sama.
Aku sedih ni. Tak ada masa nak buat lawak.
Aku cuma harap Alysaa kembali pulih macam dulu.
Nantilah, bila senang-senang aku letak gambar Alysaa di wad 8D.
hope cepat bek dik alysaa tu k.. sgt geram ngn si kembar...comey jer..ngee~
ReplyDeletethanks, dear.. :)
ReplyDelete