Mula-mula aku nak tanya. Ada tak budak sekolah rendah yang tak comel? Aku rasa semua budak sekolah rendah comel-comel. Kalau tak percaya, cuba belek balik gambar-gambar zaman tok kaduk yang kamu simpan dalam album gambar lama. Bandingkan dengan sekarang. Comel kan masa tu?
Jadi, kisah aku kali ni adalah berkisar tentang memori aku di zaman lagu-lagu rock kapak tengah hangat gila kat pasaran. Zaman sekolah rendah. Bukan pasal cikgu Abu Bakar yang suka rotan tapak kaki pelajar yang tak hafal sifir. Atau pasal Cikgu Rosyati yang jual majalah Bintang Kecil dengan cara bayaran ansuran kepada pelajar tapi selalu membebel kalau aku cuma bayar RM0.20 sahaja tiap kali dia buka buku hutang. Ataupun pasal Ustaz Mohsin yang suka pakai seluar jenama Pop Soda yang ketat.
Ini kisah cinta budak-budak kecil. Yang lap hingus pun belum mahir lagi. Bawa duit belanja RM0.50 setiap hari, ada hati nak ngurat anak dara orang. Tak sarkastik kan? Aku harap watak utama dalam cerita ni tak baca blog aku ni. Tapi kalau aku tengok-tengok gayanya sekarang ni, agaknya blog pun dia tak tau apa benda. Mungkin batu blok dia tau lah. Menangis agaknya kalau dia baca statement aku ni. Lagi-lagi kalau dia sebenarnya seorang IT Manager. Tapi kalau berdasarkan motor kapcai kokak yang dia selalu pakai ke hulu dan ke hilir tu, tak mungkin pula rasanya.
Kisah ni kelakar sebenarnya. Bagi akulah. Aku pun tak perasan sejak bila si Dol (bukan nama sebenar) start suka kat aku . Cet, macamlah si Dol tu Aaron Aziz. T_T. Kalau tak masa darjah 5, mungkin darjah 6. Seingat-ingat akulah, aku mula perasan budak ni lain macam sikit bila masa belajar dalam kelas dia selalu tenung-tenung dan renung-renung aku. Lepas tu kawan-kawan dia selalu sampaikan salam dia kat aku. Yang kelakarnya, kami duduk dalam satu kumpulan waktu tu.
Kalau nak describe pasal budak ni, senang je. Dia ni jenis yang selalu dapat nombor corot-corot dalam kelas. Gelabah, kelam kabut, lepas tu jenis yang selalu kena buli-buli. Oohh, really not my type! Aku sendiri pun selalu perambat dia dengan batang penyapu kalau tiba turn kami bertugas, dia pula pergi sembunyi belakang blok sekolah nak elak dari sapu kelas. Kerja sekolah pun selalu tak siap, dah tu cikgu selalu suruh aku ajar dia.
Yang lawaknya, dulu kan ada satu fenomena suruh kawan-kawan tulis biodata dalam buku autograf. Ingat tak? Aku suruh lah si Dol ni tulis biodata dengan ucapan dia dalam buku aku. Dua tiga hari juga baru dia pulangkan. Bila aku buka, dia punya ucapan memang best. Dia siap bahasakan diri dia abang dalam tu. Aku punya geram, aku pergi tarik telinga dia kuat-kuat, lepas tu suruh dia padam semua perkataan abang dalam tu dan ganti dengan perkataan aku. Geli-geleman aku baca. Lepas tu suka bagi aku hadiah entah apa-apa. Tak ingatlah aku campak ke mana barang-barang yang dia bagi.
Aku selalu sound direct dengan dia yang aku tak suka dia. Aku tak hingin dengan dia langsung. Tapi dia buat muka kerang busuk. Kuat semangat betul si Dol ni. Bila bulan puasa, waktu semua budak tengah sibuk-sibuk bertukar-tukar kad raya, dia boleh bagi aku kad raya sampai berbelas keping. Setiap hari sekeping kad. Sampai aku ngamuk suruh dia stop, baru dia stop.
Hari-hari aku marah dia. Caci-caci, maki-maki. Tapi dia tak ada perasaan langsung. Tak taulah hati dia tu buat dari apa. Last-last aku malas nak layan si Dol ni. Lantak kaulah nak feeling sorang-sorang. Sampailah budak-budak kelas semua tau dan sibuk gabung-gabungkan nama aku dengan dia. Ewwww!! Aku sangat tak suka dengan Dol tu!
Masa pun berjalan. Habis UPSR dan dah dapat result, kami pun bertukar ke sekolah menengah. Tapi kami dah tak sekelas lagi. Best gila aku rasa. Tapi masih ada juga yang panggil aku dengan nama gabungan yang aku benci tu. Dem! Aku ingat si Dol ni dah lupa kat aku sampailah satu hari aku dapat tau yang dia ada simpan gambar aku dalam bag sekolah dia. Itu pun ada kawan aku yang bagitau. Terkejut besar aku. Mana pula dia dapat gambar aku? Apa lagi, aku pun pergilah serang dia dan minta balik gambar aku tu. Memang ada! Bukan sekeping, tapi berkeping-keping. Gambar saiz pasport pakai uniform sekolah untuk buat kad perpustakaan awam kalau tak silap. Dia kata, dia jumpa gambar aku tercicir kat bus stop. Dah tu, kenapa tak pulangkan kat aku? Sengal betul mamat ni. Heh, padahal muka aku dalam tu kelakar gila. Aku pun tak sanggup nak tengok lama-lama. Boleh pula dia simpan baik-baik dalam bag sekolah dia.
Aku rasa sampai tingkatan 2 atau 3 kot baru dia stop suka kat aku. Lama juga kan? Agaknya kalau dia tu hensem, pelajar terbaik sekolah atau atlit sekolah yang femes, mungkin ceritanya lain kot? Ada sikit diskriminasi ;p. Tapi dengan Dol ni, walaupun aku tak suka kalau dia suka aku, tapi aku tetap berkawan dengan dia macam biasa. Aku suka kawan dengan dia ni sebab aku boleh kutuk-kutuk dia tanpa perasaan, tunjal-tunjal kepala dia, cubit-cubit dia sampai lebam-lebam dan suruh dia buat apa-apa je. Aku rasa kalau aku suruh dia jadi kuli tanpa gaji kat rumah aku pun dia sanggup.
Apapun, akhirnya dia dapat juga cari budak perempuan lain yang betul-betul suka kat dia, kot? Berkepit memanjang walaupun dah habis waktu sekolah. Aku pun tumpang gembira. Gembira sangat sebenarnya sebab dah tak ada gangguan-gangguan jiwa lagi. Maaflah ya Dol. Tak ada jodoh kita.
Tapi aku salute kat dia sebab dia berani express perasaan dia dan sangat tabah menanti walaupun tak dapat imbalan yang dia harapkan. Tak macam budak lain yang tak berani luahkan perasaan dan cuma selit surat cinta dan kad raya bawah meja. Heh!!
Pengajaran dari cerita ni, cinta tak semestinya memiliki. Sadis betul!

No comments:
Post a Comment