Dah berapa entri aku yang lepas ni kebanyakannya bergenre agak serius. Aku tiba-tiba terasa macam seorang guru yang menulis sebuah blog rujukan subjek Kimia dan Fizik untuk pelajar sekolah menengah atas yang akan mengambil SPM.
Keras juga otak aku kalau selalu bersikap serius. Muka pun dah rasa ketat semacam. Tapi nak buat macam mana. Takkanlah aku nak bergegak-gempita dengan lawak bodoh dan pada masa yang sama kedukaan sedang mengelilingi aku?
Maka, dalam usaha untuk mencairkan sedikit otak aku yang sedang beku dan tepu, aku tiba-tiba tergerak hati untuk berkongsi memori nan silam di ketika aku masih muda belia. Ada yang kata aku dah tua ya? Sila keluar dari sini sekarang, sebelum aku sendiri yang keluar! Heh, lawak gila slapstik! Malas nak layan.
Okeh, sebagai seorang bekas remaja (sarkastik sungguh ayat ini), aku pun pernah mengidolakan artis sampai tergila-gila dan buat benda-benda tak berfaedah yang kalau diingat-ingat balik terus kata, mak aih, gila bodoh aku buat macam tu dulu! Bukanlah tak berfaedah macam mana, cuma setakat buat aktiviti-aktiviti yang bolehdikatakan tergolong dalam golongan orang yang macam tak ada kerja lain nak buat.
Ziana Zain
Gila minat aku kat akak ni dulu. Sejak dia femes dengan lagu Madah Berhelah kot? Lepas tu berlakon pula dalam filem Sembilu 2, Maria Mariana 1 & 2. Semua filem tu aku tengok kat pawagam. *Hidung kembang tanpa sebab*. Dia ni bagi aku sangat cantik. Kaset pertama yang aku beli dalam hidup, album dia nilah yang tajuknya Setiaku Di Sini. Aku siap buat dua buah buku scrap, penuh dengan koleksi gambar-gambar Ziana Zain yang aku gunting dari majalah-majalah hiburan dan akhbar-akhbar. Pehh! Betul-betul tak ada kerja lain! Lepas tu disebabkan Dato' Siti Nurhaliza berjaya kalahkan Ziana Zain di Juara Lagu 1996, aku terus anti gila dengan Siti. Fanatik punya pasal. Entah apa-apa.
Jimmy Lin
Artis Taiwan yang cute gila. Selalu berlakon jadi budak-budak sekolah. Sangat comel. Sangat-sangat. Benda bangang yang aku buat masa gilakan mamat ni, aku selalu tanya pasal dia kat kawan-kawan sekelas aku yang berbangsa Cina. Kemudian, ambil buku atlas, cari peta dunia, cari kedudukan negara Taiwan, tandakan titik lokus kat mana Taipei iaitu tempat tinggal dia dan kemudian berangan-angan untuk sampai ke situ. Gila!
Backstreet Boys
Ada ke remaja sebaya aku masa tu yang tak tergila-gila dengan boy band ni? Mula meletup dengan lagu As Long As You Love Me tahun 1996. Sanggup kumpul nak duit beli album-album band ni. Rasa macam tak cool je kalau tak tersenarai sebagai kipas susah mati diaorang ni. Lepas tu sanggup beli sticker-sticker, kad-kad nama, kad-kad bergambar dan macam-macam aksesori yang ada gambar band ni dalam katalog yang kawan aku jual. Kena order dulu barang-barang tu kemudian tunggu pembekal kirim lalu pos. Merepek betul!
Leornardo Di Caprio
Danny X-Factor
Yang satu ni aku pelik sungguh. Apa faktor aku suka benar kat mamat ni pun agak samar-samar. Masa ni aku masih belajar di kolej. Dia nilah yang buat aku selalu puasa sunat hari Isnin dan Khamis sebab duit poket dah habis akibat beli majalah hiburan yang cuma letak gambar dia berukuran 2cm x 2cm. Apa punya biollah aku masa tu. Dah tu habis semua buku-buku nota, fail-fail dan sampul-sampul buku aku tampalkan dengan muka mamat ni sekali dengan group dia, X-Factor. Dia ni jugalah artis pertama dan terakhir yang berjaya mendapat beberapa keping surat dari aku. Entah apa yang aku merepek meraban dalam surat tu pun sumpah aku tak ingat. Lagu group beliau yang aku hafal gila masa tu antaranya Kau Sehangat Api, 7251364 dan Sehingga ke Akhir Hayat. Penting eh?
Sheila on 7Group dari seberang yang sangat femes kat Malaysia. Aku mula suka kat group ni sejak lagu dia orang, Sephia meletup kat pasaran. Masa ni aku dah agak matang sikit la. Dah jadi senior kat kolej dan dah dekat-dekat nak grad. Kiranya ada jugalah sebab kukuh aku nak minat kat group ni especially vokalis dia, Duta, sebab suara dia ni sangat sedap dan melalaikan. Sempat juga kumpul beberapa album group ni yang memang aku bagi two thumbs up! Disebabkan dah betul-betul mumayyiz, maka tak adalah sangat benda bodoh yang aku buat kecuali melompat-lompat macam orang histeria atau terkena sawan setiap kali group ni muncul di televisyen.
Semakin beranjak dewasa dan semakin
Oh ya, sekarang ni aku agak suka jugalah dengan seorang artis muda yang sangat kreatif dan seorang artis lelaki yang sangat cool dan berbakat iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Cuma, mereka tak akan membuatkan aku kembali menjadi seorang budak perempuan yang sedang menikmati fasa-fasa hidup menyeronokkan sebagai seorang remaja seperti satu ketika dulu. Sebab aku dah cukup dewasa dan lebih
Bila dah matang & dewasa, nak minat kat artis pun dah tak kuasa dahh..hehe sama cam kite arr.. tp kite peminat ct la..hehe
ReplyDeleteSaya suka bsb, siti dan so7... haha kira sebayalah kita ni ya?.. time Bsb tu siap nyanyi koir dengan geng satu sekolah dulu..minta puji betul kami time tu hehehe
ReplyDeletesaya suke faizal tahirrr !!!
ReplyDeleteall: kalau tak ada artis yg kita minat gila-gila dulu, tak adalah kenangan manis yg kita boleh kenangkan lagi sampai sekarang. memang nampak macam entah apa2, tapi best kan masa2 muda belia dulu. bila dah makin dewasa ni, benda2 tu semua macam dah tak penting nak difikir lagi. ohh, i'm getting older n older.. :( huhu..
ReplyDelete