Wednesday, October 20, 2010

Meraban

Pada waktu ini, tepatnya sekarang, otak aku betul-betul sedang beku. Beku macam daging import yang disimpan dalam ruang sejuk beku dalam peti ais.


Yang terfikir buat masa ini cuma selepas balik kerja ni nak ke pasaraya berdekatan untuk membeli stok susu Rayyan yang sudah habis, ubat gigi kanak-kanak dan mandian Lifebuoy untuk si kembar cantik. Kemudian kena siapkan duit 50 sen untuk bayar Metro Parking.


Wah, nampak sangat otak aku berada dalam keadaan yang tak berapa stabil.


Alysaa sudah dua hari mengambil pil Prednisolone yang dosnya semakin dikurangkan sedikit demi sedikit. Tapi aku sangat lega hati sebab kata emak aku sudah ada sedikit perubahan pada wajah Alysaa. Fuh, aku harap sangat Alysaa semakin pulih selepas ini.


Terima kasih tak terhingga untuk kawan-kawan aku yang turut berkongsi sedikit perasaan duka atas apa yang terjadi pada puteri kecil aku tu. Juga untuk doa dan harapan mereka.


Oh ya. Nanti nak beli biskut Oreo juga dan kemudian minta bekas kecil comel berbentuk bulat yang diberi percuma dengan setiap pembelian 2 bungkus Oreo di kaunter khidmat pelanggan pasaraya.


Dan tiba-tiba teringat longgokan baju yang terpaksa aku basuh malam ini.


Ohh, otak aku semakin tak sihat nampaknya.

4 comments:

  1. u need a rest la...nanti bila semuanya dah selesai rehat la yer...

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa jaga kesihatan diri :)

    ReplyDelete
  3. Selamat membasuh baju misae hehe :)..

    Moga Alysaa cepat sembuh ..

    ReplyDelete
  4. camtulah kalo dah memegang title isteri, ibu, tukang masak, tukang cuci dan macam2 lagi....akak pun kadang2 tu mereng gak dibuatnya. sabo jelah..heee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails