Monday, July 30, 2012

Tragedi di bilik doktor gigi

Sila menggigil. Tajuk macam seram gila. Tapi hakikatnya kepala aku & si gigi besi yang menggigil sebab dipenuhi syaithonn laknatullah di bulan puasa yang mulia.

Gigi Alysaa ada lagi sebatang yang nak kena cabut. Sebabnya, gigi kekal dah mula nak tengok dunia kat belakang gigi susu tu. Kebetulan si gigi besi sedang dalam rangka lawatan balik bercuti ke JB dari Shah Alam, jadinya aku buat kerahan tenaga, suruh dia tolong hantarkan Alysaa pergi klinik gigi tempat biasa tu. Kau bila lagi nak berbakti dengan kakak kau yang kena paksa tolong cebokkan kau masa kecik, kan? Jadi tak perlulah aku nak bercuti-cuti bagai sebab nak hantar budak kecik tu pergi jumpa dentist, kan?

Maka, berangkatlah si gigi besi bersama konco-konconya ke klinik gigi tersebut dengan harapan semoga janji manisku nak belikan Alysaa beg sekolah baru tu boleh buat dia serah diri dan gigi kepada puan doktor dengan sepenuh jiwa dan rela hati. Begitulah juga pengharapanku adanya.

Masa si gigi besi dah sampai ke klinik dan tunggu giliran nak masuk dalam bilik doktor, aku sempat call nak tanya perkhabaran terkini. Aku tarik nafas lega la sebab si Alysaa nampak macam belum buat takde masalah krisis percaya diri nak mengadap doktor, ikut pada laporan si gigi besi la. Tak sampai sejam lepas tu, di saat aku betul-betul berharap gigi dia dah selamat terpisah dari gusi, aku dapat sms dari si gigi besi. " Alysaa tak cabut gigi". Aku terkedu dengan penuh ayu. Aku terus call dan tanya balik. 

" Oi, apasal pulak tak cabut gigi?"
" Dia mengamuk, tak nak duduk kat kusi tu, padahal doc dah letak bius kat gigi. Tinggal nak cabut je lagi."
" Hah? Habis tu, tak jadi cabutlah?"
" Taklah. Aku malu betul dengan doktor tu. Last-last kata doc tu, lain kali je sebab nanti kalo badan dia tak relax, boleh rosak saraf kalau main cabut je."

Aku dah berangin satu badan. Kalau si Alysaa ada kat depan aku masa tu, mesti kecik besar kecik besar je aku pandang budak tu. Dah start la kepala aku berasap-asap. Maklumlah, aku ni sangat cool dan penyabar orangnya. Maka, dengan penuh kesabaran, aku simpan je lah amarah tu dengan penuh berbudi bahasa. Siap kau kat rumah nanti Alysaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Tak tau berapa puluh ratus peratus pahala berpuasa aku hari ni kena tolak.

rasanya tak pernah pulak si Alysaa tengok movie ni.


2 comments:

  1. Alyssa penah tgk cover page The Dentist 2 tu kot kak..
    seram kot..hiks..

    ReplyDelete
  2. hahaha..memang lawak betoi post ni..hehe..terbayang-bayang situasinya di mataku..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails