Sunday, October 31, 2010

Nenek aku kata..

Bila golongan veteran dalam keluarga aku berkata:

  1. Jangan bergambar bertiga, nanti yang di tengah akan mati dulu.
  2. Jangan nyanyi di dapur waktu masak, nanti dapat suami tua.
  3. Jangan tunjuk pelangi, nanti jari kudung.
Maka aku akan kata:

  1. Apakah?
  2. Adakah?
  3. Kahkahkah.

Bukan semua pantang larang orang-orang tua tu berjaya mendapat tempat atau kepercayaan dari aku kecuali beberapa pantang larang yang mempunyai dasar kelogikannya kalau difikir, dikaji dan ditelaah dengan pemikiran yang mendalam. Maklum, orang-orang tua suka bermadah, berlapik atau berkias ketika berkata-kata.

Tapi ada satu kata-kata mereka yang sangat aku tentang pada mulanya, akhirnya sangat aku persetujui dengan sepenuh hati setelah melaluinya sendiri iaitu:

Utamakan diri kita dahulu sebelum anak-anak.

Mula-mula aku kata, wah, mestilah dahulukan anak-anak dulu, baru fikir tentang kita. Contohnya, aku lebih dahulukan suap anak-anak makan sampai kenyang, kemudian barulah aku makan.

Tapi bila hari ini aku tiba-tiba dilanda demam dengan sakit badan yang menyengat, rasa dedar yang melampau dan perit akibat cirit-birit akibat lupa menjaga kesihatan dan kebajikan diri sendiri kerana terlalu memberi perhatian kepada anak-anak lalu mengakibatkan aku tak mampu mengurus mereka dengan baik dan sempurna, maka kata-kata orang tua itu sangat aku terima bulat-bulat.

Sebab, cuba fikir secara logik, kalau kita yang jatuh sakit, siapa yang akan menjaga anak-anak kita? Jadi, jagalah diri sebaik mungkin, contohnya makan terlebih dahulu sebelum menyuap anak-anak makan untuk memastikan kesihatan kita cukup baik untuk menjadi penjaga dan pelindung yang sempurna kepada mereka.

Dapat?

4 comments:

  1. ayat macam ni seronok di baca:

    "aku lebih dahulukan suap anak-anak makan sampai kenyang, kemudian barulah aku makan"

    tip top!

    ReplyDelete
  2. betul ke? ayat-ayat saya nampak macam ayat budak-budak sekolah rendah je bila dibandingkan dengan ayat-ayat encik yang sangat bermutu tinggi. malu pulak bila ada orang macam encik komen kat blog yang tak ada apa-apanya ni. *grin*

    ReplyDelete
  3. kita mkn utk hidup..tp kita hidup utk bg anak2 kita makan..tak gitu puan nohara? =p

    ReplyDelete
  4. ye betol...saya stuju sgt2...dulu saya pon jnis setelkan ank dulu...tp bila kite dah jatuh sakit...susah nk jg ank kan...so..moral of the story...kite kene jaga diri sndri dulu....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails