Thursday, October 7, 2010

Sup gearbox punya cerita


Kerja opis berlambak-lambak atas meja aku. Kalau boleh nak panggil jengkaut kasi tolak semua pergi tepi. Tapi tak boleh sebab aku takut dapat surat perlucutan jawatan.


Tiba-tiba mengada-ngada pulak nak masuk blog sekejap. Seterusnya tangan ni menggatal pulak nak taip entri baru. Memang aku pekerja contoh yang serba boleh. Selain komited pada kerja aku juga sangat versatile serta multifuntional sebab boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Serius. Kalau kat rumah aku boleh masak sup daging sambil basuh baju pakai mesin basuh automatik. Erk, tak hebat eh?


Alysaa belum ada perkembangan positif. Masih macam tu. Tapi takkan aku asyik nak fikirkan tentang tu sampai kerja lain tergendala. Life must go on. Sekurang-kurangnya Alysaa cuma alami sedikit masalah di bahagian sebelah wajah sahaja dan masih aktif melakukan aktiviti 'memecahkan tongkang' di rumah. Dia juga boleh ke sekolah seperti biasa tanpa sebarang masalah kecuali sedikit masalah sebutan yang pelat pada sebahagian huruf. Semoga Alysaa cepat sembuh ya sayang.


Tadi ada sebut pasal sup kan? Tiba-tiba aku teringat pada satu kisah yang terjadi minggu lepas. Bukanlah cerita gempak tapi kalau diingat-ingat balik dah cukup meremangkan bulu kaki aku.


Aku ni jenis yang taklah memilih sangat dalam bab-bab pemilihan lokasi tempat mencekik ni. Kat mana-mana pun boleh makan asalkan halal dan bersih. Gerai tepi jalan pun okeh.


Nak dijadikan cerita, hari tu kami sekeluarga teringin pula nak makan sup. Tak kisahlah sup apa. Tapi biasanya kami order sup gearbox dan sup daging yang dimakan dengan nasi putih atau roti sandwich. Kebetulan tempat kami selalu lepak sambil makan sup tu tutup pula pada hari tu. Jadi terpaksa cari inisiatif lain. Teringat ada satu lagi gerai yang jual aneka jenis sup. Memang tak pernah makan kat situ. Jadi apa salahnya cuba.


Bila sampai gerai tu dan park kereta bersebelahan dengan tempat buang sampah, aku dah rasa macam menyesal pula pergi situ. Tapi tak apalah. Lagipun tempat buang sampah tu agak jauh juga dengan meja tempat kami duduk. Aku pandang keliling. Tak ada pelanggan lain. Mungkin sebab gerai tu baru buka kot? Meja-meja dan kerusi-kerusi kat situ macam buruk-buruk dan kotor. Tak apa lagi. Mungkin sebab belum kena lap lagi. Suami pergi order sup gearbox dan sup ayam. Biasanya sup gearbox untuk suami dan aku, sup ayam atau daging untuk anak-anak.


Pemilik gerai seorang lelaki separuh umur berbadan tegap yang bekerja sendiri. Tak ada pembantu langsung. Dah tu muka serius memanjang. Tak mesra alam langsung.


Bila makanan dah sampai, bulu roma aku dah mula meremang. Pinggan nasi dan mangkuk sup beserta sudu-sudunya sangat kotor! Pinggan kaca berbunga-bunga yang lutsinar tu berdaki-daki hitam kat bahagian bawah. Kau boleh telan nasi tak kalau macam tu? Dah la tu, nasinya pula jenis yang paling murah kot? Sudu dan garfu pula berminyak-minyak. Gelas jangan katalah. Nasib baik ada straw. Tapi masa nak minum tu aku terfikir lagi, entah-entah straw tu pun recycle juga kot? What the?? Macamana aku boleh sesat sampai sini?


Disebabkan tak nak membazir, aku jamah sikit je. Itupun makan nasi yang kat bahagian atas-atas je. Tak sanggup aku nak sentuhkan sudu pada permukaan pinggan tu dan kemudian sumbat ke mulut. Oh, tidak!! Kalau supnya sedap tak apa juga. Kata suami, dia pun rasa macam nak muntah. Sup ayam dan gearbox tu tak segar langsung. Macam yang dah berhari-hari, lepas tu dimasak semula. Beza sangat dengan sup yang kami selalu makan di gerai yang satu lagi tu. Gerai tu memang femes dan memang sedap. Memang penuh memanjang. Belum sampai malam semuanya dah licin disapu orang.


Akhirnya kami pun berhenti makan. Tak sanggup lagi rasanya menanggung derita. Semuanya tak habis. Sup gearbox tak bersentuh pun. Aku dah bersumpah tak nak datang situ lagi. Disebabkan itulah sampai sekarang tekak aku geli-geli gatal kalau sebut sup-sup ni. Kepala pun rasa kembang semacam.


Sekurang-kurangnya aku perlukan 2,3 bulan untuk pulih sepenuhnya dari trauma ini. Cilakak!!

2 comments:

  1. mmg spoil laaaa. dah la lapar/teringin sangat. pastu tengok sudu minyak2. cawan berdaki. perghhhhh.

    ade skali tu p kedai makan mamak. pastu sementara tunggu roti canai siap tu tengok la sorang ni duk menggoreng mi. perghhh sayo dia potong2 terus lebur lam kuali. bawang ketuk2 terus campak. cili api pun main amik fresh dalam bakul buang putik je. ingat dia jamie oliver agak nye (jantan mat saleh lidah pendek tu. hehe)

    terusssssss tanak order benda goreng2 kat mamak tu dah. yikes!!!

    ReplyDelete
  2. hehe.. tu lah pasal. mmg org yg berhati waja je boleh telan benda2 mcm tu. lg la kalo jenis restoran or gerai mkn yg daponya nun kat blakang. tak tau depa masak camne. bubuh ape, basuh ke tidak.. ewww...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails