Tuesday, March 8, 2011

Webcam, shawl manik dan Cikgu Shida

Si gigi besi baru beli webcam. Lappy milik dia harap je skrin besar gedabak tapi tak ada webcam. Kesian. Jadi, dia ajak aku berchatting di Yahoo Messenger untuk buat percubaan pada webcamnya itu. Kind of jakun jugalah. Jadi, kami pun cuba buat video call antara Shah Alam, Selangor dan Pasir Gudang, Johor.

Gigi besi  : Kak, kau try buat video call kat aku.
Aku        :  Ok.
Gigi besi  :  Tak ada pun.
Aku        :  Aku dah buatlah. Kau yang tak answer
Gigi besi  :  Masalahnya tak ada keluar apa-apa pun kat tempat aku.
Aku        :  Ok. Try lagi.
Gigi besi  :  Mmm.. masih tak ada.

Jadi, si gigi besi telah meminta bantuan seorang kawannya untuk settingkan webcam pada lappynya.

Gigi besi  :  Try lagi.
Aku        :  Ok.
Gigi besi  :  Ha.. ada dah?
Aku        :  Ok. Ok. Dah ada. Apasal gambar kau tak bergerak. Webcam cap apa ni?
Gigi besi :  Hahaha. Apasal mulut kau senget?
Aku        :  Kuang hajau.
Gigi besi  :  Kak, apasal muka kau macam Cikgu Shida?

Cilakak. Bab mulut senget aku boleh kompromi lagi. Dia kata muka aku macam Cikgu Shida? Penat je aku pakai shawl manik yang maniknya besar gedabak dan berat sampai kepala aku pun rasa senget dibuatnya. Cess!

Cikgu Shida

ps: erk..bukan maksud aku Cikgu Shida tu buruk ke apa, cuma gaya lawak dia masa miming dalam video tu aku tak berkenan kot.. Muka aku ada macam pelawak ke? Hurmmm....

5 comments:

  1. menarik..menarik..best..haha..

    ReplyDelete
  2. haha..sampai dalam belog cikgu shida masuk. memang glam!

    ReplyDelete
  3. Hahaha..kelakar. Cikgu Shida ni femes ek.. Dasyat tul. :)

    Entri Terkini: Pendaftaran SPM 2011..

    Entri Terkini: Buffered Earning MAS MH Buddy untuk bulan ni..

    ReplyDelete
  4. mmg femes cikgu Shida ni. sbb dia mmg cari cara utk femes. :p

    ReplyDelete
  5. tak suka cikgu shida. bukan sebab keberanian dia, itu aku respek. tapi kualiti miming yang menyedihkan, itu masalah selebriti youtube
    malaysia

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails