Tuesday, March 29, 2011

Aku dan 'penyakit' itu

Aku memang jarang beli sesuatu untuk diri sendiri sejak dah jadi mak orang yang lebih pentingkan keperluan (& kehendak) anak-anak berbanding keperluan (terutamanya kehendak) diri sendiri. Yang dah jadi mak, taulah apa rasanya. Yang belum lagi jadi mak, tunggu kamu dah dapat anak nanti, baru akan rasa.

Tabiat buruk aku, sebelum dapat gaji akan senaraikan barang-barang keperluan dan kehendak aku dalam satu kertas dan selit dalam wallet supaya senang nak tau apa yang perlu aku beli bila dah dapat gaji nanti. Masalahnya, bila dah dapat gaji dan keluar ke mana-mana untuk beli barang, satu demi satu barang yang aku dah senaraikan tu akan dicancel sebab sayang nak keluarkan duit dan rasa boleh beli lain kali sebab tak berapa penting sangat.

Kemudian bila dah sampai rumah, akan tepuk-tepuk dahi atau kepala sebab tengok semua barang keperluan peribadi aku dah habis di rumah, atau menyesal sebab tak beli-beli barang kehendak yang dah berbulan-bulan aku impikan padahal masa keluar tadi dah siap pegang-pegang dan belek-belek barang tu.

Aku tak taulah apa nama 'penyakit' tu.

8 comments:

  1. Asalam...

    tu bukan penyakit.. tapi berhemah dalam berbelanja.. atau berjimat

    tapi dalam kata yang kasar sikit kedekut...

    saya pon mcm tuh... he he he

    ReplyDelete
  2. saya pun sama pattern camni. kadang2 tu mmg dah pegang n nak bayar...last sekali letak balik~

    ReplyDelete
  3. hahahah...org pun ader time dtg pnyakit ni :P kdg2 tu dh lamer kt kedai..at last kuar tgn kosong jer. hehehe

    ReplyDelete
  4. saya pun ada penyakit camni hehe
    keperluan anak diutamakan..

    ReplyDelete
  5. oo..ramai rupanya yg sama penyakit dgn aku. so, x bahayalah penyakit ni ye. hehe..

    ReplyDelete
  6. meletakkan diri orang lain mengatasi diri sendiri. bagus, tapi jangan terlalu=)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails