Okeh. Mari lari sejenak dari topik raya yang semakin mengembangkan jiwa. Jangan risau, raya tetap tiba.
Aku dah merayap ke beberapa blog kegemaran yg ada entri berkaitan dengan kecantikan yang dah tak berapa subjektif sekarang. Setiap ayat mereka yang aku baca, akan diakhiri dengan anggukan dari kepala aku sebab terlampau setuju dengan apa yang mereka sampaikan. Kewujudan unsur diskriminasi terhadap gender berkaitan dengan isu kecantikan ni memang tak dapat dinafikan. Kamu akan dikecam hebat jika berjantina perempuan dengan badan gemuk atau wajah kurang cantik berbanding sekiranya kamu berjantina lelaki dengan ciri-ciri yang sama seperti tadi atau malah lebih buruk berganda-ganda. Itu antara intipati yang mereka cuba sampaikan. Tak adil kan?
Seperkara yang tak dapat dielakkan adalah kebiasaan cara kita memandang atau menilai seseorang berdasarkan fizikal luaran sahaja. Tak dapat dinafikan, seseorang yang dikurniakan dengan wajah cantik dan tubuh yang menarik, kurus langsing, tinggi dan berkulit cerah kebiasaannya pasti akan mengundang persepsi positif, pada lelaki terutamanya dan sekurang-kurangnya (sebab kebanyakan perempuan suka ada perasaan iri bila ada perempuan lain yang lebih cantik dari dia). Mungkin sebab sesuatu yang cantik tu sinonim dengan sempurna, wangi, bertuah dan sedap untuk menjamu mata serta minda. Tak kiralah perangai si cantik tu buruk macam mana pun, tapi benda pertama yang orang nampak adalah kelebihannya dari sudut kecantikan luaran. Bab-bab kecantikan hati tu, orang tak berapa ambil peduli sangat sebab kecantikan luarannya dah menutup kekurangan dalamannya. Betul kan?
Kalau nak suruh semua orang berfikiran bahawa semua manusia tu cantik, memang susahlah sikit. Kita sendiri pun bila nampak sesuatu yang kurang cantik, sekurang-kurangnya mesti mengutuk dalam hati dulu. Jadi, macam mana? Macamlah semua orang nak dilahirkan tak cantik dan kurang serba-serbi, kan? Cuma, yang aku nak tekankan, bila ada yang tak menghargai perasaan orang langsung. Tak tau nilai sensitiviti dalam hal berkata-kata. Cakap main sedap mulut. Tak sedar sama ada perasaan orang terguris atau tak dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita. Kita sedap mengutuk orang, tapi di belakang kita, tau tak apa yang orang cakap tentang kita? Kalau rasa tak ramai yang berapa suka dan tak berapa nak ngam dengan kita, cuba fikirkan balik, berapa skala ritcher tahap kelancangan mulut kita bila berkata-kata dengan orang? Orang macam ni jenis yang rasa diri sendiri je yang sempurna. Orang lain semua salah. Aku dah jumpa ramai orang macam ni. Selalunya mereka tak sedar kekurangan diri, sampailah ada yang berani bagitau dia depan-depan.
Aku rasa semua orang ada titik sensitif dalam hati mereka. Bukan saja pada orang berbadan gemuk, bak kata Neem dalam blognya, orang yang skinny pun mudah terasa kalau orang cakap dia kurus. Betullah! Ye lah, bila kau dah kata orang tu kurus kering, kerempeng, sekeping, papan lapis, TV LCD, cicak kubing, dah sah-sahlah meruntun jiwa orang tu. Nampak sangat macam orang kurang makan, dan dah semestinya kurang seksi bila dah dikaitkan dengan perkataan-perkataan macam tu. Dah tentu-tentulah dia rasa amat gagal sekiranya sedang dalam usaha menaikkan berat badan dan tiba-tiba kita datang dan panggil dia dengan panggilan-panggilan manja macam yang disebutkan tu. Weh, yang berkata-kata tu dah cukup sempurnakah sampai suka-suki hati nak menghina orang? Isk..isk..-berdasarkan kisah benar ni..
Bersempena dengan hari mulia yang bakal tiba tak lama lagi ni, (nak tak nak kena jugak masukkan topik raya yang dah dekat), marilah bermuhasabah. Fikirkan apa kesalahan kita yang orang lain tak suka selama ni. Mana-mana hubungan yang keruh, marilah jernihkan semula. Kalau ramai orang pernah terguris hati dengan cara kita, bayangkan berapa banyak dosa yang kita dapat. Kalau semua orang tak betul, banyak salah dan kurang sempurna di mata kita, fikirkan balik, cukup sempurnakah kita di mata orang lain? Ingatan ni pun untuk aku juga sebab aku pun tetap banyak kekurangan dan tak sempurna. Jomlah bermaaf-maafan sebab mana tau ni Ramadan dan Syawal terakhir untuk kita, kan? Manalah kita tau..
No comments:
Post a Comment