Monday, October 17, 2011

Paranoid antara punca kredit aku cepat habis

Menurut sumber ini, paranoia didefinisikan sebagai gangguan mental yang ditandai dengan kecurigaan yang tidak rasional/logis.

Aku pernah sentuh tentang ini dalam entri yang sudah lebih kurang setahun yang lepas. Aku ingat sifat paranoid yang wujud dalam diri aku boleh hilang dengan sendirinya secara perlahan-lahan, tapi akhirnya aku kena akui yang benda tu tak boleh hilang dalam diri aku sebab setiap kali aku berjauhan dengan orang-orang yang aku sayang, aku mesti, aku kata, MESTI akan jadi paranoid.

Susah nak terangkan. Bila aku berjauhan dengan Rayyan, tak kiralah sama ada dia ada kat rumah pengasuh ataupun dia ikut seseorang keluar (dengan makcik, datuk atau neneknya), maka secara automatik otak aku ni mulalah mengalami gangguan delusi yang kadang-kadang melampau dan menyimpang dari landasan yang normal, tak rasional dan tak logik, juga dikenali sebagai paranoia.

Contohnya bila Rayyan atau si kembar keluar dengan makciknya, aku akan terseksa kat rumah sebab aku akan fikir benda yang bukan-bukan yang mungkin boleh jadi pada mereka. Macam mana kalau mereka nanti macam ni? Macam mana kalau sekejap lagi mereka macam tu? Korang ingat perasaan macam tu bagi impak yang best ke pada aku? Tidak, ye.

Disebabkan kebolehan otak aku untuk berfikir dengan lebih advance, iaitu pandai-pandai meramal dan memikirkan tentang masa depan dengan agak ekstrem dan luar dari kawasan, maka itu membuat aku menjadi lebih penat. Penat mental dan fizikal. Penat mental sebab otak terpaksa bekerja keras 2 kali ganda dari biasanya dan penat fizikal sebab tak senang duduk dan akan buat panggilan selang 10 minit untuk pastikan semuanya ok.

Ada sesiapa yang masuk dalam kelompok macam aku?

Janganlah.. paranoid aku bukanlah teruk sangat..

6 comments:

  1. samo la mcm den..sifat menduga tu lobih...ekekek

    ReplyDelete
  2. sama. kita sama. jenis suka berfikir terlampau advance.

    ReplyDelete
  3. Awak...saya pun kadang2 paranoid tak tentu pasal. Tapi saya selalu ingatkan diri saya supaya tak fikir yang bukan2 coz teringat orang kata...apa yang selalu kita fikirkan boleh jadi kenyataan. Na'uzubillah..

    ReplyDelete
  4. aik....kita serupa....ibu pun selalu berfkran mcm tu....kekdg tu ibu naik marah kat ank2 kerna dia org xnak sms atau col ibu bg tau di mana dia org ada dan bt apa. setiap kali ibu berfkran mcm tu cpt2 ibu berdoa agar mereka dilindungi oleh tuhan.

    ReplyDelete
  5. semua org ada rasa mcm tu kot. tinggal lg kronik dgn x kronik je. kalau dah kronik tu, dah masuk kategori penyakit mental la..

    ReplyDelete
  6. hampir2 serupa,hihi....maknanya rina lom tahap kronik la.yang sedang~sedang saje,huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails