Tuesday, January 1, 2013

2 ribu 3 belas sudah datang

Sekolah dah nak bukak besok, baru 2,3 hari ni aku bersengkang mata sampul buku-buku si kembar ni.
Dah jadi mak orang pun masih bawak perangai dari azali. Suka buat kerja last minute.
Dah la buku teks yang sekolah bagi pinjam tu sikit lebih kurang macam belacan. Menjenuh aku kasi repair sana-sini, biar nampak ada rupa buku sikit.
Kalau tak, pembungkus tempe tu lagi lawa 45 darjat.

Ni dah masuk 2013.
Seingat aku, sejak aku jadi manusia, tak pernahnya aku keluar malam 31 Disember tu nak celebrate malam tahun baru dengan penuh semangat berjoli-joli katak.
Ada la, 2,3 kali. Tu pun duduk tak sampai sejam kat tengah padang dekat-dekat rumah, tunggu persembahan bunga api.
Nama nak pi konsert la, karnival itu inilah, takdenya. Macam tak penting gitu.
Aku rasa macam lagi baik aku terbongkang depan tv. Takpun teruskan aktiviti kat rumah macam biasa.
Lipat kain ke, baca novel ke, buat latihtubi dubbing suara tarzan ke.
Orang lain sibuk bersesak-sesak sampai nak pitam secara beramai-ramai kat dataran mana-mana entah, aku kat rumah melanguk depan tv tengok Hell Hotel macam takde apa-apa jadi pun.
Pastu dah ngantuk, tido..
Sesuai betul hidup zaman mesolitik.

Macam umat manusia lain jugak, aku harap tahun 2013 ni lebih baik dari tahun sebelumnya.
Semoga kesihatan, ketenangan jiwa, rezeki yang diberkati dan keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah, mengiringi aku sekeluarga sampai penghujung tahun dan bersambung pulak ke tahun seterusnya. Insya allah kalau umur panjang.

Selamat tahun baru, semua orang.

3 comments:

  1. Hahaha dashsyat benor ker buku teks nyer. mungkin anak2 nnt rajin ngadap buku kalau ada sentuhan belacan dan tempe di situ hehe. Apa pun, selamat tahun baru.

    ReplyDelete
  2. harhar. dahsyat wak! padahal br 1 tgn je pakai last year. dah name pon buku pinjam, redho je lah. dekat 1/2 gulung sellotape tu habis buat tampal2 mana2 yg patut.
    dorg ni kan (especially parents), patutnya bersyukurlah dapat pinjaman buku teks. at least jagalah sikit buku2 tu.. bkn sorang nk pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang ni kalau kena kuar duit beli sendiri baru tau nak appreciate kot. serius mahal buku2 teks ni ok.

      Delete

Related Posts with Thumbnails