Sunday, November 7, 2010

Kegilaan terhadap orang-orang Jepang

Kelmarin tersesat masuk ke http://www.mysoju.com/. Dah lama betul tak masuk ke website ni. Wah, terimbas pula memori di zaman aku gila dengan drama-drama Jepun. Drama-drama Jepun ni menarik. Lagi-lagi dengan ayat alihbahasanya yang selalu kelakar. Aku tak berapa suka sangat dengan drama-drama Korea. Feelingnya lain dengan drama Jepun. Drama Jepun ni selain membariskan pelakon-pelakon yang super-duper comel, cantik dengan rambut yang cantik dan kulit muka yang bersih tak kira lelaki atau perempuan, turut memaparkan jalan cerita yang sangat menarik. Aku suka betul tengok cara orang Jepun bercakap, intonasi mereka, gerak tubuh mereka dan ekspresi wajah mereka. Kalau dah lawak, lawak gila. Macam drama Power Office Girl. Serius, lawak gila. Orang Jepun ni nampak kelakar sebab mereka ni sopan sangat. Atau kalau bahasa kita, poyo. Pernah tak gelak separuh nyawa waktu menonton rancangan Istana Takeshi? Fuh, nak terkeluar roti canai 2 keping yang kau telan pagi tadi.

Ada tak ya yang pernah tergila-gila dengan pelakon-pelakon Jepun macam Takuya Kimura, Yutaka Takenouchi, Hideaki Takizawa, Matsushima Nanako, Fujiwara Norika, Matsu Takako dan Takeshi Kaneshiro selain dari aku?

Mari mengimbas balik drama-drama yang pernah jadi kegilaan (aku) waktu disiarkan di TV3 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang di sekitar tahun 2000-2003. Sila klik tajuk drama untuk informasi lebih lanjut.

Pelakon: Takuya Kimura dan Yamaguchi Tomoko.


Pelakon: Takuya Kimura dan Matsu Takako.


Pelakon: Sorimachi Takashi dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Takuya Kimura, Matsu Takako dan Abe Hiroshi.


Pelakon: Takuya Kimura dan Tokiwa Takako.


Pelakon: Yutaka Takenouchi, Tanako Misato dan Fujiwara Norika.


Pelakon: Makiko Esumi, Mai Hosho, Kotomi Kyono, Atsuko Sakurai,
Keiko Toda dan Yumiko Takahashi.


Pelakon: Fukuyama Masaharu dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Yutaka Takenouchi dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Hideaki Takizawa, Suzuki Honami dan Kyoko Fukada.

Ada tak yang masih ingat? Emm, masih bagus juga ingatan aku ya.


15 comments:

  1. wahhhhhh nk tgk balik sume citer jepang tuu iluvvvv takuya kimura T_T

    ReplyDelete
  2. list cite jepun kat atas tu. paling suke Beautiful life dengan with love.

    tersangat sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! dulu waktu tu baru darjah enam. tayang dekat tv3 jam 6 petang tetiap hari.

    kalau korea suke cite my lovely samsoon.

    cite beautiful life tu sedih gile. T__T lelaki tu yang siapkan mayat pompuan tu. kan? :(

    ReplyDelete
  3. Takuya Kimura xlah hensem sangat, tapi sangat menarik. Muka dia seksi. Tapi aku pun memang tergila-gila kat dia dulu. ehehe..
    Dalam iklan Gatsby dia sangat comel =)

    ReplyDelete
  4. Takuya Kimura... waaaaaaaaaa... my old flameeee... muah muah muahhhh...

    ReplyDelete
  5. munna mmg minat takuya kimura... koleksi dvd banyak kat rumah ni.. plg suka beautiful days

    ReplyDelete
  6. suma cita best...tingat time sek men dulu.hehehe

    ReplyDelete
  7. fuh drama lama..org lama ni..huhu

    ReplyDelete
  8. omu suka GTO...omu suka anchor woman...eh, narita divorce xde k dlm list ker? hehe.

    ReplyDelete
  9. wah..suke2..baru aritu cari2 ost citer tu semua..dulu2 mmg bes.. POG tu lucu,anchor woman bes,long vacation..wah semua bes..hehe

    ReplyDelete
  10. hehe. semua cerita-cerita ni memang best. sampai tertunggu2 utk episod akan dtg.

    a'ah, narita divorce tak masuk pulak dlm list. dah try google, tapi x byk dpt info. tgk jugak cerita tu, tapi x umphh sgt mcm cerita lain la.

    ReplyDelete
  11. teringat cite dulu2.. nama dia love or friends kot.. opening song dia best sgt.. nak download tp tak jumpa. cite dia due sekawan suka kat sorg laki.. sbb ade dua heroin.. dorg kawan rasanya.. tyg masa tahun 2000..

    ReplyDelete
  12. same2.. tingat mase skolah, petang jek duk depan tv.. mase tu cite korea tak kuar lagi pun.. bile tgk balik cite2 lama, rase mcm balik ke zaman kecik.. hahaha..

    ReplyDelete
  13. teringat zaman dulu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails