Tuesday, October 26, 2010

Encik Fendi dan jam dinding


Encik Fendi adalah pensyarah kami di kolej yang mengajar beberapa kursus seperti Pengaturcaraan Pascal I & II, Cobol, dan Visual Basic. Waktu itu dia masih bujang, muda belia dan mungkin baru berumur dalam lingkungan 24 atau 25 tahun. Orangnya tinggi lampai, berkulit cerah dan bermata agak sepet. Tak taulah kalau-kalau dia ada kacukan dengan keturunan Cina, aku pun tak berapa nak ambil tau waktu tu.


Orangnya kalau nak diklasifikasikan sebagai hensem gila, taklah juga. Tapi sedaplah mata memandang. Dan disebabkan pada waktu itu di kolej kami nampaknya macam dia sajalah pensyarah yang sedap untuk dipandang, maka dialah yang paling hensem di kalangan pensyarah. Kecuali kalau pada waktu itu ada pensyarah baru yang muda, bujang, kacak lagi tampan datang untuk mengajar di kolej itu, maka jatuhlah status hensem yang dipegang oleh Encik Fendi sebab dia taklah sehensem mana pun. Maaf, Encik Fendi. Siapa suruh tak bagi saya markah penuh untuk subjek Pengaturcaraan Pascal I masa saya di semester 1 dulu?


Aku rasa dalam ramai-ramai pensyarah di kolej aku mahupun di kolej lain pada waktu itu, mungkin dia di antara 1:20 orang yang tak suka memakai jam tangan. Aku pun tak suka pakai, tapi aku bukan pensyarah. Encik Fendi ni orangnya agak gelabah dan kelam kabut. Dia sangat tak garang jadi kami tak berapa nak takut dengan dia. Kalau aku borak-borak sambil bisik-bisik kat tempat duduk belakang waktu dia sedang membebel di depan dewan kuliah, maka dia akan panggil nama aku sekuat hati walaupun aku tak sedar langsung yang dia panggil nama aku, dan cuma tersedar yang aku sedang jadi pusat perhatian bila semua mata memandang dan menoleh ke arah aku yang terpinga-pinga macam penguin tak comel. Itulah, kalau Encik Fendi tambahkan sikit markah saya dalam kuiz Cobol dulu tu mesti saya cerita yang best sahaja pasal Encik Fendi.


Sebut pasal jam tangan tadi, serius, dia memang tak suka pakai jam tangan. Mungkin juga dia ada sejarah hitam berkaitan dengan jam tangan. Itu tak penting bagi aku. Tapi yang agak menyusahkan bila waktu dia mengajar dalam kelas, kami kena selalu mengingatkan dia bila waktu mengajar dia sudah hampir tamat sebab Encik Fendi kalau mengajar macam semua masa dia yang punya." Encik Fendi, masa dah time! "Aku pun tak tau siapa yang cipta kalimah tu. Tapi yang pasti setiap kali ada pelajar yang menyebut dialog tu, secara automatik semua pelajar lain akan membelek jam tangan masing-masing atau pun menjeling jam dinding yang tersangkut di dinding depan dengan perasaan lega.


Pada suatu hari, wah, macam intro cerita arnab dan kura-kura, seperti biasa Encik Fendi masuk ke dewan kuliah dan mengajar kami seperti biasa. Hari itu dia akan mengajar kami selama 2 jam. Jam dinding menunjukkan pukul 3.00 petang. Okeh, setelah mengajar lebih kurang sejam lebih, mungkin sejam 15 minit atau kurang, Encik Fendi meminta diri untuk ke tandas.


Maka bermulalah ceritera. Entah apa punya jenis jin yang merasuk seorang budak lelaki yang sememangnya terejal dalam kelas aku, hingga dia dengan nekad pergi ke depan kelas, meletakkan jari telunjuknya di bibir dan menyuruh kami diam, kemudian berjengket dan mengambil jam dinding yang tersangkut di dinding dan mengubah kedudukan jarum jam minit menjadi lebih cepat selama 45 minit. Kami sekelas yang berjumlah hampir 100 orang tak pula menghalang perbuatannya. Kiranya bersetujulah tu. Keji sungguh.


Menunggu Encik Fendi kembali dari tandas adalah detik-detik yang sangat mendebarkan bagi kami semua. Macam-macam andaian yang muncul dalam benak, lagi-lagi kalau terkantoi. Jam dinding dah menunujukkan pukul 4.55 petang. Aku pun tak taulah Encik Fendi ni pakai memori berapa gigabait. Dia pun agak terpinga-pinga juga bila pelajar terejal tadi tiba-tiba menjerit, "Encik Fendi, masa dah time!!" Peh, menggigil juga lutut kami semua. Macam tak sampai hati pula nak aniaya pensyarah kami tu. Takut juga kalau Encik Fendi minta tengok jam tangan pelajar kat barisan depan tu. Tapi nasib baik Encik Fendi tak pakai memori berkapasitas besar waktu tu.


Maka, Encik Fendi pun mengemas buku-bukunya di atas meja dan memberi salam kepada kami sekelas yang tiba-tiba terasa bersalah dan kesian pula pada dia. Tapi, ketupat Faiza pun dah basi, jadi tak boleh buat apa. Jadi, kami pun balik awal selama 45 minit pada hari itu.


Keesokan harinya, Encik Fendi menyuarakan kehairanannya yang teramat sangat berkaitan kejadian pelik yang menimpa dirinya semalam kepada kami.


"Semalam, saya dah balik dan punch card, tapi jam kat mesin punch card tu rosak agaknya. Dah pukul 5.00 petang tapi dia cetak pukul 4.15 petang kat punch card saya. Dah tu, Encik Zack (juga seorang pensyarah) pula pandang-pandang semacam kat saya. Pelik betullah!"


Apa kami nak buat selain pegang perut sambil tahan gelak? Encik Fendi, walaupun cerita ni dah lama berlalu tapi saya harap Encik Fendi dah ada jam tangan sendiri sekarang untuk mengelakkan kejadian tak bermoral seperti ini berlaku lagi. Kalau Encik Fendi ada jam tangan waktu tu, tentu kejadian tu takkan berlaku kan?


Apapun, ia terlalu manis untuk dilupakan. Terima kasih Encik Fendi!

5 comments:

  1. ahaksss..kalau u all sekelas ngan LM pasti En.Fendi tak kena buli kot,sure LM dah ngurat lecturer hensem tu..hahaha.

    syoknyer kenang zaman dulu kan?

    ReplyDelete
  2. Kenangan time belajar la adalah yang paling indah sekali. apesal la en Fendi tu sengal sgt?

    ReplyDelete
  3. salam, memang banyak kenangan semasa belajor dulu..kuliah boleh jadi menarik atau sebaliknya bergantung kepada ilmu pedagogi seseorang pensyarah itu serta kebolehannya menghidupkan kelas dgn jenaka dan penyampaian yg menarik..klu mendatar saje....kuliah sejam rasa macm tiga jam.

    saya follow blog yg hebat ni, jika sudi follow saya pulak...tq

    ReplyDelete
  4. all: yup. memang best sgt kenangan masa belajar. kalau boleh nak ulang balik masa tu. dapat stay sehari ke masa lampau pun dah cukup.
    wah, encik abhamz, xdelah hebat mane blog saya ni. banyak lagi blog lain yg gila hebat. ok, saya pun dah follow ur blog. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails