Saturday, October 30, 2010

Biskut

Aku seorang multi-talented yang jarang ada masa untuk rehat dan bersantai-santai. Aku rasa iklan yang sesuai untuk menggambarkan siapa diri aku terutamanya di hujung minggu ketika aku tidak bekerja dan semua bala tentera itu tidak bersekolah, kemungkinan besar adalah iklan sejenis biskut di kaca televisyen di mana seorang ibu boleh bertukar ganti pakaian dalam waktu beberapa saat mengikut situasi yang sedang dihadapi.

Rehat bagi seorang wanita dewasa seperti aku bukan bermaksud membuka bekal dan makan di kantin sekolah dalam tempoh 30 minit.

Aku rasa aku perlu beli sebungkus biskut seperti yang diiklankan dalam televisyen dan berharap agar biskut itu mengandungi sedikit ubat tidur yang boleh buat aku tertidur tanpa gangguan hingga jam 8.00 malam ini. Kalau tak, untuk apa ia diiklankan sedemikian rupa?

6 comments:

  1. kah2....
    ape da...
    ade jugak cm tu ek...

    ReplyDelete
  2. ke pangkuan bonda yang multi-tasking

    ReplyDelete
  3. Thank you so much to visit my blog, have a wonderful weekend to you and your readers. If you want to exchange links, let me to know, add me and leave a comment on my blog.

    ReplyDelete
  4. Atsuko: betul. bila dah ada anak, baru kamu akan rasa. fuhh!

    ReplyDelete
  5. asam makruh: multi tasking? wah, betul juga. aku seharusnya guna perkataan tu berbanding multi-talented. tapi tak apalah. jadi aku sekarang adalah seorang bonda yang multi-talented dan multi-tasking juga. bukan ke semua bonda di seluruh dunia begitu? *senyum*

    ReplyDelete
  6. Englishtips: you are welcome and thank you too!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails