Tuesday, December 7, 2010

Mencincang air

"Budak-budak zaman sekarang dengan sedara-mara tak nak kenal-kenal. Jumpa pun sesekali je bila hari raya atau ada majlis kenduri-kendara.  Bila selisih tengah jalan pun tak kenal muka. Kalau orang-orang tua dah tak ada nanti, lagilah teruk."

Itu kata nenek dan mak aku yang turut mewakili semua golongan veteran yang masih ada pada masa ini. Memang betul pun. Aku sendiri masih tak berapa kenal sangat dengan keluarga besar belah mak dan bapak aku yang bersepah-sepah atas muka bumi ni. Tak tau dia ni dari belah mana, tersangkut kat salah silah tingkat berapa, dari mana punca susur galurnya, pangkatnya apa pada aku dan kadang-kadang tak tau apa gelaran yang nak dipanggilkan.

Itu aku boleh terima lagi. Sebab di celah-celah kesibukan kita dalam hidup di zaman ini, memang sangat jarang punya masa yang cukup untuk berjumpa, berkenal-kenal dan beramah mesra.

Tapi kalau jenis saudara-mara yang memang kita kenal malah duduk sekampung lagi, tapi bila berjumpa pura-pura tak nampak dan buat-buat pandang ke arah lain dengan muka ketat, aku tak tau nak kategorikan dalam kelas apa. Apakah kerana mereka-mereka sudah pakai kereta yang besar sedikit saiznya dari kereta orang lain, maka itu jadi satu tiket untuk menjadi SOMBONG dan TINGGI DIRI?

Oh, tolonglah. Darah kita masih sama. Warna merah. Bukannya darah kau bercampur dengan emas 10 pun.

3 comments:

  1. tertarik dengan N3 ni..
    agree 100% kak =)

    ReplyDelete
  2. sorry no komen.akak tak de saudara mara.mak bapak dan adik beradik dah meniggal dunia.semenjak tu dorang dah putuskan saudara.Tinggal akak dan family je.

    ReplyDelete
  3. kak ina mail: wah, tragis. x apa kak, keluarga akak pun dah satu rahmat yang paling besar untuk akak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails