Monday, November 12, 2012

Cuti sekolah dah start oi!

Cuti sekolah dah start weh. Budak-budak sekolah seronok la..
Ingat aku seronok sangat nak nyambut cuti sekolah?
Makin aku doa cuti sekolah cepat habis ada la.
Mana taknya, cuti sekolah baru 2 hari, rumah dah macam tempat pelupusan sampah.
Tiap 5 minit, ada je sampah baru tercipta.
Kalau tak cipta sampah, diorang reka prototaip objek-objek aneh dan pelik.
Macam senduk nasi terpacak atas kepala lori mainan. Pernah jumpa?

Yang seronoknya, masa-masa macam nilah boleh asah bakat mencari barang tersembunyi.
Contohnya acara mencari remote control TV selama 2 hari 2 malam tak jumpa-jumpa, rupanya terselit dalam bag serbaguna diorang.
Bag serbaguna ni bagus sebab kalau sesiapa ada hilang barang penting contohnya deodorant ketiak atau penyepit janggut tu, sila selongkar bag dan menjerit kegembiraan.

Tapi yang paling happening sekali adalah, dapat hiburan percuma. Satu bonus kepada jiran-jiran terdekat.
Rumah adalah teater pementasan drama-drama terhebat sepanjang hari. Complete!
Ada babak gaduh-gaduh tendang-tendang musuh.
Ada babak sedih-sedih melalak kuat-kuat berebut barang.
Ada babak mengadu-ngadu domba. "Mama, tengok si polan bin si polan telah mensabotaj lingkungan privasi saya" --> contoh dialog.
Ada babak nyanyi-nyanyi lagu-lagu terkini di carta radio. Tak payah bukak radio. Jimat karen 0.5%.
Ada babak menunjukkan kreativiti melukis mural kat dinding ruang tamu.
Ada acara tambahan susun cawan atau gelas banyak-banyak atas meja makan nak suruh aku basuh pinggan sambil baca skrip mak tiri mengamuk.
Dan sebagai kemuncak dan penutup acara adalah babak tarzan jerit-jerit atau naga mengamuk-ngamuk keluar api kat molot dan hidung. (-_-")

Rumah adalah one stop centre segalanya di sini di musim cuti sekolah. Yeayyy!
Bakpelah buat cuti sekolah panjang-panjang wehhh?

Meh aku hiburkan korang dengan gambar-gambar anak mat saleh yang cumilss-cumilss. Ehsan gugel & theBERRY.com.








14 comments:

  1. aduyaiii...mau pengsan tgk bersepah gini skali..
    stress terok la nmpaknye..hiks

    ReplyDelete
  2. hihihi jenuh kan kalu cam ni jadinyaaaa :)

    ReplyDelete
  3. hahahah..cpt2 la bkk sek kalu camni..stress

    ReplyDelete
  4. uii kalau gini mmg pitam la nk kemas rumah balik. heheheh. Da cuti sekolah kak. Seronok la bila bdk2 ada kt rumah. Riuh rendah jd nya. =)

    ReplyDelete
  5. mengalahkan drama sinetron kan... hahahha nasib la.

    ReplyDelete
  6. kalau jadi mcm nie mmg teruk pun sis.. pening nak layan karenah anak2 nie kan.. sorang mcm nie. sorang lg mcm nie...mmg pening kepala. dri xskt leh skt lorrrrr.... xpe sis.. kena tegas..and bersbr lah.. dieorg gak penyeri hidup kita.

    ReplyDelete
  7. Menunjukkan anak2 kecil terbiar tanpa perhatian ibubapanya atau org dewasa....

    ReplyDelete
  8. Ahaha, budak kecik ni kalau buat salah kita rasa eishh geram jer tapi cepat jer maafkan sebab diorang comel sangat ~.~"

    ReplyDelete
  9. Hahaha..budak start cuti sekolah ni mak bapak mulalah menjalani ujian mental..hik2..saya anak kecik lagi. Tapi anak buah suka bertandang ke rumah...selalunya saya dah stand by buat aktiviti utk dorg...so dorang tak akan buat kerja bukan2...hihihi..

    ReplyDelete
  10. cuti sekolah rumah pon bertukar jadik Legoland...hihihi :) selamat menjerit mama misae :P

    ReplyDelete
  11. Hahaha.. gelak baca entry sis nie, macam2 ragam ada eh.. humak aih gambar tu kalau jadi sungguh memang pengsan nak ngemas.. mahu ngamuk dibuatnya.. huhu.. setakat conteng2 tu biasa lagi. hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails