Tuesday, December 11, 2012

Bukan 'orang dapur' biasa

Baiklah. Memang dah lama aku hilang. Tapi, aku dah kembali. Maka, bergegak-gempitalah kita berpesta sempena kepulangan aku kembali ye. Puihhhh! Tersembur gigi palsu Mak Temah baca statement aku.

Aku hilang sekejap sebab pergi regangkan otak dan seluruh otot badan kat satu tempat. Tak lama. 2 minggu je. Nu kat Kepulauan Riau. Nanti-nanti ada masa aku merebel kat sini ye. Pastu selit-selit 4,5,6,7,8 keping gambar yang senonoh la untuk tontonan umum.

Untuk hari ni, aku nak bebel pasal satu topik yang sejak 2,3 menjak ni selalu lepak-lepak dalam serebrum otak aku. Mentelah pulak aku tengah baca novel Mrs. Perfect karya Jane Porter. Pasal sorang perempuan dan isteri yang hidup dalam serba-serbi hidup yang sempurna. Suami yang hensem, penyayang, kerja best gaji besar, anak-anak yang cantik-cantik, ada rumah yang jadi idaman semua orang, kawan-kawan yang berstatus dan glamor, kehidupan sosial yang serba sempurnalah kononnya. Semuanya perfect sampailah 1 masa, dia dapat 1 berita yang terus ubah hidup dia secara drastik 180 darjah. Aku belum habis baca. Tak payah nak ngarap aku bagitau ending dia apa.

Isi tersirat yang aku dok pikir dalam otak, apa akan jadi pada kehidupan seorang isteri yang selama ni sejak berumahtangga hanya bergantung harap pada suami 100%. Maksud aku, jenis wanita yang jadi suri rumahtangga sepenuh masa, yang tugasnya hanya menguruskan rumahtangga, suami dan anak-anak, tanpa ambil tahu hal-hal lain di luar dari lingkungan tugasnya sebagai isteri, tiba-tiba satu hari kehilangan suami sama ada akibat kematian suami atau bercerai dengan suami? Katakanlah selama ni isteri hanya duduk kat rumah, dan hampir semua urusan selain dari urusan rumahtangga adalah tanggungjawab suami sepenuhnya. Start dari cari rezeki untuk keluarga, bayar apa-apa bil, urusan sekolah anak, semuanya suami yang handle. Yang lagi parah kalau isteri jenis yang boros berbelanja. Kebetulan pulak suami bergaji besar. Dapat nafkah duit belanja dari suami terus tuju shopping complex. Apa akan jadi pada hidup si isteri bila 1 hari suami yang jadi tunggak utama dalam keluarga dah tak ada? Suami pulak tak tinggalkan apa-apa sebagai jaminan untuk masa depan. Tak ada duit simpanan dalam bank. Bayangkan..

Aku bukan nak rendahkan profesi sebagai suri rumah sepenuh masa ni. Gila kau! Tu la kerja paling mulia (dan paling memenatkan) dalam dunia ni. Cuma sebagai seorang perempuan dan isteri, kita kena selalu pandang ke depan. Bukan selamanya hidup kita indah. Ada masa, Allah akan turunkan ujian dan cabaran untuk menguji kekuatan iman kita. Jadi kita kena bersiap sedia. Jangan terlalu bergantung harap pada sesiapa pun. Nanti kita jadi lemah dan manja. Kita tak tau macam mana nak hidup kalau dicampak ke pulau tengah laut. At least sebagai isteri, kita kena tau apa nak buat bila kita ada dalam apa situasi sekalipun. Kita kena sekurang-kurangnya tahu memandu kereta atau motor, tahu macamana nak berurusan kat bank atau pejabat-pejabat kerajaan, tahu surf internet untuk macam-macam info dan fakta, dan yang paling penting tahu menyimpan duit. Jangan cuma tau duduk kat rumah, malas nak ambil tau keadaan sekeliling, sampai nak ke mana-mana pun kalau takde suami memang tak keluarlah dari rumah. Nanti suami ada affair kat luar pun kita tak tau langsung. Be independent. Janganlah tunjukkan sangat wanita ni terlalu lemah dan cuma bergantung harap pada lelaki je. Manalah tau tiba-tiba 1 hari suami kena kebas (mintak dijauhkan tapi ni banyak terjadi kan? kita tak pernah tau apa akan jadi di masa depan), sekurang-kurangnya kita tak terus tersungkur dan tak boleh bangun-bangun lagi sebab macamanapun kita tetap kena bangun demi anak-anak.

Fuh. Rasa macam pejuang kebangkitan reformasi wanita.

BE STRONG, WOMEN!!

p/s: pelik. kenapa ada orang yang pandang rendah dan simpati pada isteri yang bekerja? salah ke kalau isteri kerja? selain dapat kurangkan beban suami, kan dapat buat simpanan untuk masa depan? macam sorang makcik ni, bila dia tau aku kerja, dia cakap, "kau kerja? kesiannnnn...." . ape MOTIP ko makcik? yang kelakarnya, anak-anak perempuan dia semua pun kerja jugak walaupun dah kawen. yang paling kelakarnya lagi, makcik ni sendiri pun kerja cleaner kat sekolah. siapa yang kesiannn sebenarnya nihh?


6 comments:

  1. Terbalik plak ngan saya..bila org tau sy cuma 'pengurus rumahtangga' ..sume kata, penat jer laa belajar tinggi tinggi..tapi tak koje..apa kes? Iskk

    Tapi sy setuju..even cuma queen of the house, we should know everything!

    ReplyDelete
  2. pelik jugak makcik tu, patut respect la ibu2 bekerja ni, bukann mudah. btw salam perkenalan dear.

    ReplyDelete
  3. eh makcik tu.. ckp org pulak. diri sendiri x cermin dulu ke. hehehe.. betul tu kak, kta kena tahu semuanya. xblh harap lelaki or asben 100%.

    kak.. novel tu mcm best jee!! =)

    ReplyDelete
  4. slalunye bila tak kerja org akan kate...hehe
    saya surirumah,,,sebab pikirkan masa depan yang tak tahu ape penghujungnya, sy pon berbisnes..alang2 dah boleh online kan..

    salam perkenalan..jemput jalan2 blog kite jugak yer.
    http://aeidahlatiff.blogspot.com

    novel tu mmg macam best..

    ReplyDelete
  5. betul2 kena jadi seorang isteri dan ibu yang super duber tahu :) walaupun belum pernah jadi ibu dan isteri tapi pernah terpikir ke situ.. hahaha.. cayalah fikiran jauh bebenor. :P lor biasa lah makcik oii zaman dah maju dua2 kerja tu dah biasa.. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails