Gila lama tak update entry. Ada aku kesah? Kata kalian, kan?
Aku ketandusan idea sebenarnya. Padahal ramai di luar sana ternanti-nanti entry terbaru dari aku. Haktuihhh!
Bila tiba masa nak update blog, selalu rasa entri yang aku tulis entahapahapa tak bermotip langsung. Tapi bila baca blog orang lain, semua cerita macam best dan bermotip walaupun cuma cerita berapa kali dia masuk toilet sebab sakit perut terlebih makan pelam muda cicah kicap.
Atas kesedaran itu, -iaitu ceritalah apa-apa pun asalkan blog kau ber'update', maka aku putuskan untuk cerita pasal ketam. Ye, ketam. Mari.
2 hari lepas, dua pupu aku hantar sekotak ketam bangkang ke rumah. Sayanglah, aku tak sempat tangkap gambar ketam yang masih hidup tu sebab lepas tu sibuk berperang dengan ketam untuk masak makan malam. Ingat nak masak lemak je, tapi bahan nak masak tak cukup sifat, maka masak sambal black pepper saja. Tu pun tak berapa nak black pepper sangat la. Sebab cuma pakai apa yang ada kat rumah je.
Kronologi kejadian bermula dengan edisi berperang dengan ketam oleh Encik Papa dalam usaha nak bersihkan badan ketam tu. Aku tak ambik pulak rakaman saat-saat genting tu. Kitorang bukannya pandai nak handle ketam-ketam yang serius, sangat ganas tu. Sampai ada satu masa tu, aku duduk cangkung nak tengok ketam-ketam tu secara close up, boleh pulak ketam tu melompat dengan sepit ternganga nak sepit muka aku! Fuh! Berlubang jantung aku sekejap. Aku tak tau pulak ketam tu boleh lompat macam tu sekali. Mesti dia dah aim nak sepit batang hidung aku. Sumpah taknak duduk dekat kurang dari 30 cm dari ketam tu lagi.
Antara peralatan perang yang Encik Papa pakai dalam sesi perang ketam tu adalah 2,3 batang sudip dan senduk besi, penyepit kuih dan pisau pemotong buah yang panjangnya dekat sedepa. Punyalah lama nak tamatkan riwayat sekor ketam. Dengan bisingnya lagi. Terjerit-jerit macam orang bergaduh, lepas tu tergelak-gelak mengekek-ngekek. Kalau orang dari luar dengar, entahapa yang dorang fikir. Lastly, cabut semua sepit-sepit ketam tu baru lah depa tak mengganas sangat. Aku yakin sangat, kalau dapat kena sepit dengan ketam tu, mau 2,3 jam jugaklah dia bergantung kat tangan taknak lepas. Ngeri weh.
Ketam bangkang ni warna hitam. Kalau kat pasar, harga sangat mahal okeh. Ada yang sampai RM50++ sekilo. Yang 2 pupu aku bagi ni, saiz boleh tahan besar. Ada la dalam 10 ekor. Sepit dia je nak sama besar dengan lengan si Rayyan. Ganas weh. Sepit dah tercabut pun masih mengganas macam apa. Aku siap berus badan ketam tu dengan berus sabut nak buang daki-daki apa semua.
Macam nilah lebih kurang rupa ketam tu. -Foto dari gugel. |
Ha, yang ni rupa ketam bila aku dah siap belah 2 badan dia. |
Masak sambal black pepper edisi resepi sendiri. |
Makan ketam ni yang tak syoknya, kena concentrate nak kopek kulit ketam sampai kadang nasi tak tersentuh pun. Dahlah kena kopekkan untuk budak-budak kecik ni. Lastly, semua dah kenyang makan baru aku ambik turn makan bahagian aku tanpa gangguan. Rasa dia sangat heaven. Manis, segar and juicy. Lagu-lagi tang sepit dia tu. Lantaklah resepi tak berapa nak black pepper pun. Yang penting boleh dimakan dan kenyang. Burp! Separuh dari ketam tu mak aku masak lemak. Tak tau la berapa cm terangkat dari kusi masa makan tu. Kepada 2 pupu aku tu, kalau rasa-rasa nak beramal jariah lagi, sila-silalah hantar lagi 2,3 kotak ke rumah lagi lepas ni ye. Rajin beno dia berkubang dalam paya nak cari ketam ni.
terkenang2 plak masakan ketam mak :)
ReplyDeletemakan ketam best tapi mmg renyah laa.. sanggup lagi sy makan french fries, cepat sikit kenyang kn, hikk...
ReplyDelete