Thursday, November 18, 2010

Aktiviti bila dah jadi mak bapak budak

Selain dari berselisih faham iaitu asam garam dalam sesebuah hubungan suami isteri dan berkata, "kita ni macam dah kahwin 50 tahun!" sambil menghempas pintu sekuat hati dan tenaga setiap kali selepas bertikam lidah dan bertegang urat, satu lagi aktiviti wajib yang perlu dilalui oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tak kira sama ada pra sekolah, rendah atau menengah, adalah menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah anak-anak.

Untuk tidak mahu dilabel sebagai ibu bapa yang tidak prihatin, kurang mengambil berat tentang apa jua permasalahan anak-anak dan tidak mahu bergaul dalam persekitaran yang sihat dengan komuniti ibu bapa lain, maka kebanyakan ibu bapa dengan terpaksanya mesti memaksakan diri untuk hadir ke majlis-majlis sedemikian rupa. Tapi aku tak rasa terpaksa pun sebab tak mahu anak-anak sedih kalau aku tak datang dan rasanya adalah menjadi kewajipan aku untuk turut terlibat sama dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah anak aku walaupun baru di peringkat pra sekolah.

Jadi, pada 13 November 2010, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil dan Konsert  2010 bagi pelajar-pelajar Tadika Emas Nurani yang diadakan di Dewan Balai Raya tempat permukiman aku, dan aku serta suami tanpa ragu dan segan silu telah mengangkut emak dan adik aku si gigi besi yang kebetulan bercuti semester pada waktu itu, untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut walaupun mereka cuma muncul setelah sesi yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan tarian "Waka-Waka" oleh kelas Alyaa Nazura Mineka dan Alysaa Najwa Mineka telah pun selesai. T_T. Akibatnya mereka cuma dapat menyaksikan tarian comel si kembar itu melalui rakaman video oleh perakam amatur sahaja.

Alyaa dan Alysaa cuma ambil bahagian dalam persembahan tarian sahaja. Belum lagi terima sijil sebab mereka baru berusia 5 tahun dan masih ada setahun lagi untuk menamatkan sesi pra sekolah mereka. Acara pertandingan pakaian beragam pun mereka tak ambil bahagian sebab pada waktu tu kami masih sibuk berulang-alik ke hospital kerana penyakit Bell's Palsy Alysaa. Insya-allah tahun depan boleh masuk ya, sayang.

Sekarang, mari tengok gambar-gambar yang berkelayakan untuk dipamerkan di sini.

p/s: Oh, Alysaa memang begitu. Kalau dah dipakaikan lipstick, dia jarang benar nak tutup mulut. Jadi dalam gambar di bawah, kamu akan dapat tahu yang mana Alysaa okeh. Tak perlu tanya aku.

Sedang bersiap-siap. Skirt itu sangat mahal, okeh.


Skirt rambu-ramba yang cikgu boleh recycle
jadi bulu ayam nanti.

Si gorjes Rayyan. Sangat sosialis iaitu tak boleh duduk
diam dan asyik ke hulu dan hilir sambil mengecek makanan
orang. Oh, kau buat mama malu!

Si gigi besi yang datang lambat sebab mandi 1/2 jam.

Kembar dan papa mereka.

Si gorjes Rayyan dan seorang artis..oh, mari percaya.

Sila anggap ada latarbelakang lagu 'Jadikan Membaca
Satu Budaya'. Jangan tanya aku itu lagu siapa.

Peserta-peserta pertandingan pakaian beragam.
Pemenang kategori lelaki, nombor 4 dari kiri, seorang atuk
yang comel! :)

5 comments:

  1. oh kembar rupenye. best la kan.

    Rayyan pon cool + cute! ;D

    *Simpan skirt mahal tu leklok ye kak... hee

    ReplyDelete
  2. comel!!
    meh nak pinjam tali rapia yg berjuntai2 tu..
    lama dah tak pakai..

    ReplyDelete
  3. twins..comelnya..teringat zaman kanak2 dulu tergolek2 buat sendiri skirt mcm tue

    ReplyDelete
  4. kite pon baru je dari mjlis anugerah pljr cmrlang adik kite yg kat skola rendah tu..
    baru terasa ish cmni rupenye aku mse budak2 dulu..haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails