Monday, October 22, 2012

Kisah 2 dalam 1

Kisah 1
Dah 2 minggu laptop HP aku rosak. Skrinnya penuh ngan line putih bergaris-garis.
Disebabkan sistem UBS Payroll untuk kira gaji pekerja kompeni tempat aku kerja ada dalam tu, maka terpaksalah aku tangguhkan dulu hantar ke kedai untuk repair.
Kebetulan pulak waktu skrin rosak tu betul-betul time nak kira gaji orang. Terpaksalah terjegil-jegil, tersepet-sepet mata, terteleng-teleng kepala ngadap skrin bangang tu. Masih boleh nampak la walaupun blur macam pandangan mata orang rabun kronik.
Rancang dah siap kira gaji orang baru nak hantar repair.

Maka, semalam aku dan Encik Papa pun berkelanalah ke kedai-kedai repair komputer.
Kedai pertama yang aku pergi, kedai Melayu, bagitau yang skrinnya rosak. Aku ingat pasal kena virus. Kos untuk repair adalah RM550. Terbegik aku dengar. Alasan sebab skrin aku besar. 15.6 ".
Untuk seorang yang kedekut taik idung masin macam aku, ingat senang-senang ke nak serah RM550 kat orang macam tu?
Kalau nak suruh aku tawaf satu JB untuk carik kedai paling murah pun aku sanggup tau. Harga macam tak tercapai akalku, okeh?

Then, ke Tesco pulak. Kedai cina. Tanya itu ini, dia kata harga RM380. Nampak, jauh kan beza? Hmm, boleh lah. Daripada yang tadi kan? Beza seratus lebih, boleh buat makan KFC berkali-kali. Ceh!
Pengajaran: silalah rajinkan kaki untuk berjalan survey harga. Untuk golongan yang tiap bulan main cop-cop duit je dan jenis tak kisah nak keluar-keluar duit walaupun pada harga yang tak masuk akal, tak payahlah nak join stok-stok kedekut dan berkira macam aku ni, okeh.

Kisah 2
Hero kecik aku si Rayyan tu asal celik mata je, tanya laptop. Kalau dah ngadap laptop main game, memang tak banyak bunyi la.
Eh. Sejak bila pulak dia ada share dengan aku nak pakai laptop ni kan? Kadang-kadang dia je yang conquer sampai ke malam. Orang lain tak boleh sentuh. Tak boleh jadi nih!

Cuma sejak laptop aku berproblem hari tu, baru dia bersara sekejap dalam bidang ni. Tu pun sebab aku sungguh-sungguh bagitau yang laptop tu rosak. Tak boleh on. Kalau on nanti tebaboo! Meletup.
Tapi disebabkan dia ikut kecerdasan dan kepintaran otak belah aku, maka dia bukan senang-senang nak ditipu ok. Lainlah kalau dia ikut belah-belah bapak dia. Kehkeh.

Jadi kitorang terpaksalah cari solusi lain. Kebetulan Tesco ada buat promosi tablet pc murah. Brand AndroPad. Harga RM299. Pakai OS Android 4.0. Skrin 7". Harga yang sangat-sangat relevan untuk orang yang pergi mana-mana pun mesti bawak kalkulator.

Setakat untuk si Rayyan buat main game Angry Bird, Fruit Ninja, Plant vs Zombies, boleh download-download game, boleh wi-fi, boleh bagi makpaknya celah-celah bukak Facebook, Twitter, boleh buat rebut-rebut dengan si kembar, boleh baling-baling, hempas bila dah boring, ketuk-ketuk kepala bila bergaduh adik-beradik, boleh sangatlah tu kan? Murah pun murah. Function pun ok.
Apa ingat aku sanggup nak keluar duit banyak-banyak untuk yang mahal-mahal setakat untuk tengok diorang hempas-hempas benda tu atas lantai bila dah boring?
Karang aku pulak yang hempas kepala kat dinding secara sukarela.

Maka secara rasminya, si Rayyan pun memiliki tablet pc peribadinya sekarang.
Semalam aku trylah nak carikan cover untuk Rayyanpad (nak panggil ipad/i-tab takut kena saman), kengkononlah boleh budget-budget ala-ala Samsung Galaxy Tab kan kalau ada cover.
Kedai pertama yang aku pergi takde masalah. Ati Cina tu siap try pasangkan Rayyanpad tu dalam cover untuk i-tab Samsung Galaxy punya. Boleh. Ngam-ngam masuk.
Tapi aku ingat nak carik harga yang lagi murah. Maklumlah, al kedekut ibni al bakhil. Jadinya, tak jadi ambik. Try carik kedai lain.
Sekali pergi kedai lain, bila aku tunjuk je Rayyanpad, terus diorang macam taknak layan. Mentang-mentanglah bukan yang mahal kan? Cilakak.
Diorang kata, "Ooh, ini bukan Samsung punya maa. Samsung punya cover tak boleh masuk brand biasa macam ini" . Encik Papa cakaplah, "boleh masuklah. Cuba you try dulu". Tapi dia taknak jugak.
Macamlah Rayyanpad tu bawak virus sopak ke, tibi ke. Takut sangat. Aku bukan nak free, nak bagi kau duit, budusss!
Dahlah harga kemain mahal. Pergi 2,3 kedai lain pun sama.Harga berganda-ganda mahal dari kedai yang first tadi. Pastu bila tau je bukan Samsung Galaxy, semua buat muka ala-ala Bill Gates.
Apa, kau ingat aku tak mampu nak beli Samsung Galaxy Tab? Silap-silap dengan nenek-nenek kau sekali aku sedekahkan nanti.

Ciskek betul!

7 comments:

  1. ingat cousin aku tadi...sebab nama pun misae nohara jugak..haha..

    saba je la cik akak oi... memang ada jenis peniaga macam tu..kite bako je...

    ReplyDelete
  2. Comel je Rayyan... Samalah dgn anak saya, sebab dia asyik main hp mak bapak dia nk tgok kartun kt youtube, last2 terpaksa gakla beli tab kat dia bagi diam, kalo tak, tak sampai tengah hari bateri hp mak bapak dia asyik kong je...hehe.. Salam kenal dari saya

    ReplyDelete
  3. betulkan kena betul2 servey kalo tidak mmg 'terkena' dgn depa ni

    ReplyDelete
  4. Apa, kau ingat aku tak mampu nak beli Samsung Galaxy Tab? Silap-silap dengan nenek-nenek kau sekali aku sedekahkan nanti.

    Sedekahkan jugak kat saya dgn nenek saya, kak, HAHAHAHAAHAHAHA :D

    ReplyDelete
  5. rasanya sama mcm Zikry pnya neh...tapi rina beli siap ngan covernya sekali,rm200....ada org baru lg beli tapi dia xnak dah.jd,dgn motif yg sama mcm akak,xnak ralat kalau jahanam di hempas.rasanya rm200 tu masih boleh lagi la,walaupun tangan gegel2 nak bayar rm200 tu,ahaks.cuma sekarang ni tmpt chargingnya dh biol sikit.hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg akak beli tu mmg ada dpt free leather case skali. tapi yg biase je. xleh flip flap mcm galaxy tab ngan ipad punya. naklah jugak yg canggih sket kan..finally beli gak kat kedai yg 1st tu. RM35 je.

      Delete

Related Posts with Thumbnails