Monday, February 28, 2011

Shhh! Aku ada cerita dalam kelambu nak kongsi..

Kadang-kadang, bila kita berada dalam situasi yang agak tertekan atau berangin, kita akan cari seseorang yang rapat dengan kita untuk meluahkan apa yang sedang membengkak dalam hati kita, dengan tujuan untuk meredakan kesakitan dan bengkak itu. Maka, bila dah berdepan dengan seseorang, kita secara automatiknya akan menganggap yang orang di hadapan kita itu seumpama span yang akan menyerap semua perkataan yang keluar dari mulut kita. Boleh juga dikatakan sebagai pil ponstant 500 mg yang bertindak meredakan semua kesakitan dan masalah yang sedang kita hadapi. Dengan itu, di luar kesedaran, lagi-lagi bila dah dapat peluang untuk meluahkan isi jantung dan perut (walaupun tak pasti sama ada orang tersebut sudah betul-betul bersetuju menjadi pendengar atau tak, ahh! yang penting kau tetap kena dengar jugak!), kita akan menceritakan semua konflik hidup yang sedang kita alami, tak kiralah sama ada masalah di tempat kerja, masalah rumahtangga, masalah dalam kelambu, masalah dengan jiran-jiran, masalah dengan ahli keluarga atau apa sahaja tanpa menyedari bahawa ada diantara perkataan-perkataan kita yang mendedahkan keaiban orang-orang tersebut.


Walaupun dengan niat untuk berkongsi masalah dan mencari solusi dengan meminta pendapat orang lain, bagi aku secara peribadi, tindakan tersebut sebenarnya sangat tidak efektif. Misalnya, kamu cerita tentang masalah suami yang ada sedikit masalah di bilik tidur, ataupun kamu sedang sakit hati dengan ahli keluarga lalu mendedahkan semua kekurangan dan aib mereka, ataupun dengan niat untuk memancing simpati, maka aib diri pun terkeluar sekali secara sangat jujur dan polos. Masa bercerita tu memang kau tak sedar apa kesannya. Tapi bila di kemudian hari nanti, waktu cerita-cerita tu dah berkembang biak dari satu mulut ke mulut yang lain, ditambah lagi dengan tambahan perasa dan pewarna tiruan, dah jadi macam urban legend, kamu rasa waktu tu kamu boleh tutup mulut orang satu persatu ataupun kamu boleh cover malu dengan tutup muka menggunakan baldi merah? Ataupun kamu boleh buang pandangan negatif dan serong semua orang pada suami atau ahli keluarga kamu yang dah kamu dedahkan aibnya tu?

Okeh, kamu kata tak mungkin orang yang jadi tempat kamu luahkan perasaan tu akan dedahkan rahsia kamu pada orang lain? Dia bukan malaikat kot? Sering terjadi, bila dua orang sahabat baik berselisih faham atau berkonfrontasi secara besar-besaran, adakalanya untuk melepaskan geram atau dendam, ada yang akan membuka pekung musuh tanpa mengambil kira sudah berapa lama mereka membina persahabatan. Boleh jadi juga semua umpatan dan kejian kamu selama ini terhadap orang lain yang kamu benci atau anti sangat, akan sampai juga secara langsung ke telinga orang tersebut. Dan musuh kamu pun bertambah lagi.

Kamon. Think wisely. Jangan dedahkan aib orang lain terutamanya orang yang kamu sayangi lagi-lagi di kalangan ahli keluarga sendiri kepada orang lain. Banyak yang negatif dari yang positif. Makanya, fikir dulu sebelum bercakap. Dapat?

5 comments:

  1. Some problem especially martial problem should be settled in discreet..
    I rather write down all my complain 'bout my hubby/family in my diary book then spill it out to other people..

    ReplyDelete
  2. dapat..dapat...
    aduhhh,susahnya nak simpan kalau benda tu sekali dah mcm nak meletup..bercerita pulak pada org yg nmpak mcm boleh simpan tapi lps tu heboh setaman..biasa ni..penah jadi..sakit sangat!

    ReplyDelete
  3. biaso la tu...org skrg kalau tak bole simpan cerito tak sah..
    selagi bole ckp selagi tu la semuo benda nak cerito...baik cerito

    ReplyDelete
  4. Err...bagus entri ni. memberi kesedaran

    ReplyDelete
  5. haiiii,like youre entri,salam perknalan!!_!!follow you,follow kte jugak yer@_@

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails