Contohnya cerita tentang si gorjes Rayyan yang sekarang ini sedang dalam proses pemulihan kakinya yang terseliuh akibat kecuaian aku sendiri. Damn me!! Ataupun cerita tentang si kembar cantik yang sudah pandai membaca sekarang. Bukan bermaksud aku jarang tulis tentang mereka maka aku jarang teringatkan mereka. Mereka sentiasa hidup dalam setiap hembusan nafas aku. Kalau boleh setiap apa yang mereka lakukan aku nak tangkap gambar kemudian postkan dalam blog dan cerita tentang semua aktiviti yang mereka buat. Tapi mungkin itu bukan style aku. Buat masa ini. (Dan mungkin juga sebab aku selalu tertinggal kamera di rumah kalau keluar bersantai dengan mereka. Damn me lagi!)
Yang pasti, mereka itu adalah anugerah terindah yang pernah aku miliki.
Sampaikan kalau boleh aku nak shrinkkan dia orang dan masukkan dalam kocek aku.
Aku sayang gila dengan makhluk-makhluk kecil tu. Dan papanya juga.
Serius.
Salam Misae,
ReplyDeleteMemang kamu ibu yang sangat penyayang..:)
Melihat gambar2 si kembar dua orang ni..teringat saya dan adik kembar dulu2.Stail gambar macam nilah..pakaian mesti smma.Dan kami pun bertuah dapat ibu yang penyayang macam misae jugak..:)
thanks dear..
ReplyDeletebila kamu ada anak nanti, mesti kamu akan jadi ibu penyayang juga.. :)
emm, mesti seronok ada kembar kan?