Wednesday, February 22, 2012

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah...

Sila sambung pantun klasik di atas. Haa, ayat yang korang sebut tu lah sebenarnya tajuk entri aku hari ni. Yang tak tau, sila hantuk kepala kat dinding.

Tak silap aku, masa tu aku masih di tingkatan 3 atau 4. Satu hari, kereta Wira biru yang bapak aku pakai masa tu rosak, jadi bapak aku terpaksa hantar aku ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 10 kilometer naik motor kapcai. Bukannya aku malu pun naik motor tu, sebab sebelum ni pun memang dah biasa pergi sekolah naik motor. Yang jadi masalahnya, dari rumah lagi aku pandang atas, langit memang dah gelap gulita. Tandanya nak hujan lebatlah tu. Bila dah duduk atas motor tu, aku dah berdoa sungguh-sungguh supaya hujan tak turun. Malangnya, doa aku tak diperkenankan, sebab baru separuh jalan, hujan dah turun mengguyur selebat-lebatnya. Tak payahlah aku terangkan macam mana keadaan aku dan bapak aku masa tu. Nak berhenti tepi jalan, tak ada tempat berlindung pun. Kalau rasa nak hangus kena panah petir, bolehlah kami berteduh bawah pokok-pokok besar kat tepi jalan. Tapi aku belum ready nak mati.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ada sebijik kereta merah, jenisnya aku tak berapa nak ingatlah, lalu kat sebelah kitorang. Pemandu dia perlahankan kereta dan bagi signal suruh berhenti. Woh, apakah? Aku dah takut. Bila dia turunkan cermin kereta, aku nampak kawan sekolah aku duduk kat sebelah bapak dia yang jadi pemandu. Rupanya dia nak tumpangkan aku ke sekolah. Simpati agaknnya tengok aku lencun dengan hujan kat tengah-tengah jalanraya. Ya Allah, terharunya aku. Ada jugak manusia yang baik hati macam tu ye. Yelah, bukan semua orang sanggup tumpangkan orang yang tengah basah kuyup untuk duduk kat seat kereta dia. Aku macam teragak-agak nak masuk sebab memang aku tengah basah luar dalam. Hee. Kalau korang, sanggup tak? Bila dia kata masuk cepat sebab hujan makin lebat, aku pun masuklah dan duduk terkepot je kat sudut kereta. Takut seat kereta basah. Air mengalir dari baju dan kain aku sampai berlandung kat lantai bawah tu. Rasa bersalah pulak.

Pakcik budiman tu hantar aku sampai masuk kawasan sekolah. Padahal aku bukanlah baik sangat dengan anak dia. Kenal gitu-gitu je. Tak pernah sekelas pun. Keluar dari kereta, aku ucap terima kasih sepenuh keihklasan. Sepenuh keihklasan, ok. Masa tu aku rasa dialah manusia yang paling baik atas muka bumi ni. Berbakul-bakul aku doakan kesejahteraan untuk dia, dimurahkan rezeki anak beranak dan diberkati hidup sampai mati. Jasa dia betul-betul berbekas kuat dalam hati aku sebab sampai sekarang pun aku masih tetap ingat kejadian hari tu walaupun mungkin pakcik tu dah tak ingat langsung pada aku.

Tiap kali terserempak dengan pakcik tu yang dah makin tua dengan semua rambut yang dah putih naik basikal keliling kampung, kereta merahnya mungkin dah lama tak boleh dipakai, aku akan perlahankan kereta dan pandang dia  dengan muka.. muka apa ye? Muka yang macam inilah-dia-orang-baik-yang-pernah-aku-jumpa-dan-semoga-tuhan-membalas-segala-kebaikannya-amin-

Budi yang baik dikenang juga.

2 comments:

  1. betul tu.. walau sekecil mana budi baik orang, kita pasti akan kenang utk seumur hidup..

    ReplyDelete
  2. baiknya....kalau me pun sure takleh lupa...:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails