Thursday, February 23, 2012

Kempen '1 Bulan 1 Buku' - Februari

Baru habis baca novel ni semalam. Buku yang terpilih untuk bulan Februari ni tajuknya Can You Keep A Secret oleh Sophie Kinsella atau nama sebenarnya Madeleine Wickham. Two thumbs up. Menarik dan buat aku tak nak berhenti baca. Permulaan cerita je dah digarap dengan menarik. Gaya penulisan Sophie sangat bersahaja, jujur dan sangat funny, okeh. Kamu bukan manusia normal kalau tak tergelak berkali-kali waktu baca novel setebal 400 halaman ni. Setiap kali dah habis satu bab, akan rasa tak sabar untuk baca bab yang berikutnya.

Mengisahkan tentang Emma Corrigan yang digambarkan sebagai gadis biasa yang punya banyak rahsia peribadi  (siapa yang tak ada, kan?) dalam hidup. Keseluruhan cerita bermula apabila Emma telah membuka semua rahsia peribadinya dalam hidupnya selama ni secara tak sengaja kepada seorang lelaki asing yang tak dikenali dalam penerbangan yang mengalami sedikit masalah. Berharap semoga kesilapannya akan terlupakan dengan keyakinan bahawa dia tak akan berjumpa lagi dengan lelaki tersebut selepas ni, Emma terjun ke dalam masalah baru bila lelaki tersebut rupa-rupanya adalah pemilik syarikat gergasi tempat dia bekerja. Interesting kan? Nak tau kelanjutan cerita, sila google atau dapatkan terus di kedai-kedai buku berhampiran.

Ni lah rupa bukunya. Untuk sesiapa yang nakkan bacaan ringan dan nak tergelak memanjang, takde adegan sedih-sedih lap air mata dan air hidung, aku sangat syorkan novel ni. Percayalah, memang berbaloi.


Aku bagi 4 bintang untuk buku ni.

3 comments:

Related Posts with Thumbnails