Monday, January 16, 2012

Norizan Ahmad yang ku kenal

Sekian lama cari masa yang sesuai untuk tulis entri ni, akhirnya berjaya juga aku paksakan jiwa dan raga untuk menaip. Entri kali ni istimewa untuk kawan aku sejak kecik, Norizan Ahmad yang kalau kamu kenal dia 14 tahun nan silam, mungkin agak susah nak cam dia sekarang.

Aku kenal dia sejak dari sekolah rendah. Kat sekolah, dia ratu pecut kat trek. Agaknya sebab badan dia ringan sangat masa tu, tu yang ringan je ditolak angin. Kami agak rapat waktu aku tinggal dekat dengan rumah dia. Kalau tak silap masa darjah 2 atau 3. Kami selalu naik basikal sama-sama ke sekolah. Waktu tu aku ada basikal  warna biru. Biasanya aku yang bonceng dia dan kadang-kadang dia yang bonceng aku. Orangnya taklah banyak sangat cakap. Tapi dia ni lawak. Aku teringat kat awek Popeye yang nama Olive tu kalau teringat kat dia masa sekolah-sekolah dulu. Sekarang ni aku teringat kat Bluto pulak, musuh ketat Popeye tu. Kehkeh. Ko tak marah kan, Jang?

Kebetulan pulak, tahun 2008 kompeni tempat dia kerja perlukan seorang staff di office. Mungkin dah takdir, kami sekali lagi berjumpa di alam kerja. Dah jauh berubah dari Norizan Ahmad yang pernah aku kenal dulu. Mungkin sebab dah dewasa, matang dan banyak pengalaman. (Chewah!) Seronok kerja dengan dia kat situ sebab kami selalu buat perangai gila-gila. Walaupun kadang-kadang, biasalah, mesti ada sikit konfrontasi dalaman, tapi siapa yang tak pernah, kan? Dia bagi aku, seorang penyelesai masalah. Kalau dia ada, insya-allah mesti banyak problem boleh settle. Tu yang aku agak kagumlah dengan minah ni.

Setelah bertahun-tahun kerja satu tempat dengan dia, akhirnya satu hari dia bagitau aku yang dia nak resign sebab dapat offer dari tempat lain. Mula-mula aku tak ambil kisah sangat sebab mungkin dia tak serius nak pindah kerja, memandangkan dia dah kerja kat tempat ni hampir 12 tahun! Tapi rupa-rupanya dia serius nak pindah, tu pun lepas main tarik tali sana-sini. Aku tau, dia pun berat hati nak pindah. Berat juga hati nak terima keputusan dia. Tapi, untuk masa depan dan kebaikan dia, aku rasa mungkin tu jalan terbaik walaupun kadang-kadang aku ada jugak doakan biar dia tak betah dan serasi dengan tempat kerja baru dan kembali semula kat tempat lama.

Jang, seriously, lepas dapat tau kau dah betul-betul bulat hati nak pindah kerja, aku murung sekejap dalam 2,3 hari tau. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Ye lah, dah lama tu kita habiskan masa 8 jam sehari sama-sama kat opis ni, kongsi semua benda, walaupun kau selalu ngendeng makanan yang aku bawak sampai licin, tapi aku tetap rindu dengan semua benda yang kita pernah buat sama-sama. Ijang yang aku kenal walaupun turut dikenali sebagai tong sampah bergerak (kehkeh), tapi pada masa yang sama adalah si pengongsi makanan yang bagus. Sebabnya, dia selalu bawak makanan ke opis, makan sama-sama dengan kawan walaupun bahagian dia adalah 80% lebih berbanding pihak lawan.  Tu aku tak berapa kisahlah sebab kapasiti ruang makanan dalam perut dia memang jauh lebih besar dari milik aku.


Kat tempat baru, aku tak pasti sama ada kau boleh lalui semua benda yang pernah kau lalui kat kompeni kecik ni. Kompeni yang banyak mengajar kau banyak benda dan tau sekurang-kurangnya banyak benda, walaupun takde istilah-istilah canggih dan sistematik macam kat tempat baru ni. Tapi aku percaya, sejauh mana pun kau pergi, hati kau akan tetap kat tempat kecik yang cikai ni. Sebab kat sinilah kau habiskan hampir separuh dari umur kau sekarang. Kau mesti akan rindu banyak benda yang kau tak boleh jumpa kat tempat lain walau secanggih manapun tempat tu. Aircond baik punya, boss kembar, apek tua, accountant yang suka nyanyi opera cina, printer canggih yang senyap, bla,bla,bla. Tapi tetap ada internet dan facebook dan blogger dan semua benda yang tak disekat oleh boss.


Ijang, aku tau kau tak suka aku panggil ko Ijang. Tapi nama tu unik, apa. Kau patut terima kasih kat Eddie Mokial sebab bagi kau nama tu. Nama tu memang spesel untuk kau. Tak ada galang gantinya Ijang bagiku. Kat tempat baru ni, aku harap kau dapat turunkan berat badan kau macam yang kau impikan. Lebih berdisiplin, lebih berprestasi dan lebih berkarisma supaya gaji kau terus mencanak naik, tak macam kat tempat lama yang perlukan aku terus menagih gaji sendiri. Uhuk! Mungkin satu hari kalau ada rezeki, kita boleh kerja tempat yang sama lagi dan kita boleh berjimba sama-sama dicelah timbunan kerja yang melambak. Setahun dua lagi, kalau umur kita masih panjang dan ada lowongan kerja kat tempat kau, pandai-pandailah kau dail nombor handphone aku ye.


Salam mesra untuk sahabatku Ijang. Kirim salam untuk boss kau yang baru balik dari Dubai. Tak macam boss aku yang baru datang dari Taman Maju Jaya saja.

Kenangan terindah dengan korang.

1 comment:

  1. AIYO----tersentap emosi aku baca cerita ko ni...(salim)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails