Monday, January 2, 2012

Si kembar naik darjah 1, oi! Kataku sambil menjahit poket yang koyak.

Ok, memang dah lama tak update blog. Mood menulis entah ke mana. Banyak hal penting yang jadi, tapi tak tau nak cerita yang mana dan bagaimana.

Sepanjang cuti sekolah, kami tak ke mana-mana pun. Awal cuti sekolah yang dihiasi dengan palitan sejarah pahit buat kami seolah-olah jadi badi tak tertanggal yang di bawa terus hingga hujung tahun. Dah tak ada mood nak ber'happy-happy'an. Kronologi kisah Alyaa dijangkiti demam denggi berdarah pun masih tak usai aku ceriterakan di sini. Mungkin tak berapa gemar jiwa digayuti dengan perasaan tak enak sewaktu melalui penderitaan sejenak tu. Sungguh, aku tak sanggup dan tak ingin nak lalui tu semua untuk sekali lagi, jika diperkenankan tuhan.

Cuti sekolah bakal berakhir 2 hari lagi. Tak payahlah aku ceritakan bagaimana lajunya duit mengalir untuk segala pembiayaan dan perbelanjaan sekolah si kembar. Atau nak menerangkan bagaimana ceria dan lebarnya senyuman tokey kedai tempat aku berbelanja barang-barang dan peralatan sekolah mereka sebab semuanya perlu didarab dengan dua. Atau berapa bacaan gigilan tangan aku pada skala richter untuk keluarkan duit dari dalam wallet semasa membayar senarai bayaran pelbagai, yuran dan buku-bukuan di sekolah mereka. Perasaan tu cuma orang beranak kembar, atau beranak rapat-rapat setahun 1, atau ada lebih dari seorang anak yang bersekolah pada satu masa je yang tau. Apalagi kalau bermastautin di negeri Johor Darul Takzim yang mengharuskan anak bersekolah agama. (Ini kelebihan, bukan kekurangan Johor, paham?)

Tugas sekarang adalah mengira berapa baki duit gaji yang tinggal, itupun kalau ada, dan meneruskan hidup seperti biasa. Untuk seorang yang berpendapatan sederhana macam aku, mungkin akan terasa sangat papa kedana dan fakir miskin setiap kali menjelang hujung tahun. Mujur juga ada sedikit rezeki dan rahmat untuk aku menjelang tahun baru 2012. Alhamdulillah.

8 comments:

  1. hehe itulah otak ibu bapa yg kena mmikirkan arus wang keluar . . mak ayah saya dah kena tgung 4 org , dua kat asrama , dua lagi sekolah rendah . . rezeki ada dimana , mana , good luck untuk anak anak akak ya hehe

    ReplyDelete
  2. wah seronok nya anak2 dah sekolah

    ReplyDelete
  3. kalau budak2 masuk sekolah..memang rase pening ngan budjet kan?

    ReplyDelete
  4. Takpe duit mengalir laju. pelaburan jangka panjang. :)

    ReplyDelete
  5. moga Allah permudahkan segalanya ye kak...
    Nini ada lagik 3tahun nak tunggu anak masuk sekolah..

    ReplyDelete
  6. Pejam celik, pejam celik...
    sedar-sedar anak pun dah semakin membesar...

    ReplyDelete
  7. seri setuju sangat kalau ada negeri mcm johor mewajipkan anak2 sekolah agama...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails