Wednesday, October 31, 2012

Misteri kedai no 6

Korang percaya tak dengan perkara-perkara yang melibatkan sihir, guna-guna, ilmu hitam dan apa jugaklah yang sewaktu dengannya? Kalau nak difikirkan atas dasar logik atau pendekatan saintifik, memang susah nak percaya. Tapi benda-benda ni sememangnya wujud sebab dalam kitab suci Al-quran pun memang ada sebut tentang ni. Bangsa dari negara lain dan yang menganut agama lain pun memang ada amalkan ilmu-ilmu salah macam ni. Voodoo contohnya. 

Biasanya ilmu-ilmu macam ni digunakan untuk menjatuhkan orang atas sebab dengki yang melampau, nak balas dendam, nak rosakkan hubungan suami isteri atau yang lebih teruk sampai tahap membunuh. Aku tak berapa arif nak cerita panjang tentang ni. Tapi aku ada sikit pengalaman berkaitan dengan ilmu sihir dan guna-guna ni. Tak seram sangat, jadi sesiapa yang dah rancang nak serkup kepala dengan badan pakai guni bawang tu, lupakan je hasrat tu.

Dulu, lebih kurang 15 tahun lepas, family aku bukak perniagaan kedai runcit kat bangunan rumah kedai 2 tingkat ni. Sambil berniaga kedai runcit, mak aku bukak kedai jahit sekali. Masa tu bisnes memang bagus. Kedai runcit laku, tempahan mak aku pun banyak. Ada la dalam 6,7 tahun bisnes family aku berjalan lancar, sampai mak aku bukak sepintu lagi kedai. Jadi ada 2 pintu kedai. 

Bila kita senang sikit macam tu, mulalah banyak orang dengki, betul tak? Aku pun tak pasti sejak bila, tapi yang pastinya makin lama perniagaan atas nama mak aku tu mula merosot sikit. Mula-mula tak ketara sangat tapi memang rasalah pendapatan makin kurang. Sampai satu hari tu, pekerja yang jaga kedai tu jumpa something yang diselitkan kat celah-celah barang dalam kedai. Seingat aku, benda tu macam sesuatu yang dibungkus dengan kain putih lepas tu diikat dengan benang 7 warna. Aku tak berapa ingat apa benda yang dibungkus tu sebab dah lama sangat. 

Lepas kejadian tu, kitorang memang dah suspect ada somebody yang dengki dan buat benda tu. Tapi ingatkan dah takde lagi. Rupanya tak lama lepas tu, kitorang jumpa kain kuning pulak yang diikat dan digantung kat belakang peti sejuk besar kat kedai.  Seterusnya yang agak seram sikit, ada kain pembalut batu nisan yang diikat pada pintu grill kedai. Kitorang pasti tu pembalut batu nisan sebab kat kain tu masih berbekas bentuk batu nisan yang dah berlumut-lumut. Yang agak selebet adalah taik kering yang diletak kat belakang pintu masuk kedai. Euwww tak? Bukan tu je, ada jugak tanah yang ditabur-taburkan kat kaki lima depan kedai. Biasanya, sebelum tutup kedai, pekerja kedai akan sapu dulu lantai dari dalam kedai sampailah ke kaki lima. Dan yang peliknya, cuma kawasan kaki lima kedai kitorang je yang penuh tanah. Kaki lima kedai sebelah-sebelah semua bersih.

Mak aku pun pergilah jumpa orang yang pandai dalam benda-benda macam ni. Dia kata, memang ada orang yang dengki kat kitorang dan tanah bercampur lumpur dengan tu adalah tanah dari kubur yang dah dijampi serapah ke hape ntah. Tujuannya nak menjatuhkan perniagaan dan buat orang ramai  macam tak nampak kedai tu wujud. Ada juga usaha kitorang nak buang benda-benda tak elok yang orang dah letak kat kedai tu. Tapi nampaknya macam tak berhasil. 

Perniagaan makin merosot dan dari 2 pintu cuma tinggal 1 pintu kedai je. Tu pun macam hidup segan mati tak mau. Pelanggan yang masuk kedai dalam sehari boleh dikira dengan jari. Akhirnya sebab dah tak mampu nak survive mak aku ambil keputusan untuk tutup kedai tu. Sebelah kedai tu sekarang dah jadi kedai Cina dan sepintu lagi dah disewa peniaga  Aceh yang besarkan kedainya jadi 2 pintu. Tapi peniaga Aceh tu selalu mengadu kat kitorang, sejak dia ambil alih bekas kedai mak aku tu, bisnes dia makin merosot. Kitorang sendiri nampak perubahan tu. Pelanggan dia memang berkurang dan kedainya pun macam nampak kelam dan gelap kalau tengok dari luar. 

Aku rasa, 'benda' tak elok tu masih ada dalam tu sebab orang Aceh tu pun ada jugak panggil orang yang pandai untuk tengok-tengokkan kedai tu dan kata orang tu memang ada 'something' yang kuat dan degil dah menetap dalam kedai tu. Dan yang mistiknya, pekerja-pekerja dia yang tidur kat tingkat 2 kedai tu selalu kena kacau waktu tidur malam. Sorang pekerja dia cerita, satu malam tu dia terjaga dari tidur dan masa dia pandang sebelah dia, tiba-tiba macam ada mayat yang dah ditutup dengan kain putin baring sebelah dia. Kitorang tak terkejut sebab masa tinggal kat tingkat 2 dulu pun memang banyak gangguan. Tak payahlah aku cerita kat sini. Bukan semua orang percaya dengan benda-benda macam ni, kan?

Masa aku tulis cerita ni pun, orang Aceh pemilik kedai tu pun dah meninggal 2,3 bulan lepas kat Aceh sana Khabarnya sebab terkena ilmu guna-guna atau sihir. Dah puas berubat kat sini dan hospital pun tak dapat kesan apa penyakitnya, akhirnya arwah balik ke Aceh dan meninggal kat sana. Aku tak katalah dia meninggal sebab benda yang ada dalam kedai tu, sebab dia pun pernah cerita yang memang ada orang dendam dengan dia bersangkut-paut dengan bisnes dia jugak. Dan dia pun tau siapa yang buat. Tapi tu semua kehendak dan kekuasaan Allah. 

Cuma yang nak aku simpulkan, betapa bahayanya sihir dan ilmu hitam yang sangat berat dosanya bagi yang mengamalkan. Sebab pengamal sihir ni bersubahat dengan syaitan dan jin untuk penuhi keinginan diorang. Kita pun janganlah takbur atau cakap besar yang benda-benda ghaib macam ni tak wujud. Susah nak percaya tapi once dah kena kat kita, baru kita tau tak ada yang mustahil kalau Allah yang berkehendak. Wallahualam..

cantiknye tangan pompuan tu..

7 comments:

  1. Pernah mengalaminya, 3 tahun sudah.. masa tu saya buka kedai baby shop.. Memandangkan kat tempat saya, kedai saya satu - satunya ada baby shop. So kedai saya jadi tumpuanlah.. Tetiba tahun lepas, sale merosot, harap sale online dalam internet ja..Peliknya ada customer datang kata kedai kami asyik tutup, walhal sentiasa buka and tak pernah cuti. Dari sorang customer cakap, bertambah lagi sorang. Lama - lama jadi pelik. Lepas tu malam tu suami mimpi ada orang tua datang suruh cari benda bundut kuning depan kedai. Esoknya kami pun carilah, sekali memang ada dalam bekas pasu depan kedai.. Kami buka bundut, tu ada jarum, tulang(tulang babi), tanah sikit..tak tau tanah pe.. Lepas tu bawakla benda tu pegi check kat satu ustaz... Maka sohihla ada org telah buat kedai kami kasi gelap, bagi org tak nampak kedai kami.. Sisat punya siasat sapa punya angkara, rupanya kedai hujung deret kedai kami yang buka butik muslimah. Yang hairan apa ke jadah nak buat kedai saya, lain2 konsep ma meniaga..hurr.. bususk hati betul. Dekkan sakit hati terus tutup and pindah buat biz lain di penempatan orang cina.. walah tak ada apa berlaku setakat ni..alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengki punya pasal sampai sanggup buat benda2 mcm tu. tak takut dosa kan? klu sempat taubat xpe, kalau x sempat? biasanya mmg org buat bisnes yg byk kena mcm ni kan? kdg2 dorg letak benda tu biar kedai tu 'panas'. yg tinggal kat dlm tak tahan & pindah..nauzubillah..

      Delete
  2. Dlu masa mak lia niaga nasi lemak pon pernah kne..
    Kitorg jumpa bawah gerai kain putih dlm tu cm ada serbuk.
    Bila dh buang bnda tu. Baru la rgular cstomer dtg blik. N soalan yg diorg akn tye.
    "mana mghilang lama tutup.. Cuti ke mana??" ...
    Hmmm gerai kecik pon.. Ada yg dgki.. Kn..

    ReplyDelete
  3. ishhh wana percy hal2 nie.. sb wana pun buka perniagaan... kitaorg dh berniaga dah lama. dan mcm2 dugaan n mcm2 ragam org buat itu ini.
    tp Alhamdulilah... msh mampu bertahan.. dan kebetulan my mom pandai berubat..tp mengaji lah.. guna ayat2 Al-quran.. jd jatuh bgun berniaga ..mmg slalu jd. hal cter mcm kat atas nie pun.. pernah jadi gak.. tp tu lah.. berubat.. Alhamdulilah.. cuma org yg dengki nie, hanya Allah jer yg mampu buka kan ht dieorg tuk berubah.. guna tanah kubur tu.. tu mmg teruk tu... kitaorg siap kena lg teruk lagi.. tp SYUKUR ALHAMDULILAH.. Allah pelihara kita. asalkan kita jgn lupa die yg satu.. sentiasa membaca Al-quran.. n bc yasin..InsyaAllah... waallahhualam..

    ReplyDelete
  4. kalo manusia btuhankan syaitan..mcm tu la jd nye..nauzublh..
    moga kita djauhkan dri pkra2 yg msyrikkan Allah..

    ReplyDelete
  5. Ko bila lagi nak join aku kat sini? Mai ler datang sini. Hai, ah chean dah balik sana ke? Se umur hidup aku berkhidmat kat hoe seng tak pernah dia undang tarian naga berlegar2x kat hoe seng. Bakar lilin gergasi ngan oink2x terkapar ada ler. Ui! jelesnya aku dia boleh plak buat tarian naga ngan ko.......huh!

    ReplyDelete
  6. huhuww. kolej kita dulu pun ada org letak .. pak guard jumpa.. malas nak cerita..tp percayalah Allah akan bayar cash nanti di akhirat ...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails