Wednesday, May 25, 2011

Mimpi


Ada tak mimpi yang kamu tak boleh lupakan hingga kini dan rasa ianya betul-betul berlaku atau akan berlaku dalam hidup kamu? Bukan jenis mimpi seram atau menakutkan yang setakat buat kamu terjaga dari tidur dalam keadaan berpeluh-peluh dan rasa ianya benar-benar terjadi, tapi mimpi yang kamu rasakan adalah satu petanda atau petunjuk tentang satu perkara dalam kehidupan kamu.

Ya, aku ada satu mimpi yang masih segar dalam ingatan dan tak boleh aku lupakan hingga kini iaitu mimpi bertemu dengan arwah datuk aku yang dah meninggal lebih kurang 18 tahun yang lepas. Aku tak kisahlah kalau cuma mimpi bertemu dengan arwah. Tapi yang buat mimpi tu istimewa sangat hingga susah aku nak lupakan walaupun dah terjadi beberapa tahun yang lepas adalah sebab dalam mimpi tu arwah datuk aku ada kata yang aku akan mati atau meninggal dunia dalam usia 32 tahun. Memanglah mimpi tu mainan tidur dan segala yang terjadi dalam hidup kita adalah ketentuan Allah. Tapi tak banyak sikit pun, ada jugak la mimpi tu mempengaruhi minda aku. Makanya, bukan hanya disebabkan aku percaya pada mimpi tu tapi sebab ajal boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa, aku kena tambah amalan aku dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Apa kata?


1 comment:

  1. Pernah jg beberapa kali mimpi perkara buruk menimpa org2 yg disayangi. cukup dgn tarikh lagi tu, mmg rasa x senang hati sampailah tarikh tersebut berlalu.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails