Wednesday, April 20, 2011

Memori 9

Tiba-tiba aku teringat dengan Maizatulakmal Mahmood, kawan baik aku merangkap classmate, housemate, roommate dan kadang-kadang soulmate aku waktu belajar di Instedt dulu. Berkawan dengan dia buat aku nampak macam orang yang tak berapa betul kalau tak pernah ketawa macam bapak setan dalam sehari.

Selain dari memiliki kapasiti dan ruang perut yang cukup besar dan luas untuk menyimpan makanan, tidur mengorok macam mak lembu di malam hari dan kepala gila-gila selamba badak, beliau juga ada satu tabiat yang susah nak jumpa pada orang lain kecuali penghidap penyakit alzheimer. Seperti ini:

Situasi: Ruang tamu rumah sewa, semasa semua orang sudah siap untuk ke kelas pada waktu pagi.

Maizatulakmal Mahmood :  Aku rasa macam lain macam je pagi ni.

Kawan-kawan                 :  Kau setiap masa memang lain macam.

Maizatulakmal Mahmood :  Betullah. Aku rasa macam lupa something..

Kawan-kawan                 :  Mustahil pulak kalau kau lupa makan.

Maizatulakmal Mahmood :  Haa, macam dah nak ingat dah!

Kawan-kawan                 :  Cepatlah. Kelas dah nak start.

Maizatulakmal Mahmood :  Oo, a'ah. Patutlah. Tunggu kejap. Aku lupa nak pakai seluar dalam!

Hampeh dan selebet kan? Padahal dah siap berbaju kurung pun. Apapun, dia sangat istimewa bagi aku sampai sekarang.

5 comments:

  1. erk?? suar?? ehehehee..
    xpe.. slalonyer yg pelik2 itu ade kebaikan disebaliknyer.. dri situ kte taw menilai kwn2 kte.. hehehehee..

    ReplyDelete
  2. hehhee ... funny la kawan ko ni. Tp kalau saya ada kawan mcm ni pun, mesti saya rindu setiap saat mencuit hati bersama dia.

    ReplyDelete
  3. kasma tak kan le sampai camtuh sangat.akak sampai skg selalu ingat muka awak.. ada sorang budak kat sini rupa sebijik awak tauu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails