Monday, June 24, 2013

Bukan intan terpilih

Menjadi anak yang tak termasuk dalam list anak pilihan atau anak terpilih bukanlah satu benda luar biasa, aku rasa. Semua anak memang disayang mak bapak, tapi mesti ada yang tersayang. Ni kata mak mertua adik aku, yang aku rasa memang ada betulnya.

Antara ciri-ciri anak pilihan ni, antaranya, apa saja keinginan dia, seboleh-bolehnya mesti nak ditunaikan. Tapi yang paling ketara, kalau dibelikan barang untuk semua anak, yang tersayang ni mesti akan dapat yang paling bagus, atau mahal atau cantik. Anak pilihan ni biasanya ada kelebihan lah banding dengan adik-beradik lain. Contohnya lebih pandai, lebih cantik, lebih baik dan patuh atau ada masa depan yang lebih cerah berbanding yang lain. Anak dalam kumpulan ni biasanya jadi kebanggaan mak bapak bila topik berborak antara mak bapak dengan sedara-mara atau kawan-kawan adalah berkisar pasal cerita tentang anak-anak. Anak aku belajar tinggi 8 tingkat, anak aku gajinya segini, anak aku kerja kat sini, anak aku keretanya besar ni, atau anak aku tiap bulan hulur duit seguni. Heh, beritma pulak. Dah macam gurindam.

Mak bapak biasanya akan letak harapan setinggi gunung untuk anak pilihan ni. Nak anak tu berjaya, dapat kerja bagus, gaji besar, berlaki atau berbini orang-orang hebat dan boleh jaga mak bapak kelak. Tapi tak elok sebenarnya bersikap pilih kasih ni. Anak-anak yang lain pun ada perasaan. Mungkin mak bapak tak nampak, tapi dalam hati diorang, cuba try selam. Mesti ada feeling sentap sikit. Lagipun tak semestinya anak yang kita harap-harapkan boleh jaga kita bila dah tua nanti, betul-betul boleh jaga kita. Mungkin anak-anak yang lain tu jugak yang boleh diharap nanti, kan? Manalah kita tau masa depan tu macam mana. Mungkin hari ni kita pandang rendah pada anak-anak yang tak berapa nak menjadik tu, tapi mana tau esok-esok lusa nanti anak tu jugak yang boleh buat hidung kita kembang penuh kebanggaan..

Untuk anak-anak yang masuk dalam senarai anak pilihan tu, syukurilah dan hargailah kasih sayang melimpah mak bapak untuk kita. Untuk anak-anak yang tercampak dalam kategori kurang perhatian sebab tak ada kelebihan macam golongan satu lagi tu, sabarlah sebab nasib dan masa depan masing-masing belum ternoktah lagi. Mungkin sekarang anda belum ada kelebihan yang orang nampak dan belum ada sesuatu yang boleh dibangga-banggakan bila mak bapak berborak dengan orang lain. Usaha, kerja keras dan tawakkal kepada Allah mungkin boleh merubah masa depan sebab siapalah kita nak meramal masa depan orang lain macam mana kan? Kot-kot dapat jadi jutawan ke, kan?

Intipatinya, jangan pilih kasih. Sayang anak-anak sama rata. Walaupun mungkin sekarang aku sayang si kecik Rayyan lebih sikit, tapi standardlah sebab dia paling kecik dan masih kecik lagi, Insya allah, nanti dia dah besar sok, kalau nakal-nakal jugak macam kakak kembar dia, tetap kena ketil jugak kat betis.

notakaki: dapat ilham nak tulis pasal ni bila tengok rancangan Perihal Generasi kat TV Suria, Singapura yang bincang pasal pilih kasih antara anak-anak.


2 comments:

  1. I rasa mmg setiap kelaurga akan ada anak kesayangan kan, kalau sayang bongsu tu dah mmg lumrah kot. I pun sometimes terfikir camner la kalau tambah anak nnt, boleh ker I sayang dorang sama. Btw,, now sejak ada anak ni I understand why my mom sayang sangat my abang. Sulong... sayang dia lain kan.

    Terubat rindu kat u ;)

    ReplyDelete
  2. hai.. salam kenal,
    follower no.1164
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
    http://honeyoyeke.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails