Wednesday, February 12, 2014

Rayyan kena alergi!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Gile. Lama sangat tak jenguk blog ni sampai url blog sendirik pun aku lupa.
Aku sebenarnya dah lama nak membebel dalam blog sendu ni. Tapi banyak pulak halangannya.
Last-last, hari ni dengan kuat semangatnya, aku try jugak masukkan 2,3 patah kata.
Nak aktif balik macam dolu-dolu memang tak lah kan.

The latest pasal aku, pasal Rayyan sebenarnya, dah dekat 3 minggu kena alergi.
Penyebab tak berapa nak pasti, startnya kulit Rayyan timbul bintat-bintat merah-merah macam kena gigit nyamuk gitu.
Aku yang tak tau tu sebenarnya tanda-tanda alergi ingatkan tu cuma bekas gigit nyamuk.
Sapu minyak kapak tanda merah tu hilang sampailah satu malam tu banyak gila timbul, penuh satu badan sampai dia tak boleh tidur. Dan-dan aku hangkut pergi hospital malam-malam buta.
Kata doktor, tu alergi. Mungkin sebab makanan, hama, habuk atau apa-apa je.
Dapat ubat minum dengan ubat sapu. Tapi sampai ubat dah habis, tanda-tanda merah tu masih lagi timbul.
Dia bukan sentiasa timbul tau, tapi sekejap ada, sekejap takde. Dah macam biskut pulak.

Akhirnya aku try bagi Transfer Factor dan alhamdulillah, bintat-bintat merah tu dah tak timbul.
Tapi timbul pulak benda lain. Dekat bahagian pelipat-pelipat badan dia macam pelipat lengan, leher, sampai kat lengan dengan peha pulak timbul ruam-ruam merah. Yang ni tak hilang-hilang. Menggerutu dan memang gatal gila sebab tengok cara dia garu tu, mak aih macam nak tanggal kulit. Bawak klinik lagi tapi bukan klinik yang first dulu, dan kata doktor, tu eczema. Dapat ubat sapu dengan ubat tahan gatal.

Tak lama lepas tu, bintat-bintat merah yang mula-mul muncul dulu datang lagi. Tu lepas aku bagi dia makan ikan bilis. Aku try google dan rupanya ikan bilis antara benda yang tak sesuai untuk orang yang alergi ni. Selain tu, benda-benda yang dah disimpan lama dalam peti sejuk - sebab makanan tu dah menghasilkan histamine (kalau tak silap), makanan-makanan dalam tin dan of course makanan laut.
Aku bawak lagi pergi klinik. Kali ni aku bawak pergi hospital yang mula-mula aku bawak tu. Adoi, dapat pulak doktor mulut pancaran laser ultra ungu, berasap telinga aku kena bebel sebab pandai-pandai bawak pi klinik lain. Sebab katanya, kalau bawak pi klinik lain, doktor dah susah nak tau ubat apa sebenarnya yang sesuai dengan Rayyan. Nanti sistem badan dia pun pening sebab macam-macam makan ubat. Ok, fine, aku ngaku salah. Lastly, dia kena rawat balik dengan ubat macam yang first dulu. Dan doktor jelaskan penyakit si Rayyan ni ikut istilah perubatan dipanggil urticaria.

Sekarang alhamdulillah, alergi  dan ruam-ruam merah kat badan dia pun dah agak kurang. Cumanya aku kena jaga makan dia. Tak boleh makan sembarang dan setiap kali lepas mandi kena sapu ubat kat badan dia. Tapi aku bayangkan, ada lagi mak-mak lain yang lebih besar dugaannya bila Allah turunkan dugaan penyakit yang lebih kronik dari setakat alergik si Rayyan ni.

Alhamdulillah. Penyakit tu kan penghapus dosa.

1 comment:

  1. urticaria tu sama kan ngan penyakit gegata/kelopak garam?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails