Kondisi kulit muka aku di tika dan saat ini adalah sangat buruks, selekeh, berminyak dan aku rasa sangat lack of confidence okeh. Hal ini adalah disebabkan (puiii) aku stop pakai satu produk tu (tak payahlah sebut nama, karang aku kena saman pulak) sebab aku rasa bahan kimianya kuat sangat bila dah lekat kat muka. Bila lupa pakai je, mulalah muka naik jerawat la, merah-merah lah. Jadiknya, daripada aku kena terus bergantung je pada benda tu tapi bila once dah stop muka aku terus jadi hancur bancai maka aku buat keputusan untuk stop je.
Produk tu memang menjadik la kalau setakat nak muka putih melepak macam penyanyi opera cina. Tapi masaelahnya, aku taknak kulit putih melepak. Aku nak kulit yang bersih dari cela, dah cukup. Ingat senang ke nak jaga kulit yang putih melepak? Ada cela sikit je 8 batu jauh kau dah nampak. Dulu aku pakai pun just nak hilangkan jeragat-jeragat ringan yang ada kat pipi. Jeragat ringanlah aku panggil, macam freckles mat saleh tu, sebab taklah penuh satu muka atau dah sampai masuk tahap jeragat kronik yang hitam penuh pipi macam makcik-makcik goreng pisang tu. Memang menjadik jugak, jeragat makin pudar dan kulit jadi putih walaupun tak sampai tahap flawless macam kulit baby la. Mungkin sebab aku baru pakai 2 set kot? Agaknya kena pakai makan tahun baru boleh flawless gamaknya ye? Tapi tak sangguplah aku nak ambik risiko.
Dekat sebulan aku stop pakai produk tu, makin lama makin banyak jerawat timbul. Padahal sebelum ni kulit aku bukanlah jenis berjerawat sangat. Setakat seketul dua tu biasalah. Ni dah sampai tahap dahi aku yang licin (lahh sangat!) dan jarang tumbuh jerawat pun dah menggerutu macam badan katak puru. Dah tu kat pipi pun dah start keluar jenis jerawat yang besar-besar kaler merah tu. Tu yang buat aku ketar lutut. Aku try lah survey set yang elok untuk kulit. Lastly, aku ambik keputusan untuk try produk Aura Maya sebab tengok ramai kawan-kawan pakai dan muka diorang licin-licin belaka. Ke memang dah keturunan cantik putih mulus maka pakai apapun tetap nampak cantik? Ahh. Lantaklah. Yang penting siapa nak jadi buruk kan?
Aku baru start pakai semalam. Pantang larang produk ni, tak boleh pakai kosmetik, compact powder ke, bedak tabur ke, toner, semua-semua tulah selama lebih kurang 14 hari. Aduss. Muka aku kalau jenis putih bersih je dan tak nampak macam makcik-cleaner-tengah-berpeluh-peluh-lepas-cuci-toilet kalau tak pakai bedak takpe jugak. Tapi nak cantik punya pasal maka aku pun akur lah. Punyalah selekeh pergi opis dengan muka berminyak macam apa, dipadankan pulak dengan baju kurung oversize zaman tok kaduk punya, dah sah-sah kalau geng badut sarkas ternampak aku, mesti diorang tarik aku join group diorang. Bukan nak join dorang melawak tapi nak jadik tukang jaga wardrobe dorang merangkap tukang bancuh air. T_T
Takpelah. Aku ugly duckling je hari ni. Nanti besok-besok aku dah jadik Demi Lavato paling kokak pun Lisa Surihani, haa time tulah baru aku nak membongkak. Huahuahua..
Puiii lah. Kata korang, kan?
![]() |
| erkk? |













