Showing posts with label Ulang tahun. Show all posts
Showing posts with label Ulang tahun. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Mama si kembar punya birthday, oi.

I'm officially 32 today.    


Tapi still rasa macam 23.


Semoga apa yang aku impikan untuk tahun ni akan jadi kenyataan.
Dan semoga Allah merahmati, melimpahkan kurniaNya dan memberikan kesihatan yang 
baik untuk aku dan keluarga.
Amin.


Wednesday, January 30, 2013

Happy belated birthday, kembar!

Hari jadi si kembar sebenarnya 8 Januari, tapi tertunda-tunda sampaiiii la 27 Januari baru sempat buat parti kecil-kecilan. Tak rasa pun, pejam celik pejam celik, dorang dah 8 tahun. Macam baru je semalam aku berpeluh-peluh nak handle 2 baby kecik dalam 1 masa, mana yang nak susu, mana yang e'ek, mana yang nak ganti diapers. Serius, penat gila! Every single thing kau kena buat 2 kali. Tengok kembar memang best, tapi kena kerah tenaga 2 kali ganda banding dengan baby tak kembar. Tu yang masa dapat si Rayyan aku rasa macam kacang je nak handle budak ni. 

Birthday party dorang aku buat kecik-kecik dan biasa-biasa je. Decoration memang buat sendiri la macam sebelum-sebelum ni. Bab-bab menyerlahkan kreativiti ni memang aku suka. Aku suka DIY paper flower pom-poms yang aku belajar buat dari Youtube. Mat saleh buat pakai tissue paper, tapi aku buat pakai crepe paper. Jadik jugak. Makanan, separuh aku order dan separuh lagi buat sendiri. Kek rainbow yang gojes aku order dari Marina Mint's. Sape yang duduk area Pasir Gudang, Masai, Seri Alam, boleh order kat dia. Kek dia memang cantik-cantik dan sedap. Oh ye, thanks to Gugel yang tolong aku carik resepi mee soto yang sedap. Dan thanks to mak, adik aku, si gigi besi & encik Papa yang banyak tolong buat persiapan untuk parti makan-makan ni. Puihh. Frasa macamkan menang award Vokal Terbaik. Dah la, tanpa banyak bunyi, layankan je la gambo-gambo ni ye. Mahap ye, aku takde kamera DSLR.

kad jemputan & birthday banner.
malas nak tebuk-tebuk lubang, aku sepit je pakai klip-klip comel.
yang ni recycle dari birthday Rayyan yang lepas. nasib baik ada lagi.
3 ketul je pun aku buat.


mee soto home made. sedap jugak aku masak :p

pencuci molot.
isi goodies bag. tak sempat nak letak label.
macam cempedak dalam bungkusan pun ade..
moist choc cake buatan sendiri versi last minute. bughok ghupe -_-
rainbow kek by Marina Mint's. very the gojes, kan?
beauty & the beast..;p
kembar yang malu-malu kucen..
budak jantan tu bontot dah terangkat nak join tiup lilin. harhar.

budak ni eksyen macam ini besday dia yang punya.
sebahagian dari budak-budak & jemputan yang datang.
santek kan? sayang betol nak makan. sila la order dengan beliau.
Sekian, untuk makluman.


Monday, May 30, 2011

Selamat ulang tahun, Rayyan kecilku!

Biarlah gambar yang berbicara. 
 Sempena majlis ulang tahun Rayyan Mikhail Mineka yang ke 2 pada 28 May 2011.


:: the invitation card ::
:: paper chains ::
:: welcome sign ::

:: birthday banner ::
:: the cake ::

:: the dishes ::

:: the birthday boy ::

:: the guests ::
:: the gifts ::
:: the cake after the party ::

:: Sangat seronok ::

Monday, February 14, 2011

Cupcakes versi malas di anniversary ke 7



Cupcakes versi malas yang hanya semata-mata kek cokelat lembab tanpa sebarang buttercream, icing, fondant atau krim putar sempena anniversary ke 7 kami. Cadangan untuk menghias kek dengan semua yang tersebut di atas terpaksa dibatalkan atas permintaan si kembar yang tak berapa gemar dengan semua tu. Aku pun pelik, sejak dari kecil lagi, kembar aku tu tak berapa suka dengan makanan-makanan manis. Jadi yang terhasil adalah plain cake semata-mata tapi tetap sedap dan 24 biji sudah licin tak bersisa.

Genap sudah 7 tahun pelayaran aku bersama si nakhoda kapal, Amin Japar bin Hj. Taher. Setakat ni belum ada pinggan mangkuk, periuk belanga yang pecah atau berterbangan di udara. Yang pasti, sudah banyak episod suka, duka, haru, biru, merah yang telah kami temui sepanjang jalan cinta. Dianugerahkan dengan tiga orang penyeri hidup, bintang hati dan matahari kecil sudah terlalu aku syukuri. Dikurniakan dengan lelaki penuh cinta yang sangat sensitif tetapi selalu lupa dengan perkara-perkara kecil yang penting bagi aku, yang selalu gagap sebab bercakap laju sangat, yang sangat pelupa macam orang tua menghidap Alzheimer sampaikan pernah beberapa kali memasang mangga yang besar gedabak di pintu depan rumah tetapi membiarkan pintu belakang terbuka luas, yang pernah membiarkan kunci kereta masih melekat di lubang kuncinya dalam kereta semalaman hingga baru tersedar keesokan paginya, yang selalu menyanyikan aku lagu-lagu indah di dalam telefon, juga cukup aku hargai.

Cuma sesekali aku yang identik dengan keras kepala dan si ego yang berbulu mata pendek dan kening berterabur sering alpa dan kurang menghargai apa yang ada di hadapan mata. Selalu rasa diri sendiri saja yang betul dan memanjang asyik nak menang dalam semua hal. (Erk, baru sedar, teruknya perangai aku).

Aku kena kembali menjadi lebih realistik. Aku kena belajar menerima kekurangan orang lain sebagaimana orang lain begitu menerima pelbagai kekurangan aku. Aku kena selalu sedar bahawa syurga aku sekarang terletak di bawah telapak kaki suami.

Selamat menyambut ulang tahun pekahwinan yang ke 7 untuk MINEKA.

I LOVE you eventhough I know that your LOVE is more bigger.

Saturday, February 5, 2011

Berkurang lagi umur setahun.

Hari ni, bertambah lagi umur setahun dan dalam erti kata yang sebenar, turut berkurang setahun juga.
Tak ada apa yang besar-besar aku harapkan, cuma berharap agar semuanya menjadi lebih baik, sentiasa berada dalam lindungan Allah dan semoga impian aku sekurang-kurangnya ada yang tercapai.
Terima kasih untuk semua ucapan selamat untuk ulang tahun aku sama ada secara oral atau bertulis di mana-mana media terutamanya Facebook dan juga SMS.
Tak payahlah aku sebutkan berapa jumlah tahun sebenar yang telah aku kumpul selama hidup, sebab itu akan membuat aku merasa lebih tua. Dan itu cukup mengerikan.

Selamat ulang tahun untuk aku!

Related Posts with Thumbnails