Monday, May 30, 2011

Selamat ulang tahun, Rayyan kecilku!

Biarlah gambar yang berbicara. 
 Sempena majlis ulang tahun Rayyan Mikhail Mineka yang ke 2 pada 28 May 2011.


:: the invitation card ::
:: paper chains ::
:: welcome sign ::

:: birthday banner ::
:: the cake ::

:: the dishes ::

:: the birthday boy ::

:: the guests ::
:: the gifts ::
:: the cake after the party ::

:: Sangat seronok ::

Wednesday, May 25, 2011

Mimpi


Ada tak mimpi yang kamu tak boleh lupakan hingga kini dan rasa ianya betul-betul berlaku atau akan berlaku dalam hidup kamu? Bukan jenis mimpi seram atau menakutkan yang setakat buat kamu terjaga dari tidur dalam keadaan berpeluh-peluh dan rasa ianya benar-benar terjadi, tapi mimpi yang kamu rasakan adalah satu petanda atau petunjuk tentang satu perkara dalam kehidupan kamu.

Ya, aku ada satu mimpi yang masih segar dalam ingatan dan tak boleh aku lupakan hingga kini iaitu mimpi bertemu dengan arwah datuk aku yang dah meninggal lebih kurang 18 tahun yang lepas. Aku tak kisahlah kalau cuma mimpi bertemu dengan arwah. Tapi yang buat mimpi tu istimewa sangat hingga susah aku nak lupakan walaupun dah terjadi beberapa tahun yang lepas adalah sebab dalam mimpi tu arwah datuk aku ada kata yang aku akan mati atau meninggal dunia dalam usia 32 tahun. Memanglah mimpi tu mainan tidur dan segala yang terjadi dalam hidup kita adalah ketentuan Allah. Tapi tak banyak sikit pun, ada jugak la mimpi tu mempengaruhi minda aku. Makanya, bukan hanya disebabkan aku percaya pada mimpi tu tapi sebab ajal boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa, aku kena tambah amalan aku dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Apa kata?


Wednesday, May 18, 2011

Stuck

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita akan jumpa satu titik di mana tiba-tiba kita rasa hidup kita ni tak ada makna apa-apa. Tak tau apa sebenarnya pencapaian yang kita dah dapat selama ni. Tak tau ke mana arah tuju kita lepas ni. Tiba-tiba kita rasa macam semuanya sia-sia. Macam hidup ni dah tak ada gunanya lagi. Stuck kat satu tempat dan tak tau apa nak buat.

Biasanya itu akan hilang bila bersimpuh atas sejadah dan bercakap dengan Allah. Ataupun sejukkan hati dengan tengok muka innocent anak-anak. At least itu akan buat kita tau apa tujuan sebenar kita hidup.

Allah memang tak jadikan semua hambaNya bertuah dan bernasib baik dalam hidup. Aku kena terima kenyataan itu.

Tuesday, May 10, 2011

Hari Guru 2011 dan dua kotak apam polka dot

Sekolah tadika tempat si kembar belajar, sambut Hari Guru lebih awal dari tarikh sebenar iaitu pada 6 Mei 2011. Awal 10 hari. Ada la tu sebabnya kenapa cikgu buat sambutan lebih awal. Masalah yang biasa timbul pada Haru Guru kebiasaannya adalah, terpaksa berfikir lebih sikit semasa nak decide apa hadiah yang nak bagi kat teachers. Masa aku jadi anak murid dulu terutamanya waktu sekolah rendah, hadiah untuk cikgu-cikgu simple je. Kalau tak pen 2,3 batang jenama Reynolds atau Kilometrico, kadang-kadang bagi sabun mandi ataupun kek marble yang jual kat kedai-kedai tu. Aku rasa kalau zaman sekarang bagi hadiah macam tu, mau gelak guling-guling cikgu kat sekolah tu. Old school betul!

Last year, bagi cikgu barang-barang perhiasan yang Alyaa dan Alysaa pilih sendiri. Cikgu sementara pun sibuk nak dibaginya juga hadiah mug comel. Tahun ni nak bagi kelainan sikit. Mesti ramai students bagi hadiah yang hampir sama, jadi aku fikir nak bagi makanan pulak. Apam dot-dot berinti kacang merah. Maka, setelah pulang dari kerja petang semalam dan setelah siap semua kerja rumah, aku pun berkelentung-kelentang di dapur dari pukul 9.00 malam hingga lewat malam untuk siapkan hadiah hari guru ni. Sampaikan si Rayyan pun ikut tidur lewat sekali sebab tunggu aku siap buat apam, baru dia nak tidur. Dan inilah hasilnya:



Comel kan?
Selamat Hari Guru untuk semua guru yang pernah mengajar aku dari tak kenal huruf sampailah menjadi seperti apa yang aku jadi sekarang. Juga untuk semua guru di Malaysia. Terima kasih, cikgu!

Thursday, May 5, 2011

Untuk emak yang boleh bagi seluruh dunia untuk aku, Selamat Hari Ibu!

Aku cuma ada 1 emak. Emak yang boleh bagi seluruh dunia untuk aku. Emak yang tak bagi walau seekor nyamuk atau semut pun singgah ke kulit aku. Emak yang bagi aku susu badan hingga umur aku 2 tahun tapi masih tak mahu berhenti menyusu. Emak yang setia menunggu aku keluar dari kelas semasa waktu rehat di sekolah dengan bekal nasi dan air sirap dan kemudian menyuap aku hingga kenyang di bawah pokok besar tepi kantin sekolah. Emak yang bersengkang mata menyiapkan baju raya untuk aku pakai walaupun bajunya sendiri tak sempat siap. Emak yang selalu memasakkan  makanan kegemaran aku sebelum dihidang atas meja sambil menunggu aku pulang dari sekolah. Emak yang kadangkala menyembunyikan sedikit makanan kegemaran untuk aku bila aku tak ada di rumah waktu semua orang menjamu selera. Emak yang pasti akan menjaga aku dengan baik bila aku sakit atau demam (sehingga kini). Emak yang akan jatuh sakit bila berpisah atau berjauhan dari aku walaupun cuma satu malam. Emak yang akan tersenyum bangga bila aku naik ke pentas berulang kali untuk terima hadiah kecemerlangan di sekolah hampir saban tahun sambil terdengar-dengar orang berbisik-bisik di belakangnya, "anak siapa tu?", dan emak cuma senyum bangga. Emak yang akan belikan barang-barang yang terbaik dan terbagus untuk aku. Emak yang selalu cuba sedaya upaya untuk memenuhi semua keinginan aku. Emak yang selalu berada di samping aku dalam apa jua situasi dan menjadi ubat penenang yang paling baik untuk aku.

Emak aku cuma 1. Dan walaupun aku sudah menjadi seorang emak, tapi aku tetap rasa aku tak mampu menjadi seperti apa yang emak aku telah jadi untuk diri aku selama ni. Sebanyak mana pun yang aku buat untuk dia, takkan mampu membayar apa yang telah dia lakukan untuk aku selama ni. Dia wanita yang sangat kuat dan cekal. Masakan dia adalah masakan berkelas dunia bagi aku. Aku lemah dan hilang punca tanpa emak. Emak adalah segalanya untuk aku. Walaupun tak mampu bagi seluruh dunia untuk emak, aku janji akan bahagiakan dunia emak sebab emak adalah dunia aku. Selamat Hari Ibu, Puan Hajah Siti Badariah bt Hj Asiab. Emak selalu teratas di hatiku!

Tuesday, May 3, 2011

Menjadi manusia kecil itu terlalu indah

Macam baru berapa tahun lepas je kami masih boleh bergasak-gasak depan tv macam dalam WWE. Menonton semua rancangan kartun di televisyen pada hari cuti dari pagi membawa ke petang. Berebut-rebut makanan atau minuman macam dah berminggu-minggu tak jumpa makanan. Menggagau cari duit syiling bila dengar bunyi loceng penjual aiskrim semakin dekat dan dekat. Berjengket-jengket keluar dari bilik selepas jam 10 malam untuk menonton televisyen secara curi-curi sebab pukul 10 malam adalah waktu wajib tidur menurut undang-undang encik bapak. Main simbah-simbah air dalam bilik air waktu mandi sampai pedih-pedih mata dan tersumbat-sumbat telinga dan hidung sebab masuk banyak air. Bangun lewat bila cuti hujung minggu sampai hampir-hampir disimbah dengan sebaldi air oleh encik bapak. Bermain dengan kawan-kawan di luar rumah sampai lupa nak balik makan dan cuma akan ingat rumah bila terdengar bunyi enjin motor encik bapak balik dari tempat kerja (1 kilometer pun dah dapat cam bunyi enjin motor tu). Mengaji dengan nenek bersama jiwa yang dipenuhi keterpaksaan sebab sibuk nak tengok kartun waktu maghrib di televisyen. Bersengkang mata menyiapkan kerja sekolah bila sekolah akan mula dibuka keesokan harinya setelah bercuti panjang berminggu-minggu lamanya. Dan berkongsi cerita sedih atas katil dalam bilik yang dikongsi bersama.

Oh, rindunya dengan semua tu. Memori yang dicipta sepanjang masih bergelar manusia kecil memang terlalu indah untuk dilupakan. Untuk adik-adikku, Sahara Jaafar dan Fitriani Jaafar yang sedang menjalani kehidupan masing-masing, tolong jangan lupa pada semua kenangan-kenangan indah itu. Untuk semua manusia kecil kami yang sedang dan bakal melalui semua yang telah kami lalui, nikmatilah ia dengan kegembiraan sebab ia akan menjadi sesuatu yang terlalu indah satu masa nanti.

Gambar nostalgik tahun 80an.
Related Posts with Thumbnails