Tuesday, May 10, 2011

Hari Guru 2011 dan dua kotak apam polka dot

Sekolah tadika tempat si kembar belajar, sambut Hari Guru lebih awal dari tarikh sebenar iaitu pada 6 Mei 2011. Awal 10 hari. Ada la tu sebabnya kenapa cikgu buat sambutan lebih awal. Masalah yang biasa timbul pada Haru Guru kebiasaannya adalah, terpaksa berfikir lebih sikit semasa nak decide apa hadiah yang nak bagi kat teachers. Masa aku jadi anak murid dulu terutamanya waktu sekolah rendah, hadiah untuk cikgu-cikgu simple je. Kalau tak pen 2,3 batang jenama Reynolds atau Kilometrico, kadang-kadang bagi sabun mandi ataupun kek marble yang jual kat kedai-kedai tu. Aku rasa kalau zaman sekarang bagi hadiah macam tu, mau gelak guling-guling cikgu kat sekolah tu. Old school betul!

Last year, bagi cikgu barang-barang perhiasan yang Alyaa dan Alysaa pilih sendiri. Cikgu sementara pun sibuk nak dibaginya juga hadiah mug comel. Tahun ni nak bagi kelainan sikit. Mesti ramai students bagi hadiah yang hampir sama, jadi aku fikir nak bagi makanan pulak. Apam dot-dot berinti kacang merah. Maka, setelah pulang dari kerja petang semalam dan setelah siap semua kerja rumah, aku pun berkelentung-kelentang di dapur dari pukul 9.00 malam hingga lewat malam untuk siapkan hadiah hari guru ni. Sampaikan si Rayyan pun ikut tidur lewat sekali sebab tunggu aku siap buat apam, baru dia nak tidur. Dan inilah hasilnya:



Comel kan?
Selamat Hari Guru untuk semua guru yang pernah mengajar aku dari tak kenal huruf sampailah menjadi seperti apa yang aku jadi sekarang. Juga untuk semua guru di Malaysia. Terima kasih, cikgu!

1 comment:

Related Posts with Thumbnails