Tuesday, November 30, 2010

Gegaran jiwa

Berdepan dengan manusia yang selalu merasa dirinya saja yang betul membuat aku merasa lemah dan mual. Rasa bisa menyengat dalam jiwa dan otak, sengal-sengal macam digigit binatang buas.

Golongan begini biasanya mata dan mindanya dah disetkan untuk mengesan kesalahan orang lain semata-mata. Tak pernah nak sedar kekurangan dan kekhilafan diri sendiri sampai ada kamikaze yang berani menegur, barulah dia tersedar (sekejap).

Tapi tiada yang berada di puncak kesebalan dan kejengkelan aku selain dari bersemuka dengan manusia yang tak tahu nak menjaga perasaan orang lain. Di kala kita selalu berusaha sedaya upaya untuk tidak melukakan atau mengecilkan hati orang lain di sekeliling kita hingga kadangkala kita sendiri yang terluka, wujud pula kelompok mahkluk yang ditakdirkan tidak dikurniakan dengan apa yang kita panggil perasaan dan rasa segan.

Hoi, tak ada satu pun yang sempurna di muka bumi ini lah.
Alpa pula aku.

Tapi rontaan jiwa sebaiknya diluahkan dari bernanah dan membusuk di dalam sana.

Sunday, November 28, 2010

Tolong tenangkan aku

Aku tak tau dari belah mana aku mewarisi satu tabiat buruk ni.

Aku bukanlah jenis yang kalau sedang menghadapi masalah hidup atau masalah negara, akan berterus-terusan memikirkan tentang hal itu setiap masa hingga terbawa-bawa ke dalam tidur. Macam seorang kawan rapat aku yang selalu datang ke pejabat dengan muka sembap dan mata bengkak akibat tak boleh tidur semalaman kerana terlalu memikirkan masalah yang sedang dihadapinya walaupun cuma sekadar terlalu risau bila ada yang berkata "kau macam dah gemuk sikit kat bahagian leher atau lengan atau dagu atau paha". Maaf kawan. Cuma sebagai contoh walaupun kedengaran terlalu sarkastik. Kau taklah seteruk tu sebenarnya. * sengih *

Tapi biasanya aku sangat kalut di fasa awal menerima kedatangan atau kemunculan apa juga masalah ke dalam hidup aku. Contohnya, aku pernah terpicit tiub pencuci muka pada berus gigi aku sebelum digosokkan pada gigi. Bila dah gosok dua tiga kali baru aku perasan rasa 'ubat gigi' itu agak berlainan dan sangat aneh pada hari itu. Aku juga pernah mengalami sedikit lecur di tangan kerana tak perasan air panas menggelegak yang aku curahkan ke dalam termos air panas sebenarnya sudah memenuhi termos hingga melimpah ruah. Pernah juga secara tiba-tiba terhilang ingatan yang agak kronik sewaktu hendak mengambil wudhu' dan terlupa beberapa tertib atau susunan awal dalam rukun wudhu'.

Tapi yang paling dahsyat dan terbaru setakat ini adalah, aku terdaftar nama Alyaa Nazura di kaunter pendaftaran klinik padahal yang demam ketika itu adalah Alysaa Najwa! Itupun aku tersedar sewaktu berada di dalam bilik doktor bila doktor bertanyakan apa sakit Alyaa. Ohmaigod! Aku rasa macam nak kopek dinding dan sembunyi dalam tu bila doktor dan jururawat dalam tu buat ekspresi muka macam aku ni tak berapa betul sangat sebab tak boleh cam anak sendiri! Dia orang kembar, apa!! Takkan itu pun nak hairan?

Oh, sangat malu, okeh! ( Dan rasa diri tak berapa berguna )

ikhsan dari google.

Friday, November 26, 2010

Aku suka keju

Tiba-tiba teringin pula nak membaham blueberry cheese tart yang sedang menjadi kegilaan sekarang ini. Dan kebetulan juga ada seorang rakan sekerja yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan bakery secara online dan tidak online. Jadi, dalam usaha untuk memenuhi keinginan tekak serta keinginan untuk memberi sokongan padu terhadap perniagaan kawan itu, maka aku telah memesan 25 biji sahaja blueberry cheese tart yang sengaja aku minta untuk ditulis dengan perkataan "I LOVE U'OLS" daripada beliau untuk santapan di kala bersantai-santai dengan keluarga di hujung minggu. Rasanya sedap dan harganya pun boleh tahan murah. Bersedia untuk melelehkan air liur sekarang.

Gambar ikhsan dari blog si tukang buat cheese tart.

Ni aku snap sendiri kat atas meja office.
(Dengan muka rakus)

Pandangan dari atas sebahagian dari blueberry cheese tart  
sebelum bilangannya berkurang sebanyak 2 biji akibat dirembat
oleh sejenis gergasi berkaki 2 dan bertangan 2 yang
turut mempunyai akaun Facebook.

Sila klik di sini untuk berkenalan dengan Puan Noreen, tukang buat
blueberry cheese tart ini. (Woyh, lain kali letak filling blueberry lebih-lebih
sikit untuk aku. Faham?)

Thursday, November 25, 2010

Cerita Alysaa

Seperti yang aku ceritakan di sini, pada 24 November 2010 kami sekali lagi ke HSI untuk temujanji dengan Dr. Tiong, pakar ENT berkaitan dengan keputusan CT Scan Alysaa pada 9 November lalu.

Alhamdullillah, Dr. Tiong mengesahkan tiada kelainan yang dikesan pada hasil CT Scan tersebut. Jadi, penyakit Alysaa disahkan sebagai Bell's Palsy sahaja. Sebab, penyakit kelumpuhan pada sebelah wajah ini boleh disebabkan oleh komplikasi penyakit lain seperti barah otak, strok atau penyakit Lyme. Bagaimanapun jika tiada sebab dapat dikenal pasti seperti dalam kes Alysaa, ia dipanggil sebagai Bell's Palsy, bersempena dengan nama seorang ahli anatomi berbangsa Scotland, Charles Bell yang pertama kali menemui penyakit ini. Cukup berinfomasi kan?

Doktor turut melakukan sedikit ujian bunyi untuk melihat perkembangan pendengaran Alysaa yang sedikit terjejas akibat penyakit ini. Pegawai yang menjalankan ujian bunyi memberitahu aku bahawa pendengaran Alysaa sedikit bermasalah bila melibatkan tahap bunyi yang paling rendah. Tapi kata doktor, ia tak begitu serius sebab tak mengganggu pola kehidupan Alysaa secara langsung. Cuma, pemeriksaan berkala perlu dilakukan setiap 6 bulan untuk memantau masalah pendengaran Alysaa dan Dr. Tiong turut memberi kami temujanji baru, dua bulan dari sekarang untuk memantau Bell's Palsy pada Alysaa. Alysaa diberikan bekalan 2 bulan pil vitamin B Kompleks untuk sarafnya. Okeh, itu sahaja untuk kronologi perjalanan panjang yang melelahkan - demi Alysaa kali ini. Aku sangat tak berharap adanya perjalanan panjang lain lagi selepas ini.

Aku tak sempat tangkap gambar untuk temujanji kali ni. Tapi sebagai menunaikan janji di entri yang lalu untuk berkongsi gambar Alysaa sewaktu di tahan di wad 8D pada 15-16 October 2010 yang lalu, maka aku kongsikan beberapa gambar sebagai kenangan sewaktu Alysaa menjadi penghuni wad itu. Mari.


Suasana dalam wad 8D.

Selain berehat-rehat, apalagi nak buat?

 Bermain toys, lori kecil beli kat kedai tingkat 3.

Lori ni ada 3 biji, satu biji Alysaa simpankan untuk
kembarnya, Alyaa. Tak ada pun untuk Rayyan. T_T.
(Picture taken by Alysaa)

Sempat bawa buku latihan Maths for K1 beli kat
Tesco. Bukan paksaan, atas kerelaan diri sendiri.

Kumpulan doktor yang datang buat lawatan wad dua
atau tiga kali dalam sehari. Muda-mudi dan sangat belia.
Buat aku sedikit kurang percaya kata-kata mereka
sebab mereka selalu refer buku dalam kocek. Tapi ada
doktor pakar yang mengetuai kumpulan ni. Lega sikit.


Tuesday, November 23, 2010

3 Idiots

Aku bukan kaki filem hindustan.

Tapi, filem 3 Idiots arahan Rajkumar Hirani dan diperankan oleh Aamir Khan, R. Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor, Omi Vaidya, Parikshit Sahni dan Boman Irani mampu membuat aku duduk di depan televisyen menonton DVD filem ini selama hampir 3 jam, sesuatu yang sangat jarang dan hampir tak pernah aku aku lakukan sejak beranak tiga ini. Biasanya filem-filem yang tayangannya berdurasi lama sedemikian rupa mengambil masa sehingga berhari-hari untuk aku habiskan.

Serius, filem ini sangat menarik sehingga si suami yang sangat anti filem hindustan turut berjaya mengkhatamkan filem ini dengan penuh gaya.



Cubalah tengok kalau tak percaya.

Saturday, November 20, 2010

Hakikat

Aku dah lama tau tentang satu ungkapan ni, "kita takkan boleh dapat semua yang kita nak".

Tapi baru sekarang aku betul-betul rasa pengertiannya dengan begitu mendalam dan menusuk jiwa.

Sakit, dol!!
Related Posts with Thumbnails