Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Filem aksi terhebat mesti tonton sepanjang zaman (?)



Aku tak tau sama ada nak kagum, jakun, teruja atau tergelak masa tengok trailer movie ni.
Belum pernah ada filem aksi sehebat (dan sekarut) ini, setakat ini hatta filem Hollywood sekalipun.
Mengatasi Matrix, Terminator dan I-Robot. Hebat tak hebat?

Korang semua?

Monday, January 10, 2011

Ana Raffali bikin kejutan


Tengok tak Juara Lagu ke 25 semalam? Aku suka dengan persembahan Faizal Tahir dan Yuna. Superb! Lagi-lagi masa Faizal Tahir 'menyelam' dalam air dan keluar semula dalam keadaan basah kuyup Seksi you! Lepas tu suara Yuna masa lantunkan lagu Cinta Sempurna. Memang menusuk kalbu dan membuai rasa. 

Yang lain pun bagus juga. Banyak persembahan dan gimik yang best-best. Untuk keputusan bagi Kategori Vokal Terbaik, aku puas hati jugalah sebab suara Hafiz memang smooth dan solid walaupun baru lepas terlibat dalam kemalangan sebelum tu. Persembahan Faizal Tahir untuk lagu Hanyut pun memang layak menang Kategori Persembahan Terbaik. Sangat kreatif dan unik, okeh. Setaraf dengan persembahan artis antarabangsa.

Pemenang tempat ke 2 dan ke 3 tak boleh dipertikaikan lagi sebab komposer dan penulis liriknya memang bukan nama yang asing lagi dalam arena seni suara negara. Cuma, bila pemenang bagi Juara Lagu ke 25 diumumkan, semua orang macam terkedu dan terperanjat dan tak sangka dan, dan, dan.. macam eh, betul ke penyanyi tu yang menang? Seriously, aku pun agak tak puas hati jugalah sebab rasanya Faizal Tahir dan Yuna punya lagu dan performance jauh lebih baik. Dan aku pun memang mengharapkan nama mereka yang diumumkan sebagai pemenang.

By the way, keputusan dah pun diumumkan. Nak pertikaikan pun tak guna sebab juri lebih pakar dan lebih tahu siapa yang layak untuk menang. Manalah kita tau apa sebenarnya yang dinilai dalam sesebuah lagu. Mungkin apa yang nak disampaikan oleh Ana Raffali tu berjaya sampai kepada juri-juri yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Tak semestinya lagu baru dan penyanyi baru tak layak untuk menang kan? Apapun, tahniah untuk Ana Raffali sebab menjadi pelapis muda dan baru yang kreatif kepada penggiat seni yang dah sedia ada di tanah air ni.

Tuesday, November 23, 2010

3 Idiots

Aku bukan kaki filem hindustan.

Tapi, filem 3 Idiots arahan Rajkumar Hirani dan diperankan oleh Aamir Khan, R. Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor, Omi Vaidya, Parikshit Sahni dan Boman Irani mampu membuat aku duduk di depan televisyen menonton DVD filem ini selama hampir 3 jam, sesuatu yang sangat jarang dan hampir tak pernah aku aku lakukan sejak beranak tiga ini. Biasanya filem-filem yang tayangannya berdurasi lama sedemikian rupa mengambil masa sehingga berhari-hari untuk aku habiskan.

Serius, filem ini sangat menarik sehingga si suami yang sangat anti filem hindustan turut berjaya mengkhatamkan filem ini dengan penuh gaya.



Cubalah tengok kalau tak percaya.

Sunday, November 7, 2010

Kegilaan terhadap orang-orang Jepang

Kelmarin tersesat masuk ke http://www.mysoju.com/. Dah lama betul tak masuk ke website ni. Wah, terimbas pula memori di zaman aku gila dengan drama-drama Jepun. Drama-drama Jepun ni menarik. Lagi-lagi dengan ayat alihbahasanya yang selalu kelakar. Aku tak berapa suka sangat dengan drama-drama Korea. Feelingnya lain dengan drama Jepun. Drama Jepun ni selain membariskan pelakon-pelakon yang super-duper comel, cantik dengan rambut yang cantik dan kulit muka yang bersih tak kira lelaki atau perempuan, turut memaparkan jalan cerita yang sangat menarik. Aku suka betul tengok cara orang Jepun bercakap, intonasi mereka, gerak tubuh mereka dan ekspresi wajah mereka. Kalau dah lawak, lawak gila. Macam drama Power Office Girl. Serius, lawak gila. Orang Jepun ni nampak kelakar sebab mereka ni sopan sangat. Atau kalau bahasa kita, poyo. Pernah tak gelak separuh nyawa waktu menonton rancangan Istana Takeshi? Fuh, nak terkeluar roti canai 2 keping yang kau telan pagi tadi.

Ada tak ya yang pernah tergila-gila dengan pelakon-pelakon Jepun macam Takuya Kimura, Yutaka Takenouchi, Hideaki Takizawa, Matsushima Nanako, Fujiwara Norika, Matsu Takako dan Takeshi Kaneshiro selain dari aku?

Mari mengimbas balik drama-drama yang pernah jadi kegilaan (aku) waktu disiarkan di TV3 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang di sekitar tahun 2000-2003. Sila klik tajuk drama untuk informasi lebih lanjut.

Pelakon: Takuya Kimura dan Yamaguchi Tomoko.


Pelakon: Takuya Kimura dan Matsu Takako.


Pelakon: Sorimachi Takashi dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Takuya Kimura, Matsu Takako dan Abe Hiroshi.


Pelakon: Takuya Kimura dan Tokiwa Takako.


Pelakon: Yutaka Takenouchi, Tanako Misato dan Fujiwara Norika.


Pelakon: Makiko Esumi, Mai Hosho, Kotomi Kyono, Atsuko Sakurai,
Keiko Toda dan Yumiko Takahashi.


Pelakon: Fukuyama Masaharu dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Yutaka Takenouchi dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Hideaki Takizawa, Suzuki Honami dan Kyoko Fukada.

Ada tak yang masih ingat? Emm, masih bagus juga ingatan aku ya.


Saturday, October 23, 2010

Aku dan artis

Dah berapa entri aku yang lepas ni kebanyakannya bergenre agak serius. Aku tiba-tiba terasa macam seorang guru yang menulis sebuah blog rujukan subjek Kimia dan Fizik untuk pelajar sekolah menengah atas yang akan mengambil SPM.

Keras juga otak aku kalau selalu bersikap serius. Muka pun dah rasa ketat semacam. Tapi nak buat macam mana. Takkanlah aku nak bergegak-gempita dengan lawak bodoh dan pada masa yang sama kedukaan sedang mengelilingi aku?

Maka, dalam usaha untuk mencairkan sedikit otak aku yang sedang beku dan tepu, aku tiba-tiba tergerak hati untuk berkongsi memori nan silam di ketika aku masih muda belia. Ada yang kata aku dah tua ya? Sila keluar dari sini sekarang, sebelum aku sendiri yang keluar! Heh, lawak gila slapstik! Malas nak layan.

Okeh, sebagai seorang bekas remaja (sarkastik sungguh ayat ini), aku pun pernah mengidolakan artis sampai tergila-gila dan buat benda-benda tak berfaedah yang kalau diingat-ingat balik terus kata, mak aih, gila bodoh aku buat macam tu dulu! Bukanlah tak berfaedah macam mana, cuma setakat buat aktiviti-aktiviti yang bolehdikatakan tergolong dalam golongan orang yang macam tak ada kerja lain nak buat.

Mari aku senaraikan nama-nama artis yang pernah aku idolakan sangat sampai sanggup beli majalah hiburan disebabkan cuma ada gambar artis tersebut yang berukuran 2cm x 2cm di bahagian belakang cover majalah. T_T.


Ziana Zain
Gila minat aku kat akak ni dulu. Sejak dia femes dengan lagu Madah Berhelah kot? Lepas tu berlakon pula dalam filem Sembilu 2, Maria Mariana 1 & 2. Semua filem tu aku tengok kat pawagam. *Hidung kembang tanpa sebab*. Dia ni bagi aku sangat cantik. Kaset pertama yang aku beli dalam hidup, album dia nilah yang tajuknya Setiaku Di Sini. Aku siap buat dua buah buku scrap, penuh dengan koleksi gambar-gambar Ziana Zain yang aku gunting dari majalah-majalah hiburan dan akhbar-akhbar. Pehh! Betul-betul tak ada kerja lain! Lepas tu disebabkan Dato' Siti Nurhaliza berjaya kalahkan Ziana Zain di Juara Lagu 1996, aku terus anti gila dengan Siti. Fanatik punya pasal. Entah apa-apa.
  

Jimmy Lin
Artis Taiwan yang cute gila. Selalu berlakon jadi budak-budak sekolah. Sangat comel. Sangat-sangat. Benda bangang yang aku buat masa gilakan mamat ni, aku selalu tanya pasal dia kat kawan-kawan sekelas aku yang berbangsa Cina. Kemudian, ambil buku atlas, cari peta dunia, cari kedudukan negara Taiwan, tandakan titik lokus kat mana Taipei iaitu tempat tinggal dia dan kemudian berangan-angan untuk sampai ke situ. Gila!


Backstreet Boys
Ada ke remaja sebaya aku masa tu yang tak tergila-gila dengan boy band ni? Mula meletup dengan lagu As Long As You Love Me tahun 1996. Sanggup kumpul nak duit beli album-album band ni. Rasa macam tak cool je kalau tak tersenarai sebagai kipas susah mati diaorang ni. Lepas tu sanggup beli sticker-sticker, kad-kad nama, kad-kad bergambar dan macam-macam aksesori yang ada gambar band ni dalam katalog yang kawan aku jual. Kena order dulu barang-barang tu kemudian tunggu pembekal kirim lalu pos. Merepek betul!


Leornardo Di Caprio
Masa ni, rasanya dalam tahun 1997, filem Titanic memang tengah phenomenal gila. Satu dunia gilakan filem ni. Habis tu, takkan aku nak ketinggalan. Sahabat pena aku dari Germany siap dah tengok filem ni berkali-kali kat pawagam. Lagu tema filem ni, My Heart Will Go On oleh Celine Dion memang top habis. Berbelit-belit juga lidah dan otak aku nak menghafal lirik lagu ni. Bila dah hafal, rasa bangga gila. Lepas tu, jumpa poster filem ni kat pasaraya. Punyalah kumpul duit nak beli poster besar tu. Harganya RM11.90 kalau tak silap. Dah beli, tampal dengan penuh bangga dalam bilik. Pergi kedai mamak, ternampak pula akhbar bahasa Cina ada siarkan berita dan gambar filem ni. Walaupun tak faham sepatah haram, beli juga untuk dapatkan gambar dalam tu. Dah tu, habiskan masa berhari-hari lukis potret Leornado. Bagi aku menjadi jugalah walaupun dalam potret tu nampak macam mamat tu baru lepas buat pembedahan plastik.



Danny X-Factor
Yang satu ni aku pelik sungguh. Apa faktor aku suka benar kat mamat ni pun agak samar-samar. Masa ni aku masih belajar di kolej. Dia nilah yang buat aku selalu puasa sunat hari Isnin dan Khamis sebab duit poket dah habis akibat beli majalah hiburan yang cuma letak gambar dia berukuran 2cm x 2cm. Apa punya biollah aku masa tu. Dah tu habis semua buku-buku nota, fail-fail dan sampul-sampul buku aku tampalkan dengan muka mamat ni sekali dengan group dia, X-Factor. Dia ni jugalah artis pertama dan terakhir yang berjaya mendapat beberapa keping surat dari aku. Entah apa yang aku merepek meraban dalam surat tu pun sumpah aku tak ingat. Lagu group beliau yang aku hafal gila masa tu antaranya Kau Sehangat Api, 7251364 dan Sehingga ke Akhir Hayat. Penting eh?

Sheila on 7
Group dari seberang yang sangat femes kat Malaysia. Aku mula suka kat group ni sejak lagu dia orang, Sephia meletup kat pasaran. Masa ni aku dah agak matang sikit la. Dah jadi senior kat kolej dan dah dekat-dekat nak grad. Kiranya ada jugalah sebab kukuh aku nak minat kat group ni especially vokalis dia, Duta, sebab suara dia ni sangat sedap dan melalaikan. Sempat juga kumpul beberapa album group ni yang memang aku bagi two thumbs up! Disebabkan dah betul-betul mumayyiz, maka tak adalah sangat benda bodoh yang aku buat kecuali melompat-lompat macam orang histeria atau terkena sawan setiap kali group ni muncul di televisyen.




Semakin beranjak dewasa dan semakin tua matang, aku dah mula hilang keinginan nak minat gila-gila lagi pada mana-mana artis yang semakin ramai wujud kat muka bumi ni. Kebanyakan artis yang baru-baru muncul pun aku tak berapa nak kenal. Kecuali beberapa orang artis yang masih lagi dalam lingkungan umur baya-baya aku, yang kebanyakan peminatnya terdiri dari makcik-makcik peminat drama-drama bersiri atau sinetron-sinetron, seperti Aaron Aziz dan Farid Ahmad. Mungkin sebab aku dah tak ada masa nak buat kerja-kerja gila macam waktu muda-muda dulu ataupun mungkin sebab aku dah malas nak keluarkan duit yang sangat susah payah aku nak dapat, hanya untuk beli album-album artis ni.


Oh ya, sekarang ni aku agak suka jugalah dengan seorang artis muda yang sangat kreatif dan seorang artis lelaki yang sangat cool dan berbakat iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Cuma, mereka tak akan membuatkan aku kembali menjadi seorang budak perempuan yang sedang menikmati fasa-fasa hidup menyeronokkan sebagai seorang remaja seperti satu ketika dulu. Sebab aku dah cukup dewasa dan lebih tua matang. Shut up!



Related Posts with Thumbnails