Friday, May 10, 2013

Sabar dan pelangi

Baiklah. Aku memang bukan blogger tegar. Bukak blog seminggu sekali. Update blog sebulan sekali. Pemalas bukan tahap gaban je, tapi kesatria baja hitam. Ok, tak lawak.

Lately, banyak benda yang jadi. Tapi macam biasa, aku bukan jenis yang buat blog macam jurnal hidup. Tak macam kebanyakan blogger yang kau rasa boleh kenal dia luar dan dalam dengan baca blog dia je, sebab semua benda dia war-warkan dalam tu.

Aku taknak cerita pasal pilihanraya umum. At least, lagu Jom Kita Mengundi by Tomok, Black dan 2 orang pompuan yang aku tak ingat nama tu dah takde tayang lagi kat TV. Kot tak, kau boleh dengar sape-sape je dalam rumah ni sambil buat kerja pun boleh hummingkan lagu tu. Termasuk aku, ok. Baru dengar 3 kali aku dah boleh hapal lirik. Dan nyanyi penuh semangat sambil basuh pinggan. Oh-oh, dan nyanyi secara berjemaah dengan si kembar. (-_-"

Dan ini, yakni mengupdate blog di tengah malam buta adalah 1 keadaan yang luar biasa.

Hurmm..
Korang pernah tak rasa, bila korang terlalu bersabar dalam apa-apa pun perkara, nanti hujung-hujungnya korang akan harapkan ada pelangi yang muncul? Aku, ya. Bila aku rasa aku cukup sabar bertahan dalam apa situasi sekalipun, walaupun aku mampu untuk buat benda yang jauh lebih baik kalau aku tinggalkan benda yang aku tengah buat tu, secara automatik mesti aku akan sedapkan hati sendiri dengan keyakinan yang pelangi akan muncul kat hujung kesabaran tu. Kadang-kadang tu memang ada pelangi. Dan kadang-kadang pelangi tu tak muncul-muncul. Kadang-kadang jugak, pelangi tu muncul kejap je. Lepas tu hilang pelan-pelan.

Ni apa kes pulak berfalsampah tengah-tengah malam buta ni ye?

Tapi aku yakin, setiap kesabaran tu mesti ada ganjaran yang manis menanti. As long as benda yang kau sabarkan tu eloklah. Kalau dah tak sabau-sabau nak curik durian Tok Mail malam karang dengan geng-geng kau tu lain cerita la. Manis yang kau dapat lain pulak rasanya.

Dah sepelaung aku merepek. Sebelum berpanjangan lagi sedepa, ada baiknya aku undur diri.

dah tak tau nak letak gambar apa, ni kira boleh lah..

Wednesday, April 24, 2013

Niyang rapik merepek


Gila lama tak update entri. Walaupun daku sedar takde yang peduli, tapi aku rasa bersalah pulak bila check akaun Nuffnang dan masih ada jugak iklan-iklan yang masih sudi bergentayangan kat blog tinggal ni.

Aku dah lama beno tak mengumpat orang dalam ni. Kalau dulu kemain, ada rasa tak puas hati sikit  mesti nak merempan dalam ni. Maka, orang yang makan cili pun buat-buat muka kelat je masa tu. Lepas tu tak cukup dalam blog, aku sambung buat status pedas kat fesbuk. Macam shilake je masa tu. Tapi dah lama aku insaf. Tu cerita zaman jahiliah, janganlah diungkit lagi, Tipah.  Fesbuk pun dah jarang-jarang bukak. Dah taktau nak buat apa dalam tu.  Kalau masuk pun setakat cecah kaki 4,5 minit lepas tu habiskan masa tengok-tengok novel-novel best dalam kedai buku online feveret aku dalam tu. Dah beli 2,3 novel yang berkenan untuk stok sebulan dua, maka aku pun log out dari fesbuk. Tu je la pun fungsi fesbuk yang  masih relevan untuk aku sekarang.

Aku mula-mula kenal fesbuk taun 2008. Masa tu belum ramai sangat yang ada akaun fesbuk ni. Memula aku join pun atas ajakan kawan lama. Masa tu sibuk dengan Friendster. Adik-adik yang besar-besar je terus kenal fesbuk, mungkin ramai tak tau wujudnya laman social Friendster ni. Friendster macam best masa tu sebab boleh tukar-tukar skin. So, macam-macam background gambo boleh tengok kat akaun member-member. Ikut kreativiti memasing la. Selain tu, ada jugak Myspace. Serius, yang ni not my type. Ni jugaklah satu-satunya laman social yang aku takde akaun. Pesal entah. Aku rasa macam myspace ni macam urban sangat. Tak sesuai dengan jiwa aku. Lepastu ada jugak Hi-5, Tagged dan 2,3 lagi laman social yang tak berapa nak in sangat.  Bila dah melekat dengan fesbuk sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan lama aku, maka aku pun tutup akaun Friendster dan semua-semua akaun laman social yang aku ada. La ni, aku dah mula boring pulak dengan fesbuk. Tapi tak berapa nak gemar pulak dengan Twitter. Ada rasa nak bagi aku penampo 5,6 das tak?

Entri ni berkisar pasal apa sebenarnya ni?  Nampak sangat tahap pembekuan otak aku masih di tahap yang agak tinggi.

Monday, March 25, 2013

The exorcism of Emily Rose buat aku tak boleh tidur

Malam minggu yang lepas ni, aku tertengok muvi 'The exorcism of Emily Rose' kat channel Trans TV. Channel ni Indonesia punya, tapi biasalah, dah memang Johor Bahru ni best kan, boleh dapat channels dari negara-negara jiran. Masa tu dah pukul 12 tengah malam rasanya. Dan aku cuma dengan si Rayyan je dalam bilik. Encik Papa keluar dengan kegilaan terbaru dia, mancing ikan. Bukan mancing awek ye. Beranilah, ada yang jadi korban mutilation karang. Sedang mancing ikan balik pukul 2,3 pagi pun aku dah mengamuk macam orang kena sawan.

Muvi ni dah lama rasanya. Tapi aku baru pes time tengok. Muvi 'Exorcist' dulu ada la aku tengok. Tu pun tengok ramai-ramai dengan housemate kat hostel masa belajar dulu. Seram jugak muvi ni. Lagi-lagi bila tunjuk scene yang Emily Rose kena rasuk tu. Keseraman adalah berganda bila kau tengok muvi seram sorang-sorang okeh. Jadinya, untuk mengurangkan kadar keseraman tu, aku slowkan lah volume sampai nombor 3 je, iaitu tahap di mana bunyi-bunyian adelah hampir tak kedengaran dan kalau takde subtittle, kau adalah mempraktikkan kemahiran membaca gerak bibir semata-mata. Volume aku naikkan sikit je kalau scene perbicaraan dalam mahkamah. Acara bertukar ke channel lain secara rawak adelah terjadi bila ada scene-scene yang gila bapak punya seram. Menarik jugak muvi ni. Based on true story katanya. Mat Saleh pun percaya pada benda-benda rasuk-merasuk ni ek? Tapi tak semualah.

Aku takde benda nak tulis sebenarnya. Tu yang merepek pasal muvi ni. Padehal bukan me'review' pun. Kalau belum tengok muvi ni, pergilah gugel sendiri ye. Aku malas nak taip sinopsis. Muvi lama lagi pun. Tahun 2005 kalau tak silap.

Sekian, terima kasih.


Friday, March 15, 2013

Surat dari langit biru

Misae-Nohara masih hidup dan bernyawa ye.
Sungguh mintak penampar tajuk entri.
Sebulan lebih hidup tanpa akses ke dunia maya, rupanya boleh jugak aku bertahan.
Banyak benda jadi dalam tempoh pertapaan aku dan banyak jugak benda hot yang aku terlepas especially cerita-cerita panas pasal 2,3 orang blogger Malaysia ni.Tak payah sebut pun korang dah tau.
Belum ada apa-apa nak dikabokan dalam blog.
Cuma aku dah berjaya khatamkan 2 buah novel dan habiskan 4 disc DVD drama Korea dalam tempoh tu.
Try korang baca novel 'A Summer Fling' by Milly Johnson. Superb! Ingredients lengkap.
'Celebrity Shopper' by Carmen Reid pun ok jugak tapi tak semagnetic 'A Summer Fling'.
Ni tengah tunggu 2 novel lagi dari kedai buku online feveret aku, 'Johny Be Good' dan 'Wrapped Up In You'.

Till then, bye for now.




Tuesday, February 5, 2013

Mama si kembar punya birthday, oi.

I'm officially 32 today.    


Tapi still rasa macam 23.


Semoga apa yang aku impikan untuk tahun ni akan jadi kenyataan.
Dan semoga Allah merahmati, melimpahkan kurniaNya dan memberikan kesihatan yang 
baik untuk aku dan keluarga.
Amin.


Monday, February 4, 2013

Kisah Girls' Generation versi tahun 2000 (dedikasi untuk geng senario instedt)

Hari Sabtu lepas, balik dari kerja 1/2 day, aku singgah mini market beli barang-barang dapur. On the way nak balik rumah lepas belanja tu, aku ternampak dua orang budak perempuan dalam lingkungan umur 19 ke awal 20an gitu la. Diorang nak melintas jalan depan kereta aku. Biasa je pun budak-budaknya. Yang buat mata aku melekat kat diorang dari start diorang  menunggu kat tepi jalan sampai la selamat menyeberang sampai ke seberang sana, adalah cara berpakaian dan personaliti diorang. Yang sorang bertudung labuh dengan blouse labuh, seluar longgar dan kasut bertutup. Sorang lagi bergaya ranggi dengan rambut pendek, T-shirt sendat, seluar jeans ketat, pakai spek hitam. Nampak janggal sikit la kalau perati betul-betul. Dan-dan aku terus teringat zaman muda-muda dulu waktu aku dengan Maizatulakmal Mahmood- kawan baik aku masa tu. 

Macam tu la lebih kurang style kitorang masa tu. Mai masa mula-mula aku kenal, dengan jubah + baju kurung kat belah dalam, tudung labuh, kasut bertutup. Aku dengan gaya bebas kuak lentang aku. Free hair, rambut kontot, t-shirt dengan jeans je. Memang jauh beza. Tapi macam mana kitorang boleh sehati sejiwa sebakul seraga? Sebabnya gaya berpakaian je beza, tapi jiwa kitorang serasi. Gila-gila, kuat gelak, mulut longkang, takde perasaan. Buat lawak sendiri lepastu gelak sendiri macam nak mati. Kau kalau nak rasa pekak atau torek tu macam mana, mehlah dok borak dengan kitorang. Tu belum masuk geng-geng kitorang yang kategori bercakap dengan member kat sebelah macam bercakap dengan orang kurang pendengaran berjarak 5 batu jauh kat depan nun. Dah tu gelak masing-masing memang jenis tak tersenarai sebagai ahli-ahli syurga la. Biasalah, muda lagi. Fikiran pun tak berapa nak panjang lagi.

Kali terakhir aku jumpa Mai, hari raya tahun lepas. Tu pun lepas 9 tahun tak jumpa. Gila bapak punya lama. Jumpa-jumpa je anak dah berderet. Mai sekarang tengah preggy anak no 5. Fuh, produktif, efektif, kondusif betul ko ye. Aku yang nak anak ramai, kau pulak yang over action ye. Takpelah, walaupun aku dah tak mampu nak hasilkan anak ramai sebab dah 2 kali caesar untuk dapat 3 ketul budak tu, kau je lah teruskan hasrat suci murni aku tu ye. At least, impian aku nak dapat anak kembar dah tertunai.

Menyusul si Mai yang nak dapat baby lagi, Net pun sama tengah preggy anak yang 1st. Alhamdulillah, tumpang happy sebab banyak halangan Net dalam usaha nak dapat anak ni. Net, ko jaga diri dengan baby baik-baik ye. Aku doakan semua selamat dan lancar sampai lepas dapat baby nanti. Geng-geng lain yang dah lama gila tak jumpa tapi nasib baik ada Fesbuk, si Pipy pun ikut jejak aku dapat kembar perempuan. Jeles aku! Then si Nurul yang tengah preggy anak no 3 kalau tak silap. Minah ni aku salute, memang dari zaman dahulu kala lagi dia memang nak jadi bisneswumen. Hamek ko! Memang sukses abis jadi bisneswumen. Kereta pun dah 12 tingkat lagi best dari kereta-kereta kitorang. 12 tingkat lagi best bukan bermakna dia dah pakai bas 12 tingkat ye. Agak-agaklah kan. Nani @ Anje pun baru je dapat baby nombor 2. Nama je duduk 1 negeri tapi sampai sekarang belum ada can nak jumpa lagi.  Selain jadi cikgu, Si Anje ni pun aktif bisnes. Harap ko sukses and maju jaya macam Kg Sepakat ye, Anje. Then si Shah @ Baizura, budak tomboy yang memang dah tak pernah jumpa lepas habis belajar dan by the time dapat berita pasal dia dekat Fesbuk, dia dah kawen, tak tomboy lagi serta sudah preggy. Nampak macam All is Well..

Btw, rambut aku dah tak kontot, dah tak free hair lagi dan dah tak pakai t-shirt sendat macam dulu lagi, okeh.

p/s: Girls' Generation adalah group pompuan Kpop fohfuler ye, tuan puan.

dari kiri: aku, net, nurul, uncle mini mart, pipy, shah & anje.
anje, aku & mai. -rumah anak yatim JB.



Related Posts with Thumbnails