Friday, November 19, 2010

Cetusan melankolik

Aku tak pasti macam mana dengan orang lain tapi aku selalu mengalami hal-hal yang begini.

Ada sesetengah bau yang aku cium terutamanya bau udara, bau suasana atau bau khas sesetengah tempat, akan masuk ke dalam hidung aku dan secara automatik menghantar mesej kepada otak aku untuk mengigatkan aku tentang sesuatu yang berkaitan dengan bau itu. Contohnya ada bau yang akan mengingatkan aku dengan kampung halaman, rumah nenek aku, rumah emak-emak saudara aku dan tempat-tempat lain yang biasanya adalah tempat-tempat yang penuh nostalgia. Ada juga bau yang mengingatkan aku dengan zaman kanak-kanak aku dan juga mengingatkan aku dengan orang-orang yang pernah rapat atau pernah wujud dalam hidup aku.

Selain bau, sesetengah dendangan lagu turut memberi impak yang sama pada aku. Contohnya bila aku mendengar lagu ini, akan mengingatkan aku kepada itu. Biasanya lebih kepada memori-memori silam yang pernah aku lalui dalam hidup. Bila dah begitu, mulalah melayan perasaan. Satu demi satu kenangan-kenangan tu akan diulang tayang dalam minda aku. Dan biasanya, beberapa situasi yang selalu mewujudkan suasana melankolik sedemikian rupa selalunya berkaitan dengan kenangan-kenangan sewaktu masih belajar di sekolah, IPT dan juga kenangan sewaktu masih kecil dengan adik-adik aku. Oh, sangat nostalgik!

Ada ke yang turut melalui apa yang sesekali aku lalui ini?

Contoh gambar yang boleh mencetuskan rasa sayu bagi aku.


Contoh gambar yang boleh mencetuskan perasaan
insaf dan takut kepada aku dan kamu. Mari insaf!

Thursday, November 18, 2010

Aktiviti bila dah jadi mak bapak budak

Selain dari berselisih faham iaitu asam garam dalam sesebuah hubungan suami isteri dan berkata, "kita ni macam dah kahwin 50 tahun!" sambil menghempas pintu sekuat hati dan tenaga setiap kali selepas bertikam lidah dan bertegang urat, satu lagi aktiviti wajib yang perlu dilalui oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tak kira sama ada pra sekolah, rendah atau menengah, adalah menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah anak-anak.

Untuk tidak mahu dilabel sebagai ibu bapa yang tidak prihatin, kurang mengambil berat tentang apa jua permasalahan anak-anak dan tidak mahu bergaul dalam persekitaran yang sihat dengan komuniti ibu bapa lain, maka kebanyakan ibu bapa dengan terpaksanya mesti memaksakan diri untuk hadir ke majlis-majlis sedemikian rupa. Tapi aku tak rasa terpaksa pun sebab tak mahu anak-anak sedih kalau aku tak datang dan rasanya adalah menjadi kewajipan aku untuk turut terlibat sama dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah anak aku walaupun baru di peringkat pra sekolah.

Jadi, pada 13 November 2010, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil dan Konsert  2010 bagi pelajar-pelajar Tadika Emas Nurani yang diadakan di Dewan Balai Raya tempat permukiman aku, dan aku serta suami tanpa ragu dan segan silu telah mengangkut emak dan adik aku si gigi besi yang kebetulan bercuti semester pada waktu itu, untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut walaupun mereka cuma muncul setelah sesi yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan tarian "Waka-Waka" oleh kelas Alyaa Nazura Mineka dan Alysaa Najwa Mineka telah pun selesai. T_T. Akibatnya mereka cuma dapat menyaksikan tarian comel si kembar itu melalui rakaman video oleh perakam amatur sahaja.

Alyaa dan Alysaa cuma ambil bahagian dalam persembahan tarian sahaja. Belum lagi terima sijil sebab mereka baru berusia 5 tahun dan masih ada setahun lagi untuk menamatkan sesi pra sekolah mereka. Acara pertandingan pakaian beragam pun mereka tak ambil bahagian sebab pada waktu tu kami masih sibuk berulang-alik ke hospital kerana penyakit Bell's Palsy Alysaa. Insya-allah tahun depan boleh masuk ya, sayang.

Sekarang, mari tengok gambar-gambar yang berkelayakan untuk dipamerkan di sini.

p/s: Oh, Alysaa memang begitu. Kalau dah dipakaikan lipstick, dia jarang benar nak tutup mulut. Jadi dalam gambar di bawah, kamu akan dapat tahu yang mana Alysaa okeh. Tak perlu tanya aku.

Sedang bersiap-siap. Skirt itu sangat mahal, okeh.


Skirt rambu-ramba yang cikgu boleh recycle
jadi bulu ayam nanti.

Si gorjes Rayyan. Sangat sosialis iaitu tak boleh duduk
diam dan asyik ke hulu dan hilir sambil mengecek makanan
orang. Oh, kau buat mama malu!

Si gigi besi yang datang lambat sebab mandi 1/2 jam.

Kembar dan papa mereka.

Si gorjes Rayyan dan seorang artis..oh, mari percaya.

Sila anggap ada latarbelakang lagu 'Jadikan Membaca
Satu Budaya'. Jangan tanya aku itu lagu siapa.

Peserta-peserta pertandingan pakaian beragam.
Pemenang kategori lelaki, nombor 4 dari kiri, seorang atuk
yang comel! :)

Friday, November 12, 2010

Temujanji CT Scan Alysaa

Bagi yang tak tahu hujung pangkal, sila rujuk di sini dan di sini.

Alhamdulillah, Bell's Palsy pada Alysaa sudah semakin membaik. Menurut pada pembacaan dan rujukan aku pada sumber-sumber tertentu, penyakit ini boleh muncul secara tiba-tiba pada sesiapa sahaja dan biasanya jika tiada kaitan dengan penyakit-penyakit kronik, ia boleh sembuh dan membaik secara perlahan-lahan dalam tempoh 2 minggu hingga 6 bulan. Dalam kes Alysaa, dia mula menunjukkan perubahan positif dalam tempoh 3 minggu selepas cuma mengkomsumsi pil prednisolone selama seminggu. Itu membuatkan aku menjadi makhluk yang paling bersyukur.

Dalam kebanyakan kes, penyakit ini sembuh secara total dan sesetengah kes meninggalkan sedikit kesan pada wajah. Penyakit ini banyak menyerang orang dewasa terutamanya lelaki. Tapi boleh juga terkena pada kanak-kanak seperti Alysaa. Cuma, semakin muda usia pesakit, semakin besar juga peluang untuk sembuh sepenuhnya.

Okeh, seperti yang sudah aku ceritakan dalam entri yang lalu, Alysaa terpaksa menjalani CT Scan di bahagian kepala dan belakang telinga atas saranan doktor-doktor pakar pediatrik dan ENT di HSI untuk mengesan apa penyebab utama penyakit ini sehingga boleh menyerang Alysaa 2 kali. Gerun betul aku, takut-takut kalau ada apa-apa pekhabaran buruk yang bakal aku terima. Ya Allah, minta dijauhkan.

Jadi, pada 8 November 2010, aku dan suami telah membawa Alysaa ke Jabatan Pengimejan Diagnostik di HSI untuk menjalani CT Scan tersebut. Sebelum menjalani pemeriksaan, Alysaa diberikan satu dos ubat tidur untuk memastikan dia dapat 'memberikan kerjasama' yang baik sepanjang pemeriksaan dijalankan. Tangan Alysaa juga terpaksa dimasukkan jarum saluran untuk memasukkan ubat sedatif tersebut in case dia terjaga semasa sedang menjalani pemeriksaan.

Bila dah bagi dos yang pertama, Alysaa dah mula mengantuk dan tertidur. Malangnya, Alysaa terjaga lagi sewaktu aku baringkan dia atas mesin Tomografi Berkomputer tu. Jadi, kena tidurkan semula. Lama juga nak tidurkan dia untuk sesi ke dua tu. Akhirnya dia tidur juga. Mungkin sebab ubat tidur tadi dah mula berfungsi sepenuhnya.

Waktu Alysaa menjalani pemeriksaan tu, aku dan suami terpaksa menunggu di luar. Lebih kurang 20 minit lepas tu, aku terdengar suara Alysaa menangis dari dalam dan jerit 'mama', 'mama'. Ah, sudah! Dia terjaga pulak! Tak lama selepas tu, seorang pegawai pengimejan keluar dan suruh aku masuk untuk tenangkan Alysaa. Tapi tak ada fungsi pun aku masuk sebab Dr. Danial dah masukkan satu dos lagi ubat sedatif melalui saluran di tangan Alysaa tadi. Kesian dia, belum pun habis doktor masukkan ubat dia dah tertidur semula senyenyak-nyenyaknya. Aku disuruh menunggu lagi di luar.

Bercampur-baur perasaan aku sewaktu menunggu di luar. Tambahan pula banyak pesakit-pesakit dan mangsa kemalangan lalu lalang ditolak atas katil di hadapan aku. Fuh, rasa bersyukur betul sebab diberi kesempurnaan dalam kesihatan. Cubalah sesekali lepak satu hari saja di mana-mana hospital, aku yakin mesti kita akan dilimpahi dengan perasaan syukur ditambah lagi dengan rasa keinsafan dan kesedaran dalam diri kita.

Akhirnya, pemeriksaan CT Scan Alysaa selesai jam 12 tengahari. Dia betul-betul tertidur pulas sampai doktor dan jururawat ambil masa juga untuk sedarkan dia semula sebab nak cabut jarum di tangan dia. Kata doktor, Alysaa terpaksa di'puasakan' hingga dia betul-betul sedar sepenuhnya sebelum diberi sebarang minuman atau makanan.

Jam 12.30 tengahari kami pun pulang dengan Alysaa yang masih tidur nyenyak di seat belakang. Sesekali ada juga dia tersedar dan merengek lapar. Tapi, nak buat macamana, sayang. Akhirnya pukul 4 petang barulah dia sedar sepenuhnya dan boleh duduk. Benda pertama yang dia minta, nasi! Sampai berkali-kali dia tambah, mungkin sebab lapar sangat.

Dan 24 November ni kami akan ke HSI lagi untuk temujanji dengan Dr. Tiong berkaitan dengan result view untuk CT Scan ini. Aku harap tak ada apa-apa perkhabaran dukacita yang bakal kami dengar. Amin.

 Alysaa lepas minum ubat tidur.

Bilik CT Scan.

 


 Penantian satu penyiksaan.


Monday, November 8, 2010

Penemuan yang tak diharap (dan tak penting)

Beberapa waktu yang lepas, semasa berbelanja di Pasaraya Besar Tesco dengan keluarga, tiba-tiba langkah laju aku menuju ke rak minuman sejuk terhenti sebaik saja kelibat seorang uncle berlalu di hadapan aku.

Ada apa dengan uncle itu?

Nak kata hensem, jauh panggang dari api. Bukan nak mengutuk ciptaan Tuhan, tapi dengan umurnya dan ketinggiannya yang lebih suku inci je dari 5 kaki, cuma orang buta saja kot yang kata dia tampan bergaya.

Serius, sampai berkerut dahi aku memikirkan kenapa uncle tu nampak begitu menarik perhatian aku. Rasanya dia lengkap berpakaian. Kalau tak lengkap, macamlah aku sanggup pula nak pandang, kan?

Fikir punya fikir, siap berhenti kat tengah laluan orang ramai, akhirnya, ya, akhirnya otak aku dapat berfungsi dengan baik.

Ya, dialah orang itu! Dan memori silam kembali menjengah di sini.

Mungkin tak berapa penting tapi aku tak boleh lupa pada uncle 'comel' tu. Haha.

Sunday, November 7, 2010

Kegilaan terhadap orang-orang Jepang

Kelmarin tersesat masuk ke http://www.mysoju.com/. Dah lama betul tak masuk ke website ni. Wah, terimbas pula memori di zaman aku gila dengan drama-drama Jepun. Drama-drama Jepun ni menarik. Lagi-lagi dengan ayat alihbahasanya yang selalu kelakar. Aku tak berapa suka sangat dengan drama-drama Korea. Feelingnya lain dengan drama Jepun. Drama Jepun ni selain membariskan pelakon-pelakon yang super-duper comel, cantik dengan rambut yang cantik dan kulit muka yang bersih tak kira lelaki atau perempuan, turut memaparkan jalan cerita yang sangat menarik. Aku suka betul tengok cara orang Jepun bercakap, intonasi mereka, gerak tubuh mereka dan ekspresi wajah mereka. Kalau dah lawak, lawak gila. Macam drama Power Office Girl. Serius, lawak gila. Orang Jepun ni nampak kelakar sebab mereka ni sopan sangat. Atau kalau bahasa kita, poyo. Pernah tak gelak separuh nyawa waktu menonton rancangan Istana Takeshi? Fuh, nak terkeluar roti canai 2 keping yang kau telan pagi tadi.

Ada tak ya yang pernah tergila-gila dengan pelakon-pelakon Jepun macam Takuya Kimura, Yutaka Takenouchi, Hideaki Takizawa, Matsushima Nanako, Fujiwara Norika, Matsu Takako dan Takeshi Kaneshiro selain dari aku?

Mari mengimbas balik drama-drama yang pernah jadi kegilaan (aku) waktu disiarkan di TV3 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang di sekitar tahun 2000-2003. Sila klik tajuk drama untuk informasi lebih lanjut.

Pelakon: Takuya Kimura dan Yamaguchi Tomoko.


Pelakon: Takuya Kimura dan Matsu Takako.


Pelakon: Sorimachi Takashi dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Takuya Kimura, Matsu Takako dan Abe Hiroshi.


Pelakon: Takuya Kimura dan Tokiwa Takako.


Pelakon: Yutaka Takenouchi, Tanako Misato dan Fujiwara Norika.


Pelakon: Makiko Esumi, Mai Hosho, Kotomi Kyono, Atsuko Sakurai,
Keiko Toda dan Yumiko Takahashi.


Pelakon: Fukuyama Masaharu dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Yutaka Takenouchi dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Hideaki Takizawa, Suzuki Honami dan Kyoko Fukada.

Ada tak yang masih ingat? Emm, masih bagus juga ingatan aku ya.


Friday, November 5, 2010

Agenda 'follow-memollow'.

Aku betul-betul sedang tertanya-tanya sekarang ini, dalam 105 orang follower yang aku ada buat masa ini, berapa keratkah yang betul-betul follow blog aku sebab dia betul-betul suka baca blog aku dan betul-betul merasa bahawa blog aku sudah cukup bagus (bagi mereka) untuk difollow, atau sekadar memfollow blog aku dengan tujuan supaya aku follow balik blog mereka sebagai kaedah membalas jasa mereka.


Seperkara lagi, bukan aku tak mahu masukkan semua link ke blog yang telah memfollow blog aku dan telah aku follow balik, cuma jumlahnya terlalu banyak dan bakal memenuhkan blog aku nanti. Jadi aku cuma masukkan link beberapa blog yang aku rasa cukup bagus dan betul-betul menarik untuk dibaca, yang aku letakkan di bawah label 'Jawatankuasa PIBG'. Blog-blog ini adalah blog-blog yang wajib aku baca setiap kali mereka ada entri baru. Bukan bermakna aku suka blog mereka kerana kebanyakan mereka sudah ternama atau popular, tetapi kepopularitian mereka memang setanding dengan bagusnya blog mereka. Serius. Cubalah jengah. Terbaik dari ladang!

Apapun, terima kasih kepada semua follower yang sudi memfollow blog aku yang sangat tak ada apa-apanya ni. Jangan takut, siapa pun yang follow blog aku, insya allah aku akan follow balik blog mereka tak kira siapa pun dia.

Salam Deepavali untuk semua yang menyambut.
Related Posts with Thumbnails