Baru habis baca novel ni semalam. Buku yang terpilih untuk bulan Februari ni tajuknya Can You Keep A Secret oleh Sophie Kinsella atau nama sebenarnya Madeleine Wickham. Two thumbs up. Menarik dan buat aku tak nak berhenti baca. Permulaan cerita je dah digarap dengan menarik. Gaya penulisan Sophie sangat bersahaja, jujur dan sangat funny, okeh. Kamu bukan manusia normal kalau tak tergelak berkali-kali waktu baca novel setebal 400 halaman ni. Setiap kali dah habis satu bab, akan rasa tak sabar untuk baca bab yang berikutnya.
Mengisahkan tentang Emma Corrigan yang digambarkan sebagai gadis biasa yang punya banyak rahsia peribadi (siapa yang tak ada, kan?) dalam hidup. Keseluruhan cerita bermula apabila Emma telah membuka semua rahsia peribadinya dalam hidupnya selama ni secara tak sengaja kepada seorang lelaki asing yang tak dikenali dalam penerbangan yang mengalami sedikit masalah. Berharap semoga kesilapannya akan terlupakan dengan keyakinan bahawa dia tak akan berjumpa lagi dengan lelaki tersebut selepas ni, Emma terjun ke dalam masalah baru bila lelaki tersebut rupa-rupanya adalah pemilik syarikat gergasi tempat dia bekerja. Interesting kan? Nak tau kelanjutan cerita, sila google atau dapatkan terus di kedai-kedai buku berhampiran.
Ni lah rupa bukunya. Untuk sesiapa yang nakkan bacaan ringan dan nak tergelak memanjang, takde adegan sedih-sedih lap air mata dan air hidung, aku sangat syorkan novel ni. Percayalah, memang berbaloi.
Aku bagi 4 bintang untuk buku ni.
Thursday, February 23, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah...
Sila sambung pantun klasik di atas. Haa, ayat yang korang sebut tu lah sebenarnya tajuk entri aku hari ni. Yang tak tau, sila hantuk kepala kat dinding.
Tak silap aku, masa tu aku masih di tingkatan 3 atau 4. Satu hari, kereta Wira biru yang bapak aku pakai masa tu rosak, jadi bapak aku terpaksa hantar aku ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 10 kilometer naik motor kapcai. Bukannya aku malu pun naik motor tu, sebab sebelum ni pun memang dah biasa pergi sekolah naik motor. Yang jadi masalahnya, dari rumah lagi aku pandang atas, langit memang dah gelap gulita. Tandanya nak hujan lebatlah tu. Bila dah duduk atas motor tu, aku dah berdoa sungguh-sungguh supaya hujan tak turun. Malangnya, doa aku tak diperkenankan, sebab baru separuh jalan, hujan dah turun mengguyur selebat-lebatnya. Tak payahlah aku terangkan macam mana keadaan aku dan bapak aku masa tu. Nak berhenti tepi jalan, tak ada tempat berlindung pun. Kalau rasa nak hangus kena panah petir, bolehlah kami berteduh bawah pokok-pokok besar kat tepi jalan. Tapi aku belum ready nak mati.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ada sebijik kereta merah, jenisnya aku tak berapa nak ingatlah, lalu kat sebelah kitorang. Pemandu dia perlahankan kereta dan bagi signal suruh berhenti. Woh, apakah? Aku dah takut. Bila dia turunkan cermin kereta, aku nampak kawan sekolah aku duduk kat sebelah bapak dia yang jadi pemandu. Rupanya dia nak tumpangkan aku ke sekolah. Simpati agaknnya tengok aku lencun dengan hujan kat tengah-tengah jalanraya. Ya Allah, terharunya aku. Ada jugak manusia yang baik hati macam tu ye. Yelah, bukan semua orang sanggup tumpangkan orang yang tengah basah kuyup untuk duduk kat seat kereta dia. Aku macam teragak-agak nak masuk sebab memang aku tengah basah luar dalam. Hee. Kalau korang, sanggup tak? Bila dia kata masuk cepat sebab hujan makin lebat, aku pun masuklah dan duduk terkepot je kat sudut kereta. Takut seat kereta basah. Air mengalir dari baju dan kain aku sampai berlandung kat lantai bawah tu. Rasa bersalah pulak.
Pakcik budiman tu hantar aku sampai masuk kawasan sekolah. Padahal aku bukanlah baik sangat dengan anak dia. Kenal gitu-gitu je. Tak pernah sekelas pun. Keluar dari kereta, aku ucap terima kasih sepenuh keihklasan. Sepenuh keihklasan, ok. Masa tu aku rasa dialah manusia yang paling baik atas muka bumi ni. Berbakul-bakul aku doakan kesejahteraan untuk dia, dimurahkan rezeki anak beranak dan diberkati hidup sampai mati. Jasa dia betul-betul berbekas kuat dalam hati aku sebab sampai sekarang pun aku masih tetap ingat kejadian hari tu walaupun mungkin pakcik tu dah tak ingat langsung pada aku.
Tiap kali terserempak dengan pakcik tu yang dah makin tua dengan semua rambut yang dah putih naik basikal keliling kampung, kereta merahnya mungkin dah lama tak boleh dipakai, aku akan perlahankan kereta dan pandang dia dengan muka.. muka apa ye? Muka yang macam inilah-dia-orang-baik-yang-pernah-aku-jumpa-dan-semoga-tuhan-membalas-segala-kebaikannya-amin-

Budi yang baik dikenang juga.
Labels:
Memori
Kempen '1 Bulan 1 Buku' - Januari
Buku bulan Oktober
Buku bulan November
Buku bulan Disember
Eheh. Baru nak upload gambar padahal dah sebulan lepas habis baca. Tu pun gambar ambik dari pakcik Google je. Malas nak tangkap gambar buku. Dah simpan baik-baik dalam rak buku. Buku untuk bulan Januari 2012 ni tajuknya 'Garden Spells' oleh Sarah Addison Allen. Jalan cerita, boleh tahan. Tapi, belum cukup kuat untuk buat aku tak nak berhenti baca dan belum mampu buat aku rasa macam wah-semoga-buku-ni-jadi-lebih-tebal-dan-tak-habis-habis-dibaca. Ada unsur fantasi, magis dan modern fairy-tale.

Untuk sinopsis, sila baca sini. Kalau nak bagi bintang, aku bagi 3.5.
Labels:
Kempen 1 bulan 1 buku
Friday, February 3, 2012
Keropok magic
Aku nak minta maaf pada blog ni sebab dah lama benar tak update. Aku tak tulis minta maaf pada pembaca sebab macam perasan blogger femes yang ramai follower pulak kalau tulis macam tu. Mana ada orang sengaja datang nak baca entri dalam blog aku, kecuali yang tersesat.
Aku belum ada mood nak menulis panjang-panjang dan berat-berat.
Petang semalam waktu sedang goreng keropok ikan parang yang Encik Papa beli di pasar malam, malam Selasa yang lalu, tiba-tiba aku teringat satu rancangan memasak di tv. Kalau tak silap, tajuknya 'Yan Can Cook'. Aku malas nak ambil tau, korang pernah tengok atau tak rancangan tu. Yang aku ingat, dalam satu rancangan tu, si chef yang namanya tentulah Yan, takkan Seman pulak kan, menggoreng sejenis keropok berwarna-warni untuk dijadikan hiasan pada hidangan yang dah disiapkan. Kalau tengok pada jenisnya, tu mungkin keropok dari tepung beras sebab mak aku selalu buat masa aku kecik-kecik dulu. Intisari cerita ni kat sini. Ada ke waktu sedang menggoreng tu dan keropok tu mengembang bila dah masuk dalam minyak panas, si chef tu dalam nada teruja dan bersungguh-sungguh kata macam ni, "See, it's magic. Wow, it's so magic." Keropok tepung beras mengembang dalam kuali adalah magic, okeh. Harharharun.
Terer betul makcik Senah yang buat keropok ni pakai tangan dan tinggal di kampung nelayan, buat benda yang magic macam tu.
.................................

![]() |
| Kopok magic. |
Labels:
Cerita rawak
Monday, January 16, 2012
Norizan Ahmad yang ku kenal
Sekian lama cari masa yang sesuai untuk tulis entri ni, akhirnya berjaya juga aku paksakan jiwa dan raga untuk menaip. Entri kali ni istimewa untuk kawan aku sejak kecik, Norizan Ahmad yang kalau kamu kenal dia 14 tahun nan silam, mungkin agak susah nak cam dia sekarang.
Aku kenal dia sejak dari sekolah rendah. Kat sekolah, dia ratu pecut kat trek. Agaknya sebab badan dia ringan sangat masa tu, tu yang ringan je ditolak angin. Kami agak rapat waktu aku tinggal dekat dengan rumah dia. Kalau tak silap masa darjah 2 atau 3. Kami selalu naik basikal sama-sama ke sekolah. Waktu tu aku ada basikal warna biru. Biasanya aku yang bonceng dia dan kadang-kadang dia yang bonceng aku. Orangnya taklah banyak sangat cakap. Tapi dia ni lawak. Aku teringat kat awek Popeye yang nama Olive tu kalau teringat kat dia masa sekolah-sekolah dulu. Sekarang ni aku teringat kat Bluto pulak, musuh ketat Popeye tu. Kehkeh. Ko tak marah kan, Jang?
Kebetulan pulak, tahun 2008 kompeni tempat dia kerja perlukan seorang staff di office. Mungkin dah takdir, kami sekali lagi berjumpa di alam kerja. Dah jauh berubah dari Norizan Ahmad yang pernah aku kenal dulu. Mungkin sebab dah dewasa, matang dan banyak pengalaman. (Chewah!) Seronok kerja dengan dia kat situ sebab kami selalu buat perangai gila-gila. Walaupun kadang-kadang, biasalah, mesti ada sikit konfrontasi dalaman, tapi siapa yang tak pernah, kan? Dia bagi aku, seorang penyelesai masalah. Kalau dia ada, insya-allah mesti banyak problem boleh settle. Tu yang aku agak kagumlah dengan minah ni.
Setelah bertahun-tahun kerja satu tempat dengan dia, akhirnya satu hari dia bagitau aku yang dia nak resign sebab dapat offer dari tempat lain. Mula-mula aku tak ambil kisah sangat sebab mungkin dia tak serius nak pindah kerja, memandangkan dia dah kerja kat tempat ni hampir 12 tahun! Tapi rupa-rupanya dia serius nak pindah, tu pun lepas main tarik tali sana-sini. Aku tau, dia pun berat hati nak pindah. Berat juga hati nak terima keputusan dia. Tapi, untuk masa depan dan kebaikan dia, aku rasa mungkin tu jalan terbaik walaupun kadang-kadang aku ada jugak doakan biar dia tak betah dan serasi dengan tempat kerja baru dan kembali semula kat tempat lama.
Jang, seriously, lepas dapat tau kau dah betul-betul bulat hati nak pindah kerja, aku murung sekejap dalam 2,3 hari tau. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Ye lah, dah lama tu kita habiskan masa 8 jam sehari sama-sama kat opis ni, kongsi semua benda, walaupun kau selalu ngendeng makanan yang aku bawak sampai licin, tapi aku tetap rindu dengan semua benda yang kita pernah buat sama-sama. Ijang yang aku kenal walaupun turut dikenali sebagai tong sampah bergerak (kehkeh), tapi pada masa yang sama adalah si pengongsi makanan yang bagus. Sebabnya, dia selalu bawak makanan ke opis, makan sama-sama dengan kawan walaupun bahagian dia adalah 80% lebih berbanding pihak lawan. Tu aku tak berapa kisahlah sebab kapasiti ruang makanan dalam perut dia memang jauh lebih besar dari milik aku.
Kat tempat baru, aku tak pasti sama ada kau boleh lalui semua benda yang pernah kau lalui kat kompeni kecik ni. Kompeni yang banyak mengajar kau banyak benda dan tau sekurang-kurangnya banyak benda, walaupun takde istilah-istilah canggih dan sistematik macam kat tempat baru ni. Tapi aku percaya, sejauh mana pun kau pergi, hati kau akan tetap kat tempat kecik yang cikai ni. Sebab kat sinilah kau habiskan hampir separuh dari umur kau sekarang. Kau mesti akan rindu banyak benda yang kau tak boleh jumpa kat tempat lain walau secanggih manapun tempat tu. Aircond baik punya, boss kembar, apek tua, accountant yang suka nyanyi opera cina, printer canggih yang senyap, bla,bla,bla. Tapi tetap ada internet dan facebook dan blogger dan semua benda yang tak disekat oleh boss.
Ijang, aku tau kau tak suka aku panggil ko Ijang. Tapi nama tu unik, apa. Kau patut terima kasih kat Eddie Mokial sebab bagi kau nama tu. Nama tu memang spesel untuk kau. Tak ada galang gantinya Ijang bagiku. Kat tempat baru ni, aku harap kau dapat turunkan berat badan kau macam yang kau impikan. Lebih berdisiplin, lebih berprestasi dan lebih berkarisma supaya gaji kau terus mencanak naik, tak macam kat tempat lama yang perlukan aku terus menagih gaji sendiri. Uhuk! Mungkin satu hari kalau ada rezeki, kita boleh kerja tempat yang sama lagi dan kita boleh berjimba sama-sama dicelah timbunan kerja yang melambak. Setahun dua lagi, kalau umur kita masih panjang dan ada lowongan kerja kat tempat kau, pandai-pandailah kau dail nombor handphone aku ye.
Salam mesra untuk sahabatku Ijang. Kirim salam untuk boss kau yang baru balik dari Dubai. Tak macam boss aku yang baru datang dari Taman Maju Jaya saja.

![]() | |
| Kenangan terindah dengan korang. |
Labels:
Memori
Thursday, January 5, 2012
Hari pertama mereka di sekolah
Sayanglah, tak ada jurukamera dari tv3 atau harian metro yang datang sekolah tangkap gambar kembar aku masuk berita dan sokkaba. Kalau tak, boleh tumpang glemer!
4 Januari 2012, bermulalah sesi persekolahan tahun ni. Maka ramailah mak bapak yang ambil cuti untuk hantar anak masuk sekolah. Alyaa dan Alysaa bersekolah agama di sesi pagi dan sekolah kebangsaan di sesi petang. Ini adalah rutin bagi pelajar beragama Islam di negeri Johor. Aku ingat si kembar akan meraung-raung macam hari pertama masuk tadika dulu, rupanya tidak. Steady je. Hantar masuk kelas dan tunggu tak sampai 15 minit, aku dan encik Papa pun balik tanpa ragu. Teringat masa hari pertama aku masuk sekolah dulu, tak boleh renggang dari tepi tingkap. Mata asyik fokus pada mak kat luar kelas. Dia bergerak sikit, aku terus lari keluar kelas, tak peduli kiri kanan. Shhh! Jangan cerita pada si kembar. Jatuh gengsi aku!
Walaupun Alyaa dan Alysaa terpisah kelas, Alyaa di kelas 1 Arif dan Alysaa di kelas 1 Bijak, tapi nasib baik diorang dapat adapt dengan suasana baru terutamanya Alysaa yang kebanyakan murid dalam kelas tu dia tak kenal langsung sebab berlainan tadika. Kesian jugak sebab diorang jarang berpisah, tapi tak boleh buat apa sebab kedudukan kelas berdasarkan result test penentuan kelas hari tu. It's a new thing, tapi pasti ada hikmah.

| Ready untuk sekolah agama sesi pagi. |
| Beratur sambil dengar taklimat dari ustazah. |
| Dalam kelas 1 Arif. Budak lelaki tu kemain mengayat si Alysaa :p |
| Sekolah kebangsaan, Alysaa monyok dalam kelas 1 Bijak. |
| Alyaa pulak ceria di kelas 1 Arif. |
Subscribe to:
Posts (Atom)