Friday, February 14, 2014
Bila saatnya otak aku berkapasiti rendah
Cilake betul. Bila time aku tak bukak blog ni mencurah-curah idea datang sampai aku rasa nak sumbat dalam botol biar aku tak lupa. La ni bila aku dah melanguk ngadap tablet sendu ni, semua pun hilang. Aku pakai otak kapasiti berapa megabait pun tak taula.
Wednesday, February 12, 2014
Rayyan kena alergi!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Gile. Lama sangat tak jenguk blog ni sampai url blog sendirik pun aku lupa.
Aku sebenarnya dah lama nak membebel dalam blog sendu ni. Tapi banyak pulak halangannya.
Last-last, hari ni dengan kuat semangatnya, aku try jugak masukkan 2,3 patah kata.
Nak aktif balik macam dolu-dolu memang tak lah kan.
The latest pasal aku, pasal Rayyan sebenarnya, dah dekat 3 minggu kena alergi.
Penyebab tak berapa nak pasti, startnya kulit Rayyan timbul bintat-bintat merah-merah macam kena gigit nyamuk gitu.
Aku yang tak tau tu sebenarnya tanda-tanda alergi ingatkan tu cuma bekas gigit nyamuk.
Sapu minyak kapak tanda merah tu hilang sampailah satu malam tu banyak gila timbul, penuh satu badan sampai dia tak boleh tidur. Dan-dan aku hangkut pergi hospital malam-malam buta.
Kata doktor, tu alergi. Mungkin sebab makanan, hama, habuk atau apa-apa je.
Dapat ubat minum dengan ubat sapu. Tapi sampai ubat dah habis, tanda-tanda merah tu masih lagi timbul.
Dia bukan sentiasa timbul tau, tapi sekejap ada, sekejap takde. Dah macam biskut pulak.
Akhirnya aku try bagi Transfer Factor dan alhamdulillah, bintat-bintat merah tu dah tak timbul.
Tapi timbul pulak benda lain. Dekat bahagian pelipat-pelipat badan dia macam pelipat lengan, leher, sampai kat lengan dengan peha pulak timbul ruam-ruam merah. Yang ni tak hilang-hilang. Menggerutu dan memang gatal gila sebab tengok cara dia garu tu, mak aih macam nak tanggal kulit. Bawak klinik lagi tapi bukan klinik yang first dulu, dan kata doktor, tu eczema. Dapat ubat sapu dengan ubat tahan gatal.
Tak lama lepas tu, bintat-bintat merah yang mula-mul muncul dulu datang lagi. Tu lepas aku bagi dia makan ikan bilis. Aku try google dan rupanya ikan bilis antara benda yang tak sesuai untuk orang yang alergi ni. Selain tu, benda-benda yang dah disimpan lama dalam peti sejuk - sebab makanan tu dah menghasilkan histamine (kalau tak silap), makanan-makanan dalam tin dan of course makanan laut.
Aku bawak lagi pergi klinik. Kali ni aku bawak pergi hospital yang mula-mula aku bawak tu. Adoi, dapat pulak doktor mulut pancaran laser ultra ungu, berasap telinga aku kena bebel sebab pandai-pandai bawak pi klinik lain. Sebab katanya, kalau bawak pi klinik lain, doktor dah susah nak tau ubat apa sebenarnya yang sesuai dengan Rayyan. Nanti sistem badan dia pun pening sebab macam-macam makan ubat. Ok, fine, aku ngaku salah. Lastly, dia kena rawat balik dengan ubat macam yang first dulu. Dan doktor jelaskan penyakit si Rayyan ni ikut istilah perubatan dipanggil urticaria.
Sekarang alhamdulillah, alergi dan ruam-ruam merah kat badan dia pun dah agak kurang. Cumanya aku kena jaga makan dia. Tak boleh makan sembarang dan setiap kali lepas mandi kena sapu ubat kat badan dia. Tapi aku bayangkan, ada lagi mak-mak lain yang lebih besar dugaannya bila Allah turunkan dugaan penyakit yang lebih kronik dari setakat alergik si Rayyan ni.
Alhamdulillah. Penyakit tu kan penghapus dosa.

Tuesday, October 8, 2013
Kejutan indah. (Puiiii!)
Bismillahirrahmanirrahim...
Masya allahhhh. Dah berapa dekad aku tak jenguk blog berlumut ni. Ada blog rupanya aku.
Sementara nur keinsafan masih membuak-buak dalam jiwa ni, aku pun tak lepas peluang untuk bagi sentuhan sikit kat blog terbiar ni. Biar semua tau, aku masih HIDUP ye.
Sekian, terima kasih.

Labels:
Cerita rawak
Monday, June 24, 2013
Bukan intan terpilih
Menjadi anak yang tak termasuk dalam list anak pilihan atau anak terpilih bukanlah satu benda luar biasa, aku rasa. Semua anak memang disayang mak bapak, tapi mesti ada yang tersayang. Ni kata mak mertua adik aku, yang aku rasa memang ada betulnya.
Antara ciri-ciri anak pilihan ni, antaranya, apa saja keinginan dia, seboleh-bolehnya mesti nak ditunaikan. Tapi yang paling ketara, kalau dibelikan barang untuk semua anak, yang tersayang ni mesti akan dapat yang paling bagus, atau mahal atau cantik. Anak pilihan ni biasanya ada kelebihan lah banding dengan adik-beradik lain. Contohnya lebih pandai, lebih cantik, lebih baik dan patuh atau ada masa depan yang lebih cerah berbanding yang lain. Anak dalam kumpulan ni biasanya jadi kebanggaan mak bapak bila topik berborak antara mak bapak dengan sedara-mara atau kawan-kawan adalah berkisar pasal cerita tentang anak-anak. Anak aku belajar tinggi 8 tingkat, anak aku gajinya segini, anak aku kerja kat sini, anak aku keretanya besar ni, atau anak aku tiap bulan hulur duit seguni. Heh, beritma pulak. Dah macam gurindam.
Mak bapak biasanya akan letak harapan setinggi gunung untuk anak pilihan ni. Nak anak tu berjaya, dapat kerja bagus, gaji besar, berlaki atau berbini orang-orang hebat dan boleh jaga mak bapak kelak. Tapi tak elok sebenarnya bersikap pilih kasih ni. Anak-anak yang lain pun ada perasaan. Mungkin mak bapak tak nampak, tapi dalam hati diorang, cuba try selam. Mesti ada feeling sentap sikit. Lagipun tak semestinya anak yang kita harap-harapkan boleh jaga kita bila dah tua nanti, betul-betul boleh jaga kita. Mungkin anak-anak yang lain tu jugak yang boleh diharap nanti, kan? Manalah kita tau masa depan tu macam mana. Mungkin hari ni kita pandang rendah pada anak-anak yang tak berapa nak menjadik tu, tapi mana tau esok-esok lusa nanti anak tu jugak yang boleh buat hidung kita kembang penuh kebanggaan..
Untuk anak-anak yang masuk dalam senarai anak pilihan tu, syukurilah dan hargailah kasih sayang melimpah mak bapak untuk kita. Untuk anak-anak yang tercampak dalam kategori kurang perhatian sebab tak ada kelebihan macam golongan satu lagi tu, sabarlah sebab nasib dan masa depan masing-masing belum ternoktah lagi. Mungkin sekarang anda belum ada kelebihan yang orang nampak dan belum ada sesuatu yang boleh dibangga-banggakan bila mak bapak berborak dengan orang lain. Usaha, kerja keras dan tawakkal kepada Allah mungkin boleh merubah masa depan sebab siapalah kita nak meramal masa depan orang lain macam mana kan? Kot-kot dapat jadi jutawan ke, kan?
Intipatinya, jangan pilih kasih. Sayang anak-anak sama rata. Walaupun mungkin sekarang aku sayang si kecik Rayyan lebih sikit, tapi standardlah sebab dia paling kecik dan masih kecik lagi, Insya allah, nanti dia dah besar sok, kalau nakal-nakal jugak macam kakak kembar dia, tetap kena ketil jugak kat betis.
notakaki: dapat ilham nak tulis pasal ni bila tengok rancangan Perihal Generasi kat TV Suria, Singapura yang bincang pasal pilih kasih antara anak-anak.

Persepsi
Wednesday, June 12, 2013
Tak pernah cukup
Pesallah manusia ni selalu rasa tak pernah cukup ek? Dah dapat yang tu, nak yang ni pulak. Dah dapat tang peha, nak perut pulak. Dah dapat gelang tangan, nak rantai leher pulak. Dah ada kereta comel nak yang lagi beso lagi. Terbuktilah aku ni manusia biasa dan bukan manusia luar planet, sebab selalu jugak feeling tak pernah cukup tu datang. Selalu berangan nak lagi lebih dari apa yang ada sekarang. Tapi bila check dari segi kemampuan tak berapa nak mampu, maka kemamlah keinginan tu diam-diam. Insya allah, ada rezeki boleh dapat jugak nanti.
Sebagai rakyat marhaen yang memang tak sempurna langsung dan tak boleh nak lari dari persamaan perangai dan sifat yang tipikal dan natural dalam kalangan manusia biasa yang lain- amboih, sungguh ilmiah penggunaan ayatnya- aku yakin bebeno korang pun sama dengan aku kan? Hoh, tak payah nak sok-sok suci kata orang Jakarta.
Feeling nak lagi lebih tu takkan boleh hilang selagi kau bergelar manusia. Tapi mungkin boleh dikurangkan. Maka bangkitlah kaumku! Kawallah 9 nafsu yang kau ada!!
Kuikuikui.

Muhasabah diri
Friday, May 10, 2013
Sabar dan pelangi
Lately, banyak benda yang jadi. Tapi macam biasa, aku bukan jenis yang buat blog macam jurnal hidup. Tak macam kebanyakan blogger yang kau rasa boleh kenal dia luar dan dalam dengan baca blog dia je, sebab semua benda dia war-warkan dalam tu.
Aku taknak cerita pasal pilihanraya umum. At least, lagu Jom Kita Mengundi by Tomok, Black dan 2 orang pompuan yang aku tak ingat nama tu dah takde tayang lagi kat TV. Kot tak, kau boleh dengar sape-sape je dalam rumah ni sambil buat kerja pun boleh hummingkan lagu tu. Termasuk aku, ok. Baru dengar 3 kali aku dah boleh hapal lirik. Dan nyanyi penuh semangat sambil basuh pinggan. Oh-oh, dan nyanyi secara berjemaah dengan si kembar. (-_-"
Dan ini, yakni mengupdate blog di tengah malam buta adalah 1 keadaan yang luar biasa.
Hurmm..
Korang pernah tak rasa, bila korang terlalu bersabar dalam apa-apa pun perkara, nanti hujung-hujungnya korang akan harapkan ada pelangi yang muncul? Aku, ya. Bila aku rasa aku cukup sabar bertahan dalam apa situasi sekalipun, walaupun aku mampu untuk buat benda yang jauh lebih baik kalau aku tinggalkan benda yang aku tengah buat tu, secara automatik mesti aku akan sedapkan hati sendiri dengan keyakinan yang pelangi akan muncul kat hujung kesabaran tu. Kadang-kadang tu memang ada pelangi. Dan kadang-kadang pelangi tu tak muncul-muncul. Kadang-kadang jugak, pelangi tu muncul kejap je. Lepas tu hilang pelan-pelan.
Ni apa kes pulak berfalsampah tengah-tengah malam buta ni ye?
Tapi aku yakin, setiap kesabaran tu mesti ada ganjaran yang manis menanti. As long as benda yang kau sabarkan tu eloklah. Kalau dah tak sabau-sabau nak curik durian Tok Mail malam karang dengan geng-geng kau tu lain cerita la. Manis yang kau dapat lain pulak rasanya.
Dah sepelaung aku merepek. Sebelum berpanjangan lagi sedepa, ada baiknya aku undur diri.
![]() |
| dah tak tau nak letak gambar apa, ni kira boleh lah.. |
Labels:
monolog diri,
Persepsi
Subscribe to:
Posts (Atom)