Tahun lepas kemain aku excited sebab si kembar baru masuk darjah 1. First day sekolah, siap ambil cuti 1/2 hari, nak hantar diorang.
Tapi ini tahun, semua relax je. Diorang pun dah pro. Tak payah lagi nak berantar2 bagai.
Pulak tu tahun ni, sekolah agama dapat sesi pukul 10.15 pagi sampai 11.45 pagi.
Jadinya, kenalah diorang bersiap-siap sendiri kat rumah sebab aku kat opis masa tu.
Macam tahun lepas, masuk sekolah agama pukul 8.45 pagi, masih sempat lagi aku yang siapkan apa semua, hantar diorang sekolah sebelum pergi kerja.
Dah besar nak, pepandailah kau handle semua ye.
Nak masuk sekolah ni, excited sungguh bebudak kecik tu.
Maklumlah, dapat bag baru, kasut baru, baju baru. Serba-serbi baru. Nak show off le teww.
Tahun lepas punya bag sekolah dah hancur bancai macam apa. Tu pun aku tahankan je, suruh diorang pakai sampai habis sekolah. Bag sekolah takde brand, gambar je cantik. Angry birds. Kualiti macam haremmm.
Bayangkan, baru sekolah 3 hari dah banyak yang tetas sana-sini.
Aku dah serik beli bag yang harap gambar je lawa. Indah khabar dari rupa. Bagai aur dengan tebing.*tiba-tiba*
Sebab tak sanggup nak tengok diorang usung karung bawang sana-sini (bag sekolahnya penuh ngan jahitan encik Papa yang cantik lagi jahitan guni bawang tu), aku belikan je bag Swan.
Aku masa sekolah pun tak pernahnya dapat merasa pakai bag sekolah Swan.
Kalau tahun depan bagnya masih elok, sila pakai selagi boleh ye, anak-anak.
Kalau ada anak yang dah bersekolah ni, masuk bulan 12 memang start la cerebrum otak para ibu-bapa akan mengalami sengal-sengal ringan.Ni baru si kembar yang sekolah, dah menggigil nak keluarkan duit dari wallet.
Tahun depan lagilah, si Rayyan pun dah start masuk tadika.
Tadika punya yuran pun dah dekat-dekat macam IPT punya yuran pendaftaran.
Untuk ibu-bapa yang berpendapatan sederhana dan taknak buat banyak pembaziran pada benda-benda yang tak berapa nak penting, kita kena kawal emosi berbelanja.
Kena bijak berbelanja. Memang semua nak yang terbaik untuk anak. Tapi kadang-kadang, sikap tu lah yang rosakkan anak-anak kita sendiri.
Bila diaorang dah dibiasakan dengan benda-benda yang mahal-mahal dan branded, nanti sampai ke besar dia bawak idealogi bahawa yang branded dan mahal tu adalah yang terbaik.
Yang brand-brand biasa diaorang dah tak pandang lagi. Siapa yang susah? Kiteee jugak.
Padahal ada je barang tak berjenama yang lebih berkualiti dari yang berjenama. Kecuali bag Angry Birds yang aku beli tahun lepas tu la.
Nama nak berbelanja mewah untuk anak-anak sebab nak menunjuk-nunjuk pada orang yang kita ni berduit dan high class, memang taklah bagi aku.
Baik aku simpan duit tu untuk masa depan diorang.
.
.
.
.
.
.
Fuh. Memang kompom takde orang nak kawan dengan aku.
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Wednesday, January 2, 2013
Monday, November 5, 2012
Confessions of a non-shopaholic
(Tajuk kemain berprofil tinggi, ko!)
Cuti hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti membocorkan dan menipiskan poket. Statement macamlah jutawan-syarikat-direct-selling-posing-depan-kereta-mewah.
Cuti hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti membocorkan dan menipiskan poket. Statement macamlah jutawan-syarikat-direct-selling-posing-depan-kereta-mewah.
Aku jarang belanja untuk diri sendiri. Tapi disebabkan bulan ni cuti sekolah dah nak start dan aku sefamily ada planning nak ke somewhere, maka aku kena buat anjakan paradigma dengan mengupgrade beberapa barang peribadi yang bergred rendah ke gred yang up sikit. Gred rendah bagi aku adalah kondisi barang yang memang dah nak kena campak dalam tong sampah, ye tuan-puan.
Disebabkan aku ni bukanlah jenis yang pentingkan sangat jenama, maka aku kurang koleksi barang-barang berjenama yang harganya boleh buat mulut berbuih seterusnya menggelupur atas lantai tatkala nak bayar di kaunter. Bagi aku, jenama tak penting, yang penting berkualiti dan cantik dipandang. -->Ini dipanggil statement orang kedekut taik idung masin.
Nasib baik aku takde kawan dari golongan-golongan elit yang kerjanya suka mencebik bibir 4 1/2 inci kalau tengok jenama handbag kau bukan dari butik-butik femes yang nak masuk pun segan sebab mesti tak kena layan dengan sales assistant dia yang kerek semacam. Mentang-mentanglah barang-barang aku semua made in Malaysia je, kau pandang aku tak pakai mata ye, cuma pakai telinga je. Barang-barang made in Malaysia pun ok apa. Macam Summit, Padini, Bonia, Fabiano Ricco. Kualiti ok, harga pun affordable. Bukannya orang nak belek pun tag baju or bag yang kau pakai. Apatah lagi nak tanya harga, kan?
Alangkan barang pasar malam pun aku layan, inikan pulak barang-barang tak berjenama yang jual kat kedai-kedai biasa. Tak pernah pulak aku dengar orang mati ke, bersopak atau berkudis buta sebab pakai barang-barang tak berjenama international ni. Aku rasa orang yang gila jenama ni lagi-lagi kalau bukan dari golongan yang memang dah sedia mewah sampai dah tak tau nak buang duit ke mana atau stok-stok yang sanggup ikat perut semata-mata nak beli barang-barang mewah ni, sampai takde simpanan langsung sebab nak bergaya high class, memang bangang tahap cipan hutan simpan lah. Woh, dah duit dia, suka hati dialah nak buat apa pun. Ha'ah ek? Lainlah kalau dia pinjam duit aku pastu nak bayar pun pakai skim flexi credit 48 bulan tanpa bayaran untuk 3 bulan pertama.
Bershopping tanpa menetapkan misi, tak macam si Hanis Zalikha dalam Mad Markets TV9 tu, bukan setakat buat wallet je cepat menipis tanpa kawalan hadlaju, malah rambut pun cepat tertanggal dari paksinya. Sebabnya, bila tak plan nak beli apa, apa je yang kau nampak cantik, menarik dan tertarik da bomb tebaboo sepanjang perjalanan, laju je tangan nak capai. Lepastu bila dah hujung-hujung bulan, habis tertanggal-tanggal rambut sebab tengok budget dah lari banyak pada benda-benda yang tak penting. Sebab tu kalau aku keluar beli barang dapur, biasanya kat Tesco atau kedai runcit Pak Din dekat-dekat rumah tu, seboleh-bolehnya aku akan tulis kat kertas barang-barang yang aku nak beli. Jadinya, dah sampai destinasi, otak akan tertumpu pada benda-benda yang tertulis SAHAJA. Lain dari tu jangan pandang. Tapi kadang-kadangnya punn, tergagal dan terbabas jugak misinya. T_T
Mad Markets, Hanis Zalikha dan misi-misinya banyak membantu bila keluar bershopping ke mana-mana sekarang ni. Selain kau boleh bayangkan diri kau cun dan hot macam Hanis Zalikha, duit pun boleh save banyak. Macam aku dengan si gigi besi, kitorang dah setkan apa nak cari dan beli sejak dari rumah lagi. Bila dah sampai destinasi, terus tuju kat tempat tu. Jadi hujung minggu yang baru lepas ni dapatlah beli kasut bertutup Fabiano Ricco warna merah di Tesco, bag sandang belakang warna pink, bra dan pentis brand Scarlet di Jusco, dan sehelai tudung tak berjenama di Kip Mart. Semuanya dalam budget yang tak sampai pun RM200.
Sekian saja rancangan Pasar Gila bersama saya Hanis Zalikha kali ini, jumpa lagi dalam rancangan akan datang!! Bluwekk! Penduduk kampung pun muntah secara berjemaah.
![]() |
Mission accomplished! |
Friday, November 2, 2012
Dari mama kepada mama
Bila dah dapat tittle emak, secara automatiknya separuh daripada masa yang biasanya kita peruntukkan untuk diri kita sebelum kahwin atau sebelum ada anak, adalah: terpaksa dikorbankan.
Contohnya sebelum ada anak, kalau mandi paling kurang pun ambik masa dalam 15 minit. Tu baru buat benda-benda yang basic je dalam tu. Belum lagi mandi lulur, pakai conditioner rambut, sental itu, sental ini, shave itu, shave ini. Ataupun lepas mandi, minimum masa yang kita pakai untuk bersiap pun mesti dalam 10-15 minit. Tu belum lagi kalau bersiap nak keluar ke mana-mana. Dah tentu-tentu setengah jam tu paling cepatlah kalau bersiap.
Tapi once kau dah dapat anak, lagi-lagi kalau anak masih baby, semua akan berubah secara total dan drastik. Mandi 5 minit pun dah boleh siap. Dah siap mandi, sarung semua benda tepek bedak sikat lebih kurang, kejap je dah tercegat siap nak teruskan aktiviti lain. Tapi kalau bab bersiap nak keluar rumah akan ambik masa yang lebih lama banding dengan sebelum ada anak dulu. Sebabnya, lepas kelentung-kelentang siapkan diri sendiri sampai pakai eyeliner (kalau sempatlah) pun senget sebelah, kau terpaksa siapkan anak pulak. Dengan persediaan diapersnya, susunya, baju sparenya, puting, stokin, topinya, tu semua nak kena sumbat dalam bag yang saiznya boleh masuk setandan pisang. Dulu-dulu kau ada terfikir nak bawak bag besar gedabak macam tu ke hulu ke hilir?
Dulu masa belum banyak pengalaman jadi mak, aku selalu lambat makan sebab utamakan nak suap anak makan dulu. Tapi arwah nenek aku bising. Dia kata, jaga makan minum kita dulu, jaga kesihatan diri kita dulu. Sebab kalau kita dah sakit, siapa yang nak jaga anak-anak kita? Dulu aku all out untuk anak, sampai diri tak terjaga macam mak orang beranak 8. Aku rasa kalau dalam sehari tu ada 25 jam pun tak cukup untuk uruskan semua benda lagi-lagi untuk anak. Tapi akhirnya baru aku sedar, semua benda kat rumah tu bertonggakkan pada kita- sebagai mak. Kalau maknya sakit, tak sihat, tak mampu nak uruskan semua benda, secara automatik semuanya jadi tunggang langgang. Pastu kalau maknya manjang selekeh macam mak lampir sakit gigi, dengan baju gedobos rambut kepam, kompom laki kau pergi carik bakal mak tiri untuk anak-anak kau.
Moral ceramah aku pada hari Jemaat nan mulia ni, walau sesibuk mana pun kita sebagai mak (tak kiralah suri rumah sepenuh masa atau mak berkerjaya), mesti ada masa yang kita sparekan untuk diri sendiri. Sebab kita terlalu sayangkan anak-anak, jagalah dulu diri kita dan kesihatan kita sebaiknya sebab diorang bergantung pada kita. Sesekali belilah apa yang kita nak untuk diri kita sendiri. Bergaya! Jangan selekeh macam mak cencurut kena demam kepialu. Jangan takut untuk pakai apa yang tengah in selagi tak melampau dan masih sesuai dengan status dan umur kita. Jangan umur baru akhir 20-an atau awal 30-an, kau dah nampak macam makcik 50-an yang dah dekat monopos.
Be alert, mommies!
Thursday, December 30, 2010
Buat sehabis baik - bukan setakat lagu pengakap muda waktu sekolah rendah
Kadang-kadang kita rasa, kita dah jadi yang terbaik dan buat sehabis baik untuk orang-orang di sekeliling kita. Rasanya kita dah betul-betul penuhi apa yang mereka inginkan dari kita, dah berjaya puaskan hati mereka dan bahagiakan mereka dengan apa yang kita dah lakukan untuk mereka selama ni.
Tapi pernah tak terfikir untuk tanya mereka secara ikhlas, dari hati ke hati, dengan sepenuh jiwa, adakah diri kita ni dah betul-betul menepati piawai yang telah mereka tetapkan untuk memenuhi meter kepuasan hati mereka ? Adakah kita ini sudah betul-betul berjaya memuaskan, menepati dan memenuhi kehendak diri mereka dalam erti kata yang sebenarnya? Pernah tak?
Jangan tak tau, sebenarnya ramai yang suka memendam perasaan, memendam rasa ketidakpuashatian semata-mata untuk menjaga perasaan orang lain. Jadi seandainya ada masa terluang, apa kita kita luangkan sedikit masa dengan orang-orang tersayang dan sesiapa saja yang rapat dengan diri kita, dan tanyakan kepada mereka, adakah selama ini kita sudah cukup memenuhi apa yang sebenarnya mereka inginkan dari kita? Ataupun apakah selama ni kita pernah lakukan sesuatu yang sebenarnya langsung tak mereka sukai tapi mereka pendamkan semata-mata sebab nak jaga perasaan kita dan terlalu sayangkan kita? Adakah selama ni kita dah cukup membahagiakan mereka dalam hidup yang mereka kongsikan dengan kita? Adakah?
Mak aih. Emo lah pulak!
Thursday, December 16, 2010
Sebab aku anak sulung
Bagi aku, dua unsur atau nilai penting yang perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi adalah disiplin dan tanggungjawab. Rasanya aku seorang mama yang penyayang tapi dalam masa yang sama juga tegas. Mungkin sebab aku adalah anak sulung dalam keluarga jadi sedari kecil aku merasakan dua sikap itu sudah tersemai dalam diri aku.
Terlahir sebagai anak sulung akan membuatkan kamu memangku tugas sebagai seorang ketua, pengarah, pengurus, mentor dan juga pekerja bawahan. Semua tugas di rumah akan tergalas di bahu kamu secara automatik sama ada kamu rela atau tidak. Kamu akan ada protege yang perlu dibimbing, diajar, dimarah dan kadangkala diberikan pelempang jika keadaan memerlukan. Nasib baik waktu tu protege aku tak ramai. Cuma dua orang budak perempuan pemalas yang tak suka mengemas rumah dan bilik.
Sikap menguasai, melindungi dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan dan jalan yang betul sangat melekat dalam diri aku. Jadi aku terdidik menjadi seorang yang disiplin, teratur dan bertanggungjawab. Kadang-kadang semua sikap tu membuatkan aku menjadi sangat letih dan penat, tau tak? Tapi semua sikap itu juga yang banyak membantu aku pada hari ini.
Aku tak memanjakan anak-anak secara keterlaluan dan berlebihan. Tak akan. Itu bakal membuatkan mereka menjadi manusia yang tak boleh berdikari, tak boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, tak matang, tak berdisiplin dan tak bertanggungjawab. Aku nak mereka jadi manusia yang tak akan timbulkan rasa sakit hati, tak puas hati dan jengkel pada orang lain. Bukan manusia sempurna tapi cukuplah kalau tak memiliki terlalu banyak ketidaksempurnaan. Itu sahaja.
Haha. Taklah seteruk ni kot.
Monday, December 6, 2010
Dengar sini..
Menemankan seseorang keluar bershopping dengan poket yang cuma berisi beberapa ringgit sahaja adalah satu keadaan kritikal yang sangat membengkakkan hati dan mata. Okeh.
Jadi, elakkan.
Kecuali kau ada alat bantuan pernafasan beserta tabung gas oksigennya sekali.
Jadi, elakkan.
Kecuali kau ada alat bantuan pernafasan beserta tabung gas oksigennya sekali.
Labels:
Tips
Sunday, October 31, 2010
Nenek aku kata..
Bila golongan veteran dalam keluarga aku berkata:
Bukan semua pantang larang orang-orang tua tu berjaya mendapat tempat atau kepercayaan dari aku kecuali beberapa pantang larang yang mempunyai dasar kelogikannya kalau difikir, dikaji dan ditelaah dengan pemikiran yang mendalam. Maklum, orang-orang tua suka bermadah, berlapik atau berkias ketika berkata-kata.
Tapi ada satu kata-kata mereka yang sangat aku tentang pada mulanya, akhirnya sangat aku persetujui dengan sepenuh hati setelah melaluinya sendiri iaitu:
Utamakan diri kita dahulu sebelum anak-anak.
Mula-mula aku kata, wah, mestilah dahulukan anak-anak dulu, baru fikir tentang kita. Contohnya, aku lebih dahulukan suap anak-anak makan sampai kenyang, kemudian barulah aku makan.
Tapi bila hari ini aku tiba-tiba dilanda demam dengan sakit badan yang menyengat, rasa dedar yang melampau dan perit akibat cirit-birit akibat lupa menjaga kesihatan dan kebajikan diri sendiri kerana terlalu memberi perhatian kepada anak-anak lalu mengakibatkan aku tak mampu mengurus mereka dengan baik dan sempurna, maka kata-kata orang tua itu sangat aku terima bulat-bulat.
Sebab, cuba fikir secara logik, kalau kita yang jatuh sakit, siapa yang akan menjaga anak-anak kita? Jadi, jagalah diri sebaik mungkin, contohnya makan terlebih dahulu sebelum menyuap anak-anak makan untuk memastikan kesihatan kita cukup baik untuk menjadi penjaga dan pelindung yang sempurna kepada mereka.
Dapat?
- Jangan bergambar bertiga, nanti yang di tengah akan mati dulu.
- Jangan nyanyi di dapur waktu masak, nanti dapat suami tua.
- Jangan tunjuk pelangi, nanti jari kudung.
- Apakah?
- Adakah?
- Kahkahkah.
Bukan semua pantang larang orang-orang tua tu berjaya mendapat tempat atau kepercayaan dari aku kecuali beberapa pantang larang yang mempunyai dasar kelogikannya kalau difikir, dikaji dan ditelaah dengan pemikiran yang mendalam. Maklum, orang-orang tua suka bermadah, berlapik atau berkias ketika berkata-kata.
Tapi ada satu kata-kata mereka yang sangat aku tentang pada mulanya, akhirnya sangat aku persetujui dengan sepenuh hati setelah melaluinya sendiri iaitu:
Utamakan diri kita dahulu sebelum anak-anak.
Mula-mula aku kata, wah, mestilah dahulukan anak-anak dulu, baru fikir tentang kita. Contohnya, aku lebih dahulukan suap anak-anak makan sampai kenyang, kemudian barulah aku makan.
Tapi bila hari ini aku tiba-tiba dilanda demam dengan sakit badan yang menyengat, rasa dedar yang melampau dan perit akibat cirit-birit akibat lupa menjaga kesihatan dan kebajikan diri sendiri kerana terlalu memberi perhatian kepada anak-anak lalu mengakibatkan aku tak mampu mengurus mereka dengan baik dan sempurna, maka kata-kata orang tua itu sangat aku terima bulat-bulat.
Sebab, cuba fikir secara logik, kalau kita yang jatuh sakit, siapa yang akan menjaga anak-anak kita? Jadi, jagalah diri sebaik mungkin, contohnya makan terlebih dahulu sebelum menyuap anak-anak makan untuk memastikan kesihatan kita cukup baik untuk menjadi penjaga dan pelindung yang sempurna kepada mereka.
Dapat?
Labels:
Tips
Wednesday, October 13, 2010
Tips berbelanja dengan cemerlang (untuk poket anda menjelang hujung bulan)
Aku mengaku, dulu-dulu aku sangat kuat berbelanja. Lagi-lagi sewaktu masih bergelar pelajar di IPT. Pantang ada duit sikit mesti gatal kaki nak melawat mana-mana kompleks membeli-belah yang berdekatan dan seterusnya terlibat dengan urusan meng'kayakan' tokey kedai. Ada-ada saja yang aku beli walaupun benda tu sebenarnya tidaklah begitu penting. Sampaikan banyak yang tak terpakai. Tak guna betul!
Aku rasa faktor utama yang mendorong sifat boros berbelanja aku pada waktu itu mungkin sebab aku belum rasa lagi bagaimana jerih-perihnya nak mencari atau menghasilkan duit. Yang aku mahir sangat pada waktu tu mungkin cuma cara-cara bagaimana untuk menghabiskan atau meleburkan duit dalam sekelip mata. Ini bukan trick silap mata okeh. Jadi, ia memang betul-betul tak guna!
Tapi sekarang, bila aku dah rasa bagaimana seksanya nak menunggu genap sebulan untuk terima gaji setelah berhempas-pulas menyiapkan kerja-kerja pejabat yang gila banyak, barulah aku tau menghargai benda yang dipanggil duit tu. Setiap sen duit tu adalah titik peluh aku. Heh, macam iklan beras yang ada Raja Farah masa kecil. Setiap butir beras adalah setitik peluh petani.
Jadi, aku nak turunkan beberapa tips yang aku selalu amalkan sebelum dan sewaktu keluar berbelanja. Suka hati kamulah nak ikut atau tak.
- Buat senarai barang yang perlu dibeli. Utamakan barang-barang keperluan. Barang-barang yang lebih kepada kehendak jiwa tu, letakkan di senarai paling bawah. Kalau ada duit lebih baru beli. Tapi kalau barang tu kau dah lama impikan sejak 6 bulan lepas hingga terbawa-bawa menjadi mimpi ngeri di malam hari, sila beli segera untuk mengelakkan kerosakan bahagian dalaman otak.
- Jangan bawa duit dalam jumlah yang banyak. Kalau boleh bawa duit cukup-cukup untuk barang yang dibeli sahaja. Bila kamu tahu dalam bag duit ada banyak duit, perasaan ingin memborong seisi kedai beserta dengan tuan punya kedai sekali akan muncul dengan membuak-buak. Tapi tak apalah kalau bawa duit lebih sedikit, in case untuk kegunaan di waktu yang tak terduga. Contohnya terlenyek kereta control anak orang dan bapanya pula memiliki tubuh yang sasa dan tegap.
- Jangan fikir semua barang berjenama tu bagus sangat. Banyak juga barang kurang berjenama yang lebih berkualiti berbanding yang berjenama. Aku banyak pengalaman dalam hal ni. Beli barang berjenama ni seumpama membayar untuk jenamanya sekali. Jadi disebabkan itu, aku dah ada senarai sendiri jenama yang betul-betul boleh dipercayai dan betul-betul berkualiti bukan hanya bersandarkan pada jenama semata-mata. Aku takkan sanggup membayar RM99.00 untuk sepasang selipar jepun berjenama G***S yang rupanya saling tak tumpah dengan selipar tandas aku di rumah. Cet!
- Terus menuju ke kedai yang ingin dituju dan pulang. Amalan ini bagus diamalkan di pertengahan bulan atau hujung-hujung bulan di mana poket semakin kering dan susutnilainya juga bertambah. Kalau kamu gatal juga nak meronda-ronda ke kedai-kedai lain dengan alasan hanya untuk window shopping dan kemudian terbeli pula sebuah bag tangan, jangan salahkan ibu mengandung kalau kamu terpaksa telan nasi dengan garam sahaja sementara menunggu gaji keluar. Window shopping sambil tutup mata dengan sleeping eye patches dibolehkan.
- Jangan terpedaya dengan helah jualan murah. Kena tengok betul-betul, memang murah ke barang yang dijual tu? Ada kedai yang kononnya buat jualan murah dan bagi potongan harga sekian-sekian, tapi rupanya harga yang ditawarkan adalah harga sebenar barang tu sebelum jualan murah tu lagi. Itu pun nak ajar ke?
- Elakkan pakai kad kredit. Mentang-mentang tinggal gesek kad je, kau pun belanja tak ingat dunia. Ingat gerek sangat ke pakai kad kredit? Semua orang pun boleh pakailah sekarang ni. Kelebihannya cuma tak perlu bawa duit tunai dalam kuantiti yang banyak. Tapi kekurangannya sangat banyak wehh. Dah nama pun kad hutang. Makin banyak kau gesek kad tu, makin banyaklah kau kena bayar. Lantaklah, bukan pakai duit aku pun kau bayar hutang kan?
- Kalau boleh tak perlu bawa anak. Tapi aku sendiri pun jarang tak bawa anak kalau keluar berbelanja. Masalahnya kalau bawa anak ni, semua yang dia tengok, semua dia nak beli. Kalau yang mak bapa jenis hati batu, telinga batu dan muka batu iaitu jenis yang tak kisah bila anak dah meraung-raung sambil tolak rak-rak barang di Tesco sampai tumbang sebab tak dapat barang yang dia nak, tak kisahlah. Tapi kalau jenis mak bapa yang sangat lembut hati, penyayang, pemurah dan tak sanggup nak menghampakan anak-anak, tu yang jadi masalah. Aku kalau baru dapat gaji akan masuk kategori kedua. Tapi kalau poket dah kemarau, akan masuk dalam kategori pertama. Fleksibel.
- Berbelanja di tempat yang menawarkan pengumpulan mata ganjaran atau points. Serius. Points tu kalau dah tukar dengan baucar tunai, sangat menggembirakan hati. Macam tahun ni aku berjaya kumpul 1,200 mata di sebuah pasaraya dan dapat baucar tunai bernilai RM60.00. Okeh la tu kan?
Labels:
Tips
Subscribe to:
Posts (Atom)