Monday, February 14, 2011

Cupcakes versi malas di anniversary ke 7



Cupcakes versi malas yang hanya semata-mata kek cokelat lembab tanpa sebarang buttercream, icing, fondant atau krim putar sempena anniversary ke 7 kami. Cadangan untuk menghias kek dengan semua yang tersebut di atas terpaksa dibatalkan atas permintaan si kembar yang tak berapa gemar dengan semua tu. Aku pun pelik, sejak dari kecil lagi, kembar aku tu tak berapa suka dengan makanan-makanan manis. Jadi yang terhasil adalah plain cake semata-mata tapi tetap sedap dan 24 biji sudah licin tak bersisa.

Genap sudah 7 tahun pelayaran aku bersama si nakhoda kapal, Amin Japar bin Hj. Taher. Setakat ni belum ada pinggan mangkuk, periuk belanga yang pecah atau berterbangan di udara. Yang pasti, sudah banyak episod suka, duka, haru, biru, merah yang telah kami temui sepanjang jalan cinta. Dianugerahkan dengan tiga orang penyeri hidup, bintang hati dan matahari kecil sudah terlalu aku syukuri. Dikurniakan dengan lelaki penuh cinta yang sangat sensitif tetapi selalu lupa dengan perkara-perkara kecil yang penting bagi aku, yang selalu gagap sebab bercakap laju sangat, yang sangat pelupa macam orang tua menghidap Alzheimer sampaikan pernah beberapa kali memasang mangga yang besar gedabak di pintu depan rumah tetapi membiarkan pintu belakang terbuka luas, yang pernah membiarkan kunci kereta masih melekat di lubang kuncinya dalam kereta semalaman hingga baru tersedar keesokan paginya, yang selalu menyanyikan aku lagu-lagu indah di dalam telefon, juga cukup aku hargai.

Cuma sesekali aku yang identik dengan keras kepala dan si ego yang berbulu mata pendek dan kening berterabur sering alpa dan kurang menghargai apa yang ada di hadapan mata. Selalu rasa diri sendiri saja yang betul dan memanjang asyik nak menang dalam semua hal. (Erk, baru sedar, teruknya perangai aku).

Aku kena kembali menjadi lebih realistik. Aku kena belajar menerima kekurangan orang lain sebagaimana orang lain begitu menerima pelbagai kekurangan aku. Aku kena selalu sedar bahawa syurga aku sekarang terletak di bawah telapak kaki suami.

Selamat menyambut ulang tahun pekahwinan yang ke 7 untuk MINEKA.

I LOVE you eventhough I know that your LOVE is more bigger.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails