Kisah 1
Dah 2 minggu laptop HP aku rosak. Skrinnya penuh ngan line putih bergaris-garis.
Disebabkan sistem UBS Payroll untuk kira gaji pekerja kompeni tempat aku kerja ada dalam tu, maka terpaksalah aku tangguhkan dulu hantar ke kedai untuk repair.
Kebetulan pulak waktu skrin rosak tu betul-betul time nak kira gaji orang. Terpaksalah terjegil-jegil, tersepet-sepet mata, terteleng-teleng kepala ngadap skrin bangang tu. Masih boleh nampak la walaupun blur macam pandangan mata orang rabun kronik.
Rancang dah siap kira gaji orang baru nak hantar repair.
Maka, semalam aku dan Encik Papa pun berkelanalah ke kedai-kedai repair komputer.
Kedai pertama yang aku pergi, kedai Melayu, bagitau yang skrinnya rosak. Aku ingat pasal kena virus. Kos untuk repair adalah RM550. Terbegik aku dengar. Alasan sebab skrin aku besar. 15.6 ".
Untuk seorang yang kedekut taik idung masin macam aku, ingat senang-senang ke nak serah RM550 kat orang macam tu?
Kalau nak suruh aku tawaf satu JB untuk carik kedai paling murah pun aku sanggup tau. Harga macam tak tercapai akalku, okeh?
Then, ke Tesco pulak. Kedai cina. Tanya itu ini, dia kata harga RM380. Nampak, jauh kan beza? Hmm, boleh lah. Daripada yang tadi kan? Beza seratus lebih, boleh buat makan KFC berkali-kali. Ceh!
Pengajaran: silalah rajinkan kaki untuk berjalan survey harga. Untuk golongan yang tiap bulan main cop-cop duit je dan jenis tak kisah nak keluar-keluar duit walaupun pada harga yang tak masuk akal, tak payahlah nak join stok-stok kedekut dan berkira macam aku ni, okeh.
Kisah 2
Hero kecik aku si Rayyan tu asal celik mata je, tanya laptop. Kalau dah ngadap laptop main game, memang tak banyak bunyi la.
Eh. Sejak bila pulak dia ada share dengan aku nak pakai laptop ni kan? Kadang-kadang dia je yang conquer sampai ke malam. Orang lain tak boleh sentuh. Tak boleh jadi nih!
Cuma sejak laptop aku berproblem hari tu, baru dia bersara sekejap dalam bidang ni. Tu pun sebab aku sungguh-sungguh bagitau yang laptop tu rosak. Tak boleh on. Kalau on nanti tebaboo! Meletup.
Tapi
disebabkan dia ikut kecerdasan dan kepintaran otak belah aku, maka dia
bukan senang-senang nak ditipu ok. Lainlah kalau dia ikut belah-belah
bapak dia. Kehkeh.
Jadi kitorang terpaksalah cari
solusi lain. Kebetulan Tesco ada buat promosi tablet pc murah. Brand
AndroPad. Harga RM299. Pakai OS Android 4.0. Skrin 7". Harga yang
sangat-sangat relevan untuk orang yang pergi mana-mana pun mesti bawak
kalkulator.
Setakat untuk si Rayyan buat main game Angry Bird, Fruit Ninja, Plant vs Zombies, boleh download-download game,
boleh wi-fi, boleh bagi makpaknya celah-celah bukak Facebook, Twitter,
boleh buat rebut-rebut dengan si kembar, boleh baling-baling, hempas
bila dah boring, ketuk-ketuk kepala bila bergaduh adik-beradik, boleh
sangatlah tu kan? Murah pun murah. Function pun ok.
Apa
ingat aku sanggup nak keluar duit banyak-banyak untuk yang mahal-mahal
setakat untuk tengok diorang hempas-hempas benda tu atas lantai bila dah
boring?
Karang aku pulak yang hempas kepala kat dinding secara sukarela.
Maka secara rasminya, si Rayyan pun memiliki tablet pc peribadinya sekarang.
Semalam aku trylah nak carikan cover untuk Rayyanpad (nak panggil ipad/i-tab takut kena saman), kengkononlah boleh budget-budget ala-ala Samsung Galaxy Tab kan kalau ada cover.
Kedai pertama yang aku pergi takde masalah. Ati Cina tu siap try pasangkan Rayyanpad tu dalam cover untuk i-tab Samsung Galaxy punya. Boleh. Ngam-ngam masuk.
Tapi aku ingat nak carik harga yang lagi murah. Maklumlah, al kedekut ibni al bakhil. Jadinya, tak jadi ambik. Try carik kedai lain.
Sekali
pergi kedai lain, bila aku tunjuk je Rayyanpad, terus diorang macam
taknak layan. Mentang-mentanglah bukan yang mahal kan? Cilakak.
Diorang kata, "Ooh, ini bukan Samsung punya maa. Samsung punya cover tak boleh masuk brand biasa macam ini" . Encik Papa cakaplah, "boleh masuklah. Cuba you try dulu". Tapi dia taknak jugak.
Macamlah Rayyanpad tu bawak virus sopak ke, tibi ke. Takut sangat. Aku bukan nak free, nak bagi kau duit, budusss!
Dahlah harga kemain mahal. Pergi 2,3 kedai lain pun sama.Harga berganda-ganda mahal dari kedai yang first tadi. Pastu bila tau je bukan Samsung Galaxy, semua buat muka ala-ala Bill Gates.
Apa, kau ingat aku tak mampu nak beli Samsung Galaxy Tab? Silap-silap dengan nenek-nenek kau sekali aku sedekahkan nanti.
Ciskek betul!
Monday, October 22, 2012
Friday, October 19, 2012
Overprotected
Aku tengah ingat-ingat ni, masa aku kecik-kecik dulu sampai menginjak alam remaja, ada tak mak bapak aku overprotected sangat kat aku ek?
Seingat-ingat aku, diorang overprotected dalam sesetengah hal. Tak semualah. Taklah dikongkong sangat.
Masih boleh keluar dengan kawan-kawan kalau hujung minggu dengan syarat tak balik lewat.
Benda yang buatkan diorang jadi overprotected kalau dah masuk bab -sekolah pun belum habis tapi dah merenyam nak berpakwe-.
Memang kena sekeh la kepala masing-masing kalau terkantoi ada balak.
Bapak aku memang kejam kalau masuk bab-bab macam tu. Mungkin sebab anak-anak dia semua perempuan. Bukan senang nak jaga anak perempuan, kan?
Aku ingat lagi, Ira, adik aku yang nombor dua kena seret dari depan rumah sampai langkau rumah jiran sebelah sebab terkantoi keluar berendut dengan budak Sabah kalau tak silap. Adik aku baru darjah 5 ke 6 masa tu, hokeh?
Apa kebiol kau belum habis sekolah rendah pun dah menggeletis keluar dengan jantan? Budus betul adik aku masa tu. Dahlah tak pandai nak kaber line. Hambekk ko.
Tapi dalam pada over2protected tu, sempat jugak kitorang menggatal berpakwe-pakwe bagai. Cuma kaedahnya secara konvensional dan tradisional la. Komunikasi pakai surat-surat hape. Kalau jumpa pun takde buat apa. Duduk bercakap jauh-jauh dan mesti ada teman. Baik gila kan?
Yelah, masa tu mana ada handphone la, facebook la. Tak sempat pun terfikir nak lari dari rumah. Gila kau. Agaknya baru terlintas dalam kepala, ada batu blok pulak singgah kat tengkuk karang. Nak lari pun, nak ke mana? Siapa nak bagi makan nanti? Lainlah sekarang, gadjet canggih-canggih. Siap pasang GPS kalau nak lari ke Lombok sekalipun.
Bila aku dah dapat kembar perempuan aku tu, aku tak tau nak overprotected ke tak dengan diorang.
Kemungkinan besar aku akan turut mewarisi ciri-ciri overprotected mak bapak aku dulu.
Cabaran menjaga, mendidik dan membesarkan anak perempuan lebih tinggi zaman sekarang berbanding era kanak-kanak dan remaja aku dulu.
Diorang lebih banyak terdedah pada anasir-anasir luar yang lebih ganas. Teknologi yang makin canggih buat kepala otak diorang lebih kreatif nak buat benda tak elok. (Fuh, ayat dewan parlimen)
Aku takut wehh. Lantaklah orang nak kata aku kuno ke, jahiliah ke, manusia zaman batu ke. Yang penting, aku nak protect anak-anak aku sebaik yang boleh.
Cuma yang kesiannya, diorang tak bebas nak buat apa yang kita pernah buat dulu-dulu masa kecik.
Contohnya aku sangat ragu, boleh ke diorang pergi dan balik sekolah naik basikal macam aku dulu-dulu?
Atau boleh ke lepaskan diorang berjalan keliling sana-sini masa raya? Atau boleh ke diorang pergi dan balik ke rumah dengan selamat bila disuruh pergi beli telur dan maggi kat kedai runcit berdekatan?
Mungkin tidak ye. Dunia dah makin bahaya untuk budak-budak. Tak macam dulu-dulu.
Dulu-dulu tak banyak sangat kenderaan dan penculik tak berkeliaran.
Jadi tak salah kan kalau aku jadi overprotected?
Dah ada anak baru tau apa yang mak bapak kita rasa dulu-dulu.
Tapi cabarannya lebih besarrrr kali ni. T_T
Nak tak nak terpaksalah anak-anak berteman dengan tv, komputer, ps, ipad dan handphone kat rumah.

Labels:
Persepsi
Thursday, October 18, 2012
Anak emak
Entah semangat apa merasuk, spirit nak menulis kemain menggebu-gebu.
Hari ni aku nak membebel pasal anak emak. Anak emak ni biasa kita kaitkan dengan lelaki kan?
Dulu aku dah buat tekad lah kununnya, kalau dapat anak lelaki memang tak nak manjakan sangat. Sebab tak nak dia jadi anak emak.
Susah kalau dah jadi anak emak ni. Nanti dah besar tak pandai nak berdikari. Nak buat apa-apa, semua nak harap emak. Sebab dah biasa dari kecik semua mak yang uruskan, kan?
Yang paling kesian nanti, bini dialah. Kalau dah laki tak pandai nak buat apa-apa, dah tentu-tentulah si bini yang kena struggle handle semua benda. Kalau bini bekerja, lagilah double trouble. Penat berganda-ganda.
Habis waktu kerja, rush balik rumah, nak handle rumahtangga pulak. Dah kalau lakinya anak emak, jangan haraplah nak ringan tangan nak tolong apa-apa yang patut. Sebab mindsetnya yang dah disetkan sejak kecik, kerja-kerja rumah adalah kerja perempuan. Lelaki adalah tak macho kalau buat kerja rumah, hatta angkat piring sebijik ke singki sekalipun!
Kalau dah jadi cenggitu, siapa nak disalahkan weh? Adakah mak bapaknya? Of courselah kan?
Cara hidup kita bila dah dewasa ni banyak dipengaruhi oleh cara bagaimana kita dididik kat rumah oleh mak bapak kita. Kalau dari kecik kita dah ajar anak supaya pandai buat kerja rumah, jangan terlalu mengharap pada orang lain, berdisiplin, maka sampai ke besar dia akan bawa idealogi tu.
Kalau dah dari kecik kita manjakan sangat, sampaikan dah masuk sekolah pun masih nak cebokkan waktu berak, masih nak dimandikan lagi, masih nak dipakaikan baju lepas mandi, siapa yang susah nanti?
Adakah jiran sebelah anda? Tidak ye. Anak tu sendiri yang akan susah nanti.
Bayangkan nak berak kat sekolah, ada karang dia tak cebok lepas qada hajat. Alasan, sebab mama atau papa takde nak cebokkan.
Tanpa berselindung, meh aku nak ngaku. Laki aku adalah anak emak, hokeh.
Mula-mula dulu memang susah nak ubah mindset dia.
Dulu masa baru-baru kawin, ayat-ayat yang keluar dari mulut aku masih berlapik-lapiklah kalau nak menegur dia pasal apa-apa pun. Tapi bila dah masuk 2,3 tahun, disebabkan aku ni memang dah dianugerahkan dengan mulut longkang, maka berdengung-dengung jugaklah telinga dia dengar kata-kata hikmat aku.
Hasilnya, dia dah serabut kalau nampak rumah atau bilik bersepah. Atau kain baju tak berlipat, berlonggok-longgok atas sofa. Dah boleh jugak masak sendiri kalau nampak aku sibuk sangat dengan kerja rumah atau dah terbongkang kepenatan depan tv.
Susah tau nak serapkan idealogi baru dalam kepala otak dia.
Yang aku selalu tekankan bila berceramah dengan dia, laki bini sama-sama kerja cari rezeki. Maka, kerja rumah pun mesti direwangkan bersama-sama. Baru adil dan saksama.
Kalau ko tak mampu nak tolong aku buat kerja-kerja rumah walau sikit pun, sila carikan aku pembantu rumah.
Tau punnnn tak mampu.
Ni yang aku pening ni, si Rayyan. Hero aku yang umur 3 tahun lebih. Manjanya bukan main.
Tak boleh nak lekang dari aku.
Kata laki dan mak aku, aku yang manjakan dia sangat. Memang pun. Tapi dia baru 3 tahun kott?
Takkan aku nak suruh dia panjat singki basuh pinggan sendiri? Haruslah aku sedut-sedut pipi dan seluruh badan dia 24 jam sehari. Sebelum sampai masanya nanti dia dah tak nak aku cium pipi dia lagi sebab dia cakap dia dah besar, kan? Ataupun bila misai, bulu kaki dan ketiak dah tumbuh, takkan aku nak timang-timang dan sedut-sedut lagi macam sekarang kan?
Maka, tolonglah. Bagilah aku peluang nak kepit dia puas-puas dulu celah ketiak aku, ye bang!

![]() |
| Kau jangan nak sayang bini lagi banyak dari mama nanti, ye nak! |
Wednesday, October 17, 2012
Buang tebiat
Dulu kemain semangat buat kempen 1 bulan 1 buku. Rasanya dalam 5,6 bulan lah kempen tu jalan, last-last kempen bertukar jadi "1 buku berbulan-bulan". Atau lebih tepat lagi, "1 buku berbulan-bulan pun tak habis". Kehkeh. Hangat-hangat taik anjing. Ada 2,3 novel kat rak buku aku yang belum bersentuh langsung. Spirit nak membaca menyimpang ke mana ntah.
Tapi 2,3 malam lepas, entah buang tebiat ke apa, aku pergi kelebek-kelebek novel kat rak buku, kengkononnya spirit nak membaca tu dah datang balik. Pilih punya pilih, last-last aku ambik satu daripada koleksi novel zaman kanak-kanak aku, Cabut Lari karya Enid Blyton dari siri 5 Sekawan (Famous Five), edisi Bahasa Melayu la. Apakah? Adakah aku dah diberi petunjuk supaya bertaubat nasuha atas segala dosa-dosa sepanjang hidup?
Novel tu masih dalam keadaan baik. Sebab aku ni jenis yang cermat dan jaga barang baik-baik. Tak silap aku, tu novel pertama yang aku dapat dari sekolah tahun 1989 untuk hadiah tempat pertama dalam kelas masa darjah 2. Cuba kira, dah berapa umur novel tu? Siri 5 Sekawan selain dari siri Nancy Drew dan Hardy Boys ni memang novel feveret aku zaman budak-budak dulu. Hampir semua novel dalam siri ni ada dalam simpanan aku.
Dah ambik novel tu, aku pergi cari port baik untuk lepak. Bentang toto atas lantai dalam bilik dan baca. Feeling dia memang best. Ayat pertama yang aku baca buat aku terbayangkan diri aku sebagai aku kanak-kanak. Tu untuk 5 minit yang pertama la. Minit-minit yang seterusnya menyaksikan aku sebagai aku yang sekarang, dah terbongkang tidur sebab kepenatan dengan liku-liku hidup sepanjang hari.
Ceh. Memang tak boleh comel balik macam zaman budak-budak.
![]() |
| Rembat kat gugel. Koleksi aku cover lagi canggih sikit dari ni. |
p/s: dulu masa budak-budak, aku ingatkan Enid Blyton ni lelaki. Ghope-ghopenya perempuan weh. Limited edition betul pengetahuan am aku dulu.
Wednesday, October 3, 2012
Kenangan dengan Britney Spears
Puihhh. Tajuk tak boleh pergi. Macam pernah tidur sebantal, makan sepinggan dengan Britney Spears.
Dulu aku gila punya minat dengan Britney Spears. Siapa je kot yang tak minat dengan dia masa tu? Start hit dengan lagu Hit Me Baby One More Time tahun 1999, masa tu aku baru 18 tahun (amboihh, mudanya aku), memang meletup gila lagu tu. Dengan video klip yang sangat cumel dan cute, menari-nari dengan rambut toncet 2, memang menakluk dunia habis. Masa tu dia innocent habis, belum pandai buat benda-benda pelik macam artis senior lain.
Bila dia dah advance sikit, dah buang ke'innocent'an dia, aku masih tetap minat kat dia. Habis nak target aku minat kat siapa? M. Daud Kilau? Dah dia je superstar pompuan yang meletup masa tu. -Eh, aku minat dengan Backstreet Boys jugak masa tu. Tapi aku sekarang cerita pasal Britney Spears ok- Lagu-lagu yang dia bawak semua meletup-letup macam popcorn dalam kuali Happycall tu. Walaupun makin lama kain untuk buat baju dia makin kurang, sebagai rumaja yang mesti ada senarai artis international untuk dipuja, aku masih tetap beli semua album dia, walaupun masa tu pesaing terdekat dia si Christina Aguilera berusaha gigih nak bersaing dengan dia.
Membawak sampai ke kolej, kebetulan pulak Britney masa tu muncul dengan album baru, Oops! I did it again, minat tu masih membara. Sampai hafal lirik-lirik lagu dia walaupun kemain susah nak hafal formula matematik yang cikgu ajar kat sekolah. Berbelit-belit lah lidah kawan ni nak tunjuk cool boleh hafal lagu mat saleh. Takdelah rasa ketinggalan jaman sangat kalau kumpul-kumpul dengan members kan. Rumaja up to date la katakan.
Video klip Britney yang tajuk Oops! I did it again tu, yang dia pakai baju kulit kaler merah lekat kat badan tu sampai buat sorang kawan lelaki aku tersedak tulang ayam tau. Entah apa-apa. Aku rasa seantero dunia ni, tu lah satu-satunya kes yang pernah dilaporkan. Nasib baik tak kiok. Kalau tak, sia-sia mati sebab video klip orang kafir.
Ada la dalam 3 ke 4 album Britney yang aku beli. Dulu beli kaset je, belum mampu nak beli CD. Tu pun kumpul duit belanja sekolah yang bapak aku bagi. Lepas tu dah takde beli-beli lagi album minah tu. Entah, aku yang makin rasa dah tua ataupun lagu-lagu dia yang dah tak berapa nak best sangat sebagai halwa telinga aku. Nak kata aku dah tua, minah ni sebaya je pun dengan aku. Heh. Seboleh-boleh tak nak ngaku tua.
Sekarang ni pun, kadang-kadang kalau rasa boring ada jugak aku mengular masuk youtube, tengok balik video-video klip lama dia. Bukan Britney punya je, Backstreetboys, Westlife, Christina Aguilera, N'sync. Imbas balik zaman muda-muda. Kalau umur masih panjang, masa aku umur-umur 50,60an dan masih tengok balik video-video klip tu nanti, apalah kata anak cucu aku ek? Eh, masa tu diorang dah jadi artis lagend dah. Sesuai lah kot dengan ke'lagend'an aku masa tu.
Baru-baru ni, Britney terpilih jadi juri tetap dalam rancangan The X-Factor. Wah, bila tengok Britney dalam tu start la teringat zaman dolu-dolu. Zaman aku tampal poster besar gedabak dia dalam bilik, zaman berbuih-buih mulut gigih nak ngafal lagu dia depan radio sampai dah naik berbelit-belit pita kaset tu aku dok rewind forwardkan, zaman nyanyi-nyanyi lagu Britney sama-sama dengan roommate aku si Mai. Beristighfar ustaz-ustazah baca statement aku. Baiklah ko gi ngaji dari buat benda-benda tak berpekdah, kata diorang.
Britney nampak agak tua sikitlah dalam rancangan tu, tapi masih tetap cantik. Budget diri muda belia je kan. Tapi aku masih suka tengok dia. Dan rasanya minat kat dia masih ada berbaki jugaklah. Sebab tu tak boleh missed tengok rancangan tu kat TCS5 tiap Khamis dan Jumaat. Eh, rancangan Tanyalah Ustaz pun aku tak missed jugak tiap pagi sebab mak aku punya feveret tu.
Bagi aku tak salahlah kalau zaman-zaman rumaja kita ada artis feveret kan. Ye lah, setakat minat je bukannya puja sampai menyimpang dari ajaran Islam pun. Dah nama pun rumaja. Cuba tanya mak bapak kita, dulu masing-masing pun ada artis pujaan dorang punya.
Sekianlah kenangan aku dengan Britney Spears yang macamlah pernah duduk serumah. Jangankan serumah, bergambar sama pun tak pernah. Jangankan bergambar sama, bersua muka pun tak pernah. Cuma dia pernah adalah dalam diary hidup aku satu masa dulu. Takkanlah korang tak pernah kannnn?
![]() |
| Britney Spears dalam The X-Factor. |
Labels:
Memori
Tuesday, October 2, 2012
Entri pertama di bulan Oktober
Bila baca blog orang yang pemes-pemes dengan entri yang best-best, gila lawak sampai perut menggigil-gigil tahan gelak takut opismate aku mati terkujat dengar suara gelak aku yang gila bapak buruk nak mampos, maka secara automatiknya akan rasa, betapa cikainya dan huduhnya blog aku ni. Blog ke apa ni? Mana dorang dapat idea best-best nak buat ayat haa? Ada menatang ajaib ke dok tepi telinga bagi bisikan ayat-ayat best nak tulis dalam blog? Ciss. Jeles haku.
Ooh. Ko kena ingat, bakat menulis bukan ada pada semua orang. Dah tau bakat tak seberapa,nak jugak buat blog. Puihhh. Dasarr tak sedar diri. Gi junam kepala kat dinding kaca bilik bos ko sambil memakai baju kurung dan tudung pink. *Tibatiba*

Hape ko merepek ni, setannnn?
Labels:
Cerita rawak
Subscribe to:
Posts (Atom)