Gila lama tak update entri. Walaupun daku sedar takde yang
peduli, tapi aku rasa bersalah pulak bila check akaun Nuffnang dan masih ada
jugak iklan-iklan yang masih sudi bergentayangan kat blog tinggal ni.
Aku dah lama beno tak mengumpat orang dalam ni. Kalau dulu
kemain, ada rasa tak puas hati sikit
mesti nak merempan dalam ni. Maka, orang yang makan cili pun buat-buat
muka kelat je masa tu. Lepas tu tak cukup dalam blog, aku sambung buat status
pedas kat fesbuk. Macam shilake je masa tu. Tapi dah lama aku insaf. Tu cerita
zaman jahiliah, janganlah diungkit lagi, Tipah. Fesbuk pun dah jarang-jarang bukak. Dah taktau
nak buat apa dalam tu. Kalau masuk pun
setakat cecah kaki 4,5 minit lepas tu habiskan masa tengok-tengok novel-novel best
dalam kedai buku online feveret aku dalam tu. Dah beli 2,3 novel yang berkenan
untuk stok sebulan dua, maka aku pun log out dari fesbuk. Tu je la pun fungsi
fesbuk yang masih relevan untuk aku
sekarang.
Aku mula-mula kenal fesbuk taun 2008. Masa tu belum ramai
sangat yang ada akaun fesbuk ni. Memula aku join pun atas ajakan kawan lama.
Masa tu sibuk dengan Friendster. Adik-adik yang besar-besar je terus kenal
fesbuk, mungkin ramai tak tau wujudnya laman social Friendster ni. Friendster
macam best masa tu sebab boleh tukar-tukar skin. So, macam-macam background
gambo boleh tengok kat akaun member-member. Ikut kreativiti memasing la. Selain
tu, ada jugak Myspace. Serius, yang ni not my type. Ni jugaklah satu-satunya
laman social yang aku takde akaun. Pesal entah. Aku rasa macam myspace ni macam
urban sangat. Tak sesuai dengan jiwa aku. Lepastu ada jugak Hi-5, Tagged dan
2,3 lagi laman social yang tak berapa nak in sangat. Bila dah melekat dengan fesbuk sebab dapat
jumpa ramai kawan-kawan lama aku, maka aku pun tutup akaun Friendster dan
semua-semua akaun laman social yang aku ada. La ni, aku dah mula boring pulak
dengan fesbuk. Tapi tak berapa nak gemar pulak dengan Twitter. Ada rasa nak
bagi aku penampo 5,6 das tak?
Entri ni berkisar pasal apa sebenarnya ni? Nampak sangat tahap pembekuan otak aku masih
di tahap yang agak tinggi.