Tuesday, February 1, 2011

Lawak comel si kembar

Hari Isnin, 31 Januari 2011.

Hujan lagi. Sangat malas bangun tidur tapi harus sebab si kembar nak ke sekolah, gorjes Rayyan nak dihantar ke rumah pengasuhnya dan aku kena pergi kerja. T_T

7.45 pagi: Si kembar dah ke sekolah dengan papa.
7.55 pagi: Si kembar balik semula ke rumah, juga dengan papa. Apakah?

"Mama, sekolah kosong. Tak ada orang. Teacher pun tak datang juga."

"Mmm, pelik! Ohh, agaknya hujan lebat sangat. Teacher tersangkut banjir kot? Sukalah tu. Dapat cuti hari ni."

Dalam hati: Aik, hujan lebat pun sekolah isytiharkan cuti? Tak inform pun kat parents? Cuti daruratlah tu. Agaknya tak sempat nak inform. Besok sekolah bukalah tu.

12.30 tengahari: Waktu rehat. Balik ke rumah.
12.45 tengahari: Tiba-tiba terfikir sesuatu.

"Alyaa, Alysaa. Teacher tak ada cakap apa-apa ke? Tak ada bagi surat dalam buku pekeliling?"

"Ada. Dalam buku pekeliling."

Mencari buku pekeliling mereka dalam bag sekolah. Jumpa. Ada satu surat ditampal.

Per: CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina bermula dari Isnin (31 Januari 2011) sehingga Ahad (6 Februari 2011). Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin (7 Februari 2011).

Sekian, untuk makluman.

Grrrrrr.... untuk si kembar!
Punyalah orang lain sedap-sedap tidur pagi tadi sebab cuti seminggu, korang semangat gila bangun dan mandi pagi-pagi buta nak pergi sekolah!

2 comments:

Related Posts with Thumbnails