Tuesday, April 21, 2015

Hello blog!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..Ya Allah, miss my blog soooooo much!! Dah nak dekat setahun kot tak pernah update. Almost  forgot my own blog address. Ok, maybe belum mampu nak bagi sepenuh komitment kat blog ni but at least I know that this blog is still existed. Phewww! That's all for now. Muaccchhh!!

Friday, June 13, 2014

Hati-hati panggilan palsu dari Maybank berkaitan kad debit/ATM

Assalamualaikum blog.
Bagi salam kat blog sebab tau takde orang masuk blog ni untuk selongkar-selongkar cerita basi dalam gobok buruk tu.

Hari ni nak cerita pasal pasal kealpaan, kecuaian, kebodohan dan kesilapan aku yang paling teruk dalam sedekad terakhir ni. Siapa nak kutuk kaw-kaw lepas ni atau nak panggil aku bangang sekalipun, aku tak kisah.  Aku sendiri sampai sekarang pun masih tertanya-tanya, kenapa aku cuai sangat sampai terpedaya tadi. Astaghfirullah.. Yang pasti, aku harap cerita ni boleh jadi pengajaran dan ikhtibar untuk orang lain.

Ok, disingkatkan cerita, tadi aku terima panggilan dari pihak Maybank kengkononnya. Aku yang selama ni paling tak melayan la panggilan-panggilan macam ni boleh pulak terperangkap. Dah la masa tu aku mamai-mamai sebab baru bangun dari short nap petang-petang. Tu la, tidur lagi lepas Isyak. Bukan sengaja, tapi tertidur sebab penat sangat. Dari pagi menjelajah pasar Khamis kat Sungai Tiram.

Yang call tu perempuan Melayu. Dia kata dari Maybank, kengkononnya nak tanya sama ada aku pernah ada masalah dengan kad ATM aku.

Aku jawab takde masalah pulak.
Pompuan tu tanya tarikh luput kad ATM aku. Aku sebut tarikh luput kat kad tu. Aku belum tangkap yang pompuan ni ada niat lain masa ni. Dia sebut nama penuh aku. Betul. Dia bebel-bebel kononnya aku terpilih untuk dapat kad diskaun yang bolehkan aku dapat potongan diskaun kat klinik kerajaan atau klinik swasta. Juga kat sesetengah shopping kompleks. Dan jugak kat restoran-restoran mewah. Aku mamai okeh.

Eh, dia passing pulak telefon pada kawan dia. Pompuan India. Pompuan tu sebut 8 no awal yang ada pada kat ATM aku dan suruh aku sambung 8 no terakhir. Aku terus sambung tanpa was-was. Bodoh tak bodoh? Aku macam terpengaruh je dengan apa yang dia cakap. Then dia tanya, kad ATM tu aku ada tandatangan tak kat belah belakang? Aku pusingkan kad. Takde. Dia kata sepatutnya aku kena tandatangan. Then dia tanya, aku ahli yang keberapa ratus dapat kad tu? Aku macam, wadehel? Mana aku tau aku ahli keberapa kan? Ok, ni point penting. Nombor penting yang dia nak dapat adalah tiga digit nombor yang ada kat sebelah ruang untuk tandatangan tu. Dan dengan bangganya aku pun sebut 3 no tu.

Seterusnya dia cakap nak hantar kad diskaun untuk aku melalui poslaju dalam masa 2 ke 3 minggu dari sekarang. Aku tanya, takde bayaran ke untuk dapat kad diskaun tu? Dia kata takde. Free of charge. Fikiran aku dah nak waras balik. FREE? Ada ke benda free yang senang-senang je nak dapat? Dia suruh aku tunggu untuk disambungkan ke bahagian penghantaran kad ke ape ntah. Dia cakap nanti akan ada sorang pegawai dia akan mintak maklumat-maklumat penting untuk urusan penghantaran kad dan aku kena bagi semua maklumat yang dia nak. BLINK! Kompom aku dah kena! Aku tak dengar dah apa dia bebel lepas tu sebab aku yakin aku dah KENA kat situ. Aku baru sedar yang aku dah dedahkan maklumat penting untuk penjenayah ni pecah masuk akaun aku dan kosongkan akaun aku. Cilaka!

Sedar dengan kebodohan dan kesilapan aku, dengan jantung yang macam nak pecah sebab ketakutan dan tangan yang menggigil sebab cemas sangat, aku terus matikan handphone dan terus log in masuk ke akaun Maybank aku. Nasib baik otak aku masih boleh berfungsi lepas kebodohan aku tadi. Aku cepat-cepat transfer duit dari akaun Maybank aku terus ke akaun bank lain sebab aku yakin aku dah terjerat. Taklah banyak mana pun amount duit dalam tu but still duit kan? Dalam proses untuk dapatkan no TAC tu, nombor tadi masuk bertalu-talu nak hubungi aku semula. Gila bangang kalo aku jawab. Punya aku menggigil sampai berkali-kali silap taip. Gila! Sampai sekarang pun Parkinson kat tangan aku ni belum hilang sepenuhnya.

The next thing yang aku buat, hubungi Maybank call centre dan laporkan pada pihak Maybank pasal kejadian tadi. Bercakap pun dah lintang pukang tersasul-sasul dengan pegawai khidmat pelanggan diorang. Pegawai tu pun terkejut jugak bila dapat tau aku dah bagi nombor-nombor penting yang ada pada kad ATM tu. Agaknya dia pikir, ni sorang lagi orang bodoh yang masuk jerat. Dia suruh aku bagi maklumat-maklumat peribadi yang penting untuk bolehkan dia cancel kad ATM tu dan blok akses ke banking online aku. Dia bagitau aku yang aku baru je termasuk dalam jerat penjenayah siber. Fuhhhh! Gempak tak gempak?

Tapi sempat jugaklah dia puji tindakan pantas aku transfer duit dalam akaun tu ke akaun bank lain sebab dalam kebanyakan kes yang diorang terima, duit dalam akaun mangsa boleh hilang dalam masa beberapa minit je lepas terima panggilan dari penjenayah tu. Aku usap muka. Ya Allah, tak sangka aku salah sorang dari mangsa-mangsa penjenayah siber ni. Lepas dia cancel kad ATM aku dan blok akses ke akaun banking online aku, dia nasihat aku supaya lebih hati-hati lepas ni. Jangan sesekali layan panggilan yang perlukan kita untuk dedahkan apa-apa maklumat sekalipun berkaitan dengan akaun atau kad debit/ATM kita. Tu aku tau kot tapi entah kenapa aku boleh terkena pulak tadi. (- -")

Sudahnya, aku kena ke mana-mana cawangan Maybank dan dapatkan kad ATM baru. Ya Allah! Cuainya aku! Tapi takpelah. At least aku dapat pengalaman dan pengajaran berharga yang aku takkan lupa sampai bila-bila! Korang pun boleh jadikan ni ikhtibar dan panduan supaya tak terperangkap dengan helah penjenayah siber yang canggih-manggih ni. Phewwww!




Monday, February 24, 2014

Berjimat cara Misae di Festival Layang-layang Antarabangsa ke 19 Pasir Gudang

Berjimat di atas boleh dibaca sebagai kedekut jugak.

Tahun ni Festival Layang-layang Antarabangsa kat Pasir Gudang ni dah masuk tahun ke 19. Ingat lagi, tahun pertama festival ni dibuat, tak silap tahun 1995, masa tu aku baru form 2. Disebabkan sekolah aku masa tu berdepan je dengan Bukit Layang-layang tu, jadi kitorang lenggang-lenggang kangkung je ramai-ramai dengan kengkawan pergi merayau-rayau kat festival tu. Masa tu belum semeriah sekarang. Sekarang ni, wallawey, memang happening habis sebab festival ni dah tersohor ke seantero dunia. Tahun ke 2 dan tahun-tahun seterusnya penganjuran festival ni, dah jadi kewajipan aku dengan geng-geng untuk pergi menyibuk-nyibuk kat sini sebab Kelab Kelayang sekolah aku pun banyak terlibat dalam pertandingan dalam festival tu. Sampai la dah beranak pinak ni pun macam dah jadi acara tahunan pulak untuk aku dengan family pergi lepak-lepak tengah padang sambil main layang-layang dengan bebudak ni.

Kalau time ada festival macam ni, dah haruslah banyak booth yang jual layang-layang, toys, makanan, minuman, baju-bajuan kan. Tapi harganya korang tau lah kan. Kebanyakannya mencanak-canak naik sebab peniaga nak ambil kesempatan. Especially layang-layang dengan toys untuk bebudak. Jadinya, sebagai seorang yang kedekut, aku ada cara sendiri untuk tak bazirkan banyak duit pada benda-benda yang sepatutnya tak perlu pun nak keluarkan duit banyak-banyak ni. Korang pun boleh tiru kalau nak jadi geng sekapal dengan aku. 

Aku buat macam ni. Sebelum pergi festival tu, aku dah bayangkan, bebudak 3 ketul ni mesti sibuk nak beli itu ini kat festival tu nanti. Yang wajib biasanya mesti layang-layang, toys macam pistol-pistol belon la, bola la, lepastu makanan-makanan ringan macam nugget, sosej, kentang goreng, air. So, aku senaraikan barang-brang tu, then pergi mini market dan beli sebungkus nugget, sosej, air kotak besar, potato chips. Lepas tu terjah kedai RM2 untuk cari bola dan bubble-bubble bagai tu. Then ke kedai 2 N Shops untuk cari layang-layang yang harganya cuma RM3 setiap satu. Balik rumah, goreng nugget, sosej sebelum cucukkan pada lidi sate dan kebetulan ada balance kentang goreng dalam fridge. Siapkan sos sekali. Masukkan dalam tupperware. Bawak air kotak besar 2 kotak dan potato chips sebotol. Layang-layang 3 keping. Bayangkan berapa banyak boleh jimat. Boleh makan puas-puas sampai kenyang. Dan yang penting, kebersihan terjamin. Taulah kan, bukannya semua peniaga ni jujur. Banyak jugak yang abaikan faktor kebersihan ni. Lagi-lagi yang jual air-air manis tu. Ada jugak yang pakai air mentah, kan?

Langkah aku tak silap sebab sampai je sana, aku try tanya-tanya harga layang-layang dengan toys. Tau tak, harga layang-layang untuk saiz yang kecik je dah RM13! Toys macam bubble tu je dah cecah RM10-15 sebotol. Aku beli kat kedai RM2.50 je sebotol. Makanan ringan pulak biasalah, secucuk je harga dalam RM1-RM2. Aku bawak tak tau berapa cucuk, tu pun tak goreng habis. Ada lagi separuh simpan dalam freeze. Dah jimat banyak ringgit sangat. Air kotak besar tu pun lebih dari cukup daripada beli air mentah yang kuat gila rasa klorin air paipnya. Bijak jugak otak Misae ni kan?










Friday, February 14, 2014

Bila saatnya otak aku berkapasiti rendah

Cilake betul. Bila time aku tak bukak blog ni mencurah-curah idea datang sampai aku rasa nak sumbat dalam botol biar aku tak lupa. La ni bila aku dah melanguk ngadap tablet sendu ni, semua pun hilang. Aku pakai otak kapasiti berapa megabait pun tak taula.

Wednesday, February 12, 2014

Rayyan kena alergi!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Gile. Lama sangat tak jenguk blog ni sampai url blog sendirik pun aku lupa.
Aku sebenarnya dah lama nak membebel dalam blog sendu ni. Tapi banyak pulak halangannya.
Last-last, hari ni dengan kuat semangatnya, aku try jugak masukkan 2,3 patah kata.
Nak aktif balik macam dolu-dolu memang tak lah kan.

The latest pasal aku, pasal Rayyan sebenarnya, dah dekat 3 minggu kena alergi.
Penyebab tak berapa nak pasti, startnya kulit Rayyan timbul bintat-bintat merah-merah macam kena gigit nyamuk gitu.
Aku yang tak tau tu sebenarnya tanda-tanda alergi ingatkan tu cuma bekas gigit nyamuk.
Sapu minyak kapak tanda merah tu hilang sampailah satu malam tu banyak gila timbul, penuh satu badan sampai dia tak boleh tidur. Dan-dan aku hangkut pergi hospital malam-malam buta.
Kata doktor, tu alergi. Mungkin sebab makanan, hama, habuk atau apa-apa je.
Dapat ubat minum dengan ubat sapu. Tapi sampai ubat dah habis, tanda-tanda merah tu masih lagi timbul.
Dia bukan sentiasa timbul tau, tapi sekejap ada, sekejap takde. Dah macam biskut pulak.

Akhirnya aku try bagi Transfer Factor dan alhamdulillah, bintat-bintat merah tu dah tak timbul.
Tapi timbul pulak benda lain. Dekat bahagian pelipat-pelipat badan dia macam pelipat lengan, leher, sampai kat lengan dengan peha pulak timbul ruam-ruam merah. Yang ni tak hilang-hilang. Menggerutu dan memang gatal gila sebab tengok cara dia garu tu, mak aih macam nak tanggal kulit. Bawak klinik lagi tapi bukan klinik yang first dulu, dan kata doktor, tu eczema. Dapat ubat sapu dengan ubat tahan gatal.

Tak lama lepas tu, bintat-bintat merah yang mula-mul muncul dulu datang lagi. Tu lepas aku bagi dia makan ikan bilis. Aku try google dan rupanya ikan bilis antara benda yang tak sesuai untuk orang yang alergi ni. Selain tu, benda-benda yang dah disimpan lama dalam peti sejuk - sebab makanan tu dah menghasilkan histamine (kalau tak silap), makanan-makanan dalam tin dan of course makanan laut.
Aku bawak lagi pergi klinik. Kali ni aku bawak pergi hospital yang mula-mula aku bawak tu. Adoi, dapat pulak doktor mulut pancaran laser ultra ungu, berasap telinga aku kena bebel sebab pandai-pandai bawak pi klinik lain. Sebab katanya, kalau bawak pi klinik lain, doktor dah susah nak tau ubat apa sebenarnya yang sesuai dengan Rayyan. Nanti sistem badan dia pun pening sebab macam-macam makan ubat. Ok, fine, aku ngaku salah. Lastly, dia kena rawat balik dengan ubat macam yang first dulu. Dan doktor jelaskan penyakit si Rayyan ni ikut istilah perubatan dipanggil urticaria.

Sekarang alhamdulillah, alergi  dan ruam-ruam merah kat badan dia pun dah agak kurang. Cumanya aku kena jaga makan dia. Tak boleh makan sembarang dan setiap kali lepas mandi kena sapu ubat kat badan dia. Tapi aku bayangkan, ada lagi mak-mak lain yang lebih besar dugaannya bila Allah turunkan dugaan penyakit yang lebih kronik dari setakat alergik si Rayyan ni.

Alhamdulillah. Penyakit tu kan penghapus dosa.

Tuesday, October 8, 2013

Kejutan indah. (Puiiii!)

Bismillahirrahmanirrahim...

Masya allahhhh. Dah berapa dekad aku tak jenguk blog berlumut ni. Ada blog rupanya aku.
Sementara nur keinsafan masih membuak-buak dalam jiwa ni, aku pun tak lepas peluang untuk bagi sentuhan sikit kat blog terbiar ni. Biar semua tau, aku masih HIDUP ye.

Sekian, terima kasih.
Related Posts with Thumbnails