Monday, January 16, 2012

Norizan Ahmad yang ku kenal

Sekian lama cari masa yang sesuai untuk tulis entri ni, akhirnya berjaya juga aku paksakan jiwa dan raga untuk menaip. Entri kali ni istimewa untuk kawan aku sejak kecik, Norizan Ahmad yang kalau kamu kenal dia 14 tahun nan silam, mungkin agak susah nak cam dia sekarang.

Aku kenal dia sejak dari sekolah rendah. Kat sekolah, dia ratu pecut kat trek. Agaknya sebab badan dia ringan sangat masa tu, tu yang ringan je ditolak angin. Kami agak rapat waktu aku tinggal dekat dengan rumah dia. Kalau tak silap masa darjah 2 atau 3. Kami selalu naik basikal sama-sama ke sekolah. Waktu tu aku ada basikal  warna biru. Biasanya aku yang bonceng dia dan kadang-kadang dia yang bonceng aku. Orangnya taklah banyak sangat cakap. Tapi dia ni lawak. Aku teringat kat awek Popeye yang nama Olive tu kalau teringat kat dia masa sekolah-sekolah dulu. Sekarang ni aku teringat kat Bluto pulak, musuh ketat Popeye tu. Kehkeh. Ko tak marah kan, Jang?

Kebetulan pulak, tahun 2008 kompeni tempat dia kerja perlukan seorang staff di office. Mungkin dah takdir, kami sekali lagi berjumpa di alam kerja. Dah jauh berubah dari Norizan Ahmad yang pernah aku kenal dulu. Mungkin sebab dah dewasa, matang dan banyak pengalaman. (Chewah!) Seronok kerja dengan dia kat situ sebab kami selalu buat perangai gila-gila. Walaupun kadang-kadang, biasalah, mesti ada sikit konfrontasi dalaman, tapi siapa yang tak pernah, kan? Dia bagi aku, seorang penyelesai masalah. Kalau dia ada, insya-allah mesti banyak problem boleh settle. Tu yang aku agak kagumlah dengan minah ni.

Setelah bertahun-tahun kerja satu tempat dengan dia, akhirnya satu hari dia bagitau aku yang dia nak resign sebab dapat offer dari tempat lain. Mula-mula aku tak ambil kisah sangat sebab mungkin dia tak serius nak pindah kerja, memandangkan dia dah kerja kat tempat ni hampir 12 tahun! Tapi rupa-rupanya dia serius nak pindah, tu pun lepas main tarik tali sana-sini. Aku tau, dia pun berat hati nak pindah. Berat juga hati nak terima keputusan dia. Tapi, untuk masa depan dan kebaikan dia, aku rasa mungkin tu jalan terbaik walaupun kadang-kadang aku ada jugak doakan biar dia tak betah dan serasi dengan tempat kerja baru dan kembali semula kat tempat lama.

Jang, seriously, lepas dapat tau kau dah betul-betul bulat hati nak pindah kerja, aku murung sekejap dalam 2,3 hari tau. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Ye lah, dah lama tu kita habiskan masa 8 jam sehari sama-sama kat opis ni, kongsi semua benda, walaupun kau selalu ngendeng makanan yang aku bawak sampai licin, tapi aku tetap rindu dengan semua benda yang kita pernah buat sama-sama. Ijang yang aku kenal walaupun turut dikenali sebagai tong sampah bergerak (kehkeh), tapi pada masa yang sama adalah si pengongsi makanan yang bagus. Sebabnya, dia selalu bawak makanan ke opis, makan sama-sama dengan kawan walaupun bahagian dia adalah 80% lebih berbanding pihak lawan.  Tu aku tak berapa kisahlah sebab kapasiti ruang makanan dalam perut dia memang jauh lebih besar dari milik aku.


Kat tempat baru, aku tak pasti sama ada kau boleh lalui semua benda yang pernah kau lalui kat kompeni kecik ni. Kompeni yang banyak mengajar kau banyak benda dan tau sekurang-kurangnya banyak benda, walaupun takde istilah-istilah canggih dan sistematik macam kat tempat baru ni. Tapi aku percaya, sejauh mana pun kau pergi, hati kau akan tetap kat tempat kecik yang cikai ni. Sebab kat sinilah kau habiskan hampir separuh dari umur kau sekarang. Kau mesti akan rindu banyak benda yang kau tak boleh jumpa kat tempat lain walau secanggih manapun tempat tu. Aircond baik punya, boss kembar, apek tua, accountant yang suka nyanyi opera cina, printer canggih yang senyap, bla,bla,bla. Tapi tetap ada internet dan facebook dan blogger dan semua benda yang tak disekat oleh boss.


Ijang, aku tau kau tak suka aku panggil ko Ijang. Tapi nama tu unik, apa. Kau patut terima kasih kat Eddie Mokial sebab bagi kau nama tu. Nama tu memang spesel untuk kau. Tak ada galang gantinya Ijang bagiku. Kat tempat baru ni, aku harap kau dapat turunkan berat badan kau macam yang kau impikan. Lebih berdisiplin, lebih berprestasi dan lebih berkarisma supaya gaji kau terus mencanak naik, tak macam kat tempat lama yang perlukan aku terus menagih gaji sendiri. Uhuk! Mungkin satu hari kalau ada rezeki, kita boleh kerja tempat yang sama lagi dan kita boleh berjimba sama-sama dicelah timbunan kerja yang melambak. Setahun dua lagi, kalau umur kita masih panjang dan ada lowongan kerja kat tempat kau, pandai-pandailah kau dail nombor handphone aku ye.


Salam mesra untuk sahabatku Ijang. Kirim salam untuk boss kau yang baru balik dari Dubai. Tak macam boss aku yang baru datang dari Taman Maju Jaya saja.

Kenangan terindah dengan korang.

Thursday, January 5, 2012

Hari pertama mereka di sekolah

Sayanglah, tak ada jurukamera dari tv3 atau harian metro yang datang sekolah tangkap gambar kembar aku masuk berita dan sokkaba. Kalau tak, boleh tumpang glemer!

4 Januari 2012, bermulalah sesi persekolahan tahun ni. Maka ramailah mak bapak yang ambil cuti untuk hantar anak masuk sekolah. Alyaa dan Alysaa bersekolah agama di sesi pagi dan sekolah kebangsaan di sesi petang. Ini adalah rutin bagi pelajar beragama Islam di negeri Johor. Aku ingat si kembar akan meraung-raung macam hari pertama masuk tadika dulu, rupanya tidak. Steady je. Hantar masuk kelas dan tunggu tak sampai 15 minit, aku dan encik Papa pun balik tanpa ragu. Teringat masa hari pertama aku masuk sekolah dulu, tak boleh renggang dari tepi tingkap. Mata asyik fokus pada mak kat luar kelas. Dia bergerak sikit, aku terus lari keluar kelas, tak peduli kiri kanan. Shhh! Jangan cerita pada si kembar. Jatuh gengsi aku!

Walaupun Alyaa dan Alysaa terpisah kelas, Alyaa di kelas 1 Arif dan Alysaa di kelas 1 Bijak, tapi nasib baik diorang dapat adapt dengan suasana baru terutamanya Alysaa yang kebanyakan murid dalam kelas tu dia tak kenal langsung sebab berlainan tadika. Kesian jugak sebab diorang jarang berpisah, tapi tak boleh buat apa sebab kedudukan kelas berdasarkan result test penentuan kelas hari tu. It's a new thing, tapi pasti ada hikmah.

Ready untuk sekolah agama sesi pagi.

Beratur sambil dengar taklimat dari ustazah.

Dalam kelas 1 Arif. Budak lelaki tu kemain mengayat si Alysaa :p

Sekolah kebangsaan, Alysaa monyok dalam kelas 1 Bijak.

Alyaa pulak ceria di kelas 1 Arif.

Monday, January 2, 2012

Si kembar naik darjah 1, oi! Kataku sambil menjahit poket yang koyak.

Ok, memang dah lama tak update blog. Mood menulis entah ke mana. Banyak hal penting yang jadi, tapi tak tau nak cerita yang mana dan bagaimana.

Sepanjang cuti sekolah, kami tak ke mana-mana pun. Awal cuti sekolah yang dihiasi dengan palitan sejarah pahit buat kami seolah-olah jadi badi tak tertanggal yang di bawa terus hingga hujung tahun. Dah tak ada mood nak ber'happy-happy'an. Kronologi kisah Alyaa dijangkiti demam denggi berdarah pun masih tak usai aku ceriterakan di sini. Mungkin tak berapa gemar jiwa digayuti dengan perasaan tak enak sewaktu melalui penderitaan sejenak tu. Sungguh, aku tak sanggup dan tak ingin nak lalui tu semua untuk sekali lagi, jika diperkenankan tuhan.

Cuti sekolah bakal berakhir 2 hari lagi. Tak payahlah aku ceritakan bagaimana lajunya duit mengalir untuk segala pembiayaan dan perbelanjaan sekolah si kembar. Atau nak menerangkan bagaimana ceria dan lebarnya senyuman tokey kedai tempat aku berbelanja barang-barang dan peralatan sekolah mereka sebab semuanya perlu didarab dengan dua. Atau berapa bacaan gigilan tangan aku pada skala richter untuk keluarkan duit dari dalam wallet semasa membayar senarai bayaran pelbagai, yuran dan buku-bukuan di sekolah mereka. Perasaan tu cuma orang beranak kembar, atau beranak rapat-rapat setahun 1, atau ada lebih dari seorang anak yang bersekolah pada satu masa je yang tau. Apalagi kalau bermastautin di negeri Johor Darul Takzim yang mengharuskan anak bersekolah agama. (Ini kelebihan, bukan kekurangan Johor, paham?)

Tugas sekarang adalah mengira berapa baki duit gaji yang tinggal, itupun kalau ada, dan meneruskan hidup seperti biasa. Untuk seorang yang berpendapatan sederhana macam aku, mungkin akan terasa sangat papa kedana dan fakir miskin setiap kali menjelang hujung tahun. Mujur juga ada sedikit rezeki dan rahmat untuk aku menjelang tahun baru 2012. Alhamdulillah.
Related Posts with Thumbnails